Friday, October 25, 2013

Alhamdulillah. Akid Dapat Implan Koklea!


Assalamualaikum wbt. Thanks lovely friends yang sudi mengunjungi blog saya.
I've been silence for few weeks since my last entry, tak lain tak bukan sebab sibuk uruskan hal Akid and his implant.Alhamdulillah pada 13 Oktober lepas, sehari sebelum Hari Raya AidilAdha, Akid selesai menjalani pembedahan memasukkan implan ke dalam koklea kanannya.
 Perasaan saya? Of course sangat bersyukur ke hadrat Allah Swt yang mempermudahkan segala urusan.Ini antara  perkara yang saya dambakan setelah saya tahu anak saya mengalami kerosakan pendengaran kesan daripada meningitis yang menyerangnye masa 11 bulan.
Walaupun mengalami kerosakan pada kedua-dua belah bahagian telinga,daripada info dan pembacaan saya, mendapat sebelah implan juga sangat bermanfaat kepada insan sepertinya. Sebelum ini, Akid sudahpun memakai alat bantu pendengaran (hearing aid). Tapi disebabkan kerosakannya sangat teruk, saya, pakar dan ahli terapi yang memantaunya boleh simpulkan Akid tidak mendapat benefit daripada alat tersebut. So, setakat hari ini, hanya implan adalah option yang ade selain 
hearing aid yang kita dah cuba beri padanya.
Implan koklea bukan murah. Sebab tu, mendapat sponsor untuk sebelah telinganya, sangat2 membuatkan saya berase terharu, lega dan bersyukur yang teramat.
Implan koklea yang Akid terima adalah di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hampir 9 hari dihospital menemani Akid, sekarang kami dah pulang ke rumah.Insya allah in 2 weeks time, akan tiba hari untuk switch on implant. Dan Insya allah saya, akan update ngan semua perkembangan Akid selepas pakai implan.


Ini antara gambar Akid dengan alat bantu pendengarannya. Sorry, quality gambar tak berape bagus. Since Akid hanya implan sebelah telinga sahaja, untuk sebelah kiri, Akid masih perlu memakai hearing aid. Tapi, saya sekeluarga ada perancangan untuk membuat implan bagi sebelah kiri juga, Insya allah. Mudah-mudahan dikabulkan Allah SWT.

Okey lovely friends. Insya allah next entry, saya share kembali tentang kerja saya dan juga akan update perkembangan Akid dengan anda. Bagi yang nak tahu macamana saya detect Akid tidak dapat mendengar, boleh click label: Akid's story.

Till next time. Assalamualaikum wbt
 



1 comment: