Friday, October 25, 2013

Alhamdulillah. Akid Dapat Implan Koklea!


Assalamualaikum wbt. Thanks lovely friends yang sudi mengunjungi blog saya.
I've been silence for few weeks since my last entry, tak lain tak bukan sebab sibuk uruskan hal Akid and his implant.Alhamdulillah pada 13 Oktober lepas, sehari sebelum Hari Raya AidilAdha, Akid selesai menjalani pembedahan memasukkan implan ke dalam koklea kanannya.
 Perasaan saya? Of course sangat bersyukur ke hadrat Allah Swt yang mempermudahkan segala urusan.Ini antara  perkara yang saya dambakan setelah saya tahu anak saya mengalami kerosakan pendengaran kesan daripada meningitis yang menyerangnye masa 11 bulan.
Walaupun mengalami kerosakan pada kedua-dua belah bahagian telinga,daripada info dan pembacaan saya, mendapat sebelah implan juga sangat bermanfaat kepada insan sepertinya. Sebelum ini, Akid sudahpun memakai alat bantu pendengaran (hearing aid). Tapi disebabkan kerosakannya sangat teruk, saya, pakar dan ahli terapi yang memantaunya boleh simpulkan Akid tidak mendapat benefit daripada alat tersebut. So, setakat hari ini, hanya implan adalah option yang ade selain 
hearing aid yang kita dah cuba beri padanya.
Implan koklea bukan murah. Sebab tu, mendapat sponsor untuk sebelah telinganya, sangat2 membuatkan saya berase terharu, lega dan bersyukur yang teramat.
Implan koklea yang Akid terima adalah di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hampir 9 hari dihospital menemani Akid, sekarang kami dah pulang ke rumah.Insya allah in 2 weeks time, akan tiba hari untuk switch on implant. Dan Insya allah saya, akan update ngan semua perkembangan Akid selepas pakai implan.


Ini antara gambar Akid dengan alat bantu pendengarannya. Sorry, quality gambar tak berape bagus. Since Akid hanya implan sebelah telinga sahaja, untuk sebelah kiri, Akid masih perlu memakai hearing aid. Tapi, saya sekeluarga ada perancangan untuk membuat implan bagi sebelah kiri juga, Insya allah. Mudah-mudahan dikabulkan Allah SWT.

Okey lovely friends. Insya allah next entry, saya share kembali tentang kerja saya dan juga akan update perkembangan Akid dengan anda. Bagi yang nak tahu macamana saya detect Akid tidak dapat mendengar, boleh click label: Akid's story.

Till next time. Assalamualaikum wbt
 



Saturday, October 5, 2013

Goodies Pack: Majlis Aqiqah

Assalamualaikum wbt & Salam hujung minggu.
Sure ramai yang seronok kan biler habis Jumaat sebab dah taw, Sabtu & Ahadnyer korang bleh berehat2 dirumah. Yang penting tak pegi opis pada hujung minggu...Itu kesahnyer yang keje opis..
Macam yang keje sendiri macam hakak ni...tade hari tertentu yang dikhaskan untuk bercuti....kalau nak cuti hari2 pon boleh....kije tak siap, jawap yer...heh heh heh...tak kesahlah latar belakang pekerjaan kita; keje dgn org ker, kerje sendiri ker...ape yang paling penting adalah, bekerjalah dengan penuh cinta. Rezeki yang kita dapat insya allah penuh berkat dan kita tak stress...next time saya nak sharelah kenape pentingnyer kita suke ape yang kita buat & buat ape yang kita suker...saye sempat jadik crew untuk satu mini seminar last week...tape, itu kite citer kemudian, insya allah pada entry yg lain.

Hari ni, saye nak share tempahan doorgift yang saya buat untuk Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Khalisya. Mama baby ambik pakej.Since customer saya buat event kat Seremban ni, so, saya okey jer,memandangkan pakej kali ni perlukan goodies diletakkan dalam paper bag. Sebab kalau jauh dari tempat saya, agak susah nak bawa goodies yang siap pack dalam paper bag ni. Biasenyer need space yang banyak. Kalau anda nak letak goodies dalam paper bag, nak ia cantik kemas, anda kena make sure, setiap goodies pack tersebut diletakkan satu persatu dalam ruangnye. Kalau bertindan, nanti dah tak cantik.. :)

Untuk pakej ni, kita ade muffin vanilla yang siap pack dalam clear packaging bersama label, mini mineral water(230ml) juga siap personalized label, diletakkan dalam paper bag with daisy clip.

Ini vanilla muffin yang siap pack. Saya tak buat muffin ni...kita order daripada vendor terpilih and proven, muffin dier sedap...:)

Ini pula mineral water yang siap personalized label. Actually design template ni saya pernah buat untuk previous customer. So kite tukar wording ajer. 

Same goes untuk paper bag. Vintage gitu kan...hakak suker dik.


Inilah daisy attached to wooden peg with personalized label (name baby yang diraikan)



Perasaan membuat order ini, macam biase berbunga-bunga. Saya menganggap setiap order yang saye terima sebagai satu komitmen(tanggungjawab). Komitmen tersebut pada saya merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti(kejujuran). Disitulah pentingnyer menyukai ape yang kita lakukan, dan alhamdulillah saye suker ape yang saye lakukan.Dapat melakukan ape yang kite suker pula pada saye merupakan satu bonus. Dibayar untuk membuat perkara yang kite suker, lagiklah best kan.......bertambah-tambah cinta menyiapkan order. Saya juga sentiasa mendoakan  apa sahaja yang saya lakukan diterima Allah sebagai satu ibadah, mudah-mudahan anda juga mula mendoakan setiap kerja yang anda lakukan sebagai ibadah..Sama-sama kita ubah niat kita bekerja.Mudah-mudahan rezeki bertambah berkat dan diredhai.

Jadi kawan-kawan...jangan pandang rendah setiap ape yang kita lakukan walaupun perkara tersebut nampak kecil dipandangan mata. Apatah lagi memandang rendah kepada orang lain. Kerana sesuatu yang besar, bermula daripada sesuatu yang kecil...
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Itu memang terbukti.


 Okeylah kawan2...Inilah yang saya cerita tadi, goodies pack yang guna paper bag perlukan ruangnyer sendiri. Kalau ditindan-tindan sure jadi tak cantik...
Saya telah potong sebuah kotak kepada dua bahagian menjadi 'tray' utuk letak goodies bag ini. Dua kali perlu buat delivery untuk maintain goodies bag ni cantik and kemas.150set semuanyer.
Sebab tu, kalau area Seremban, saya no hal ajer...tapi kalau tempat lain...insya allah u oll kena deal lah camner nak pick up k.

Thanks alot again kepada yang sudi membace this entry sampai ke akhirnyer. :)
Seriyuss appreciate sangat.

HARGA: (ala carte..hihi)
(as per this entry)
White printed paper bag (medium size) - RM1.4/pc
Daisy + wooden peg + personalized label - rm1.5/pc
Vanilla muffin siap pack - rm1.7/pc
mineral water with personalized label (230ml) - rm1.2/pc

HARGA PAKEJ:
Paper bag + clip + vanilla + mineral water - rm5/pc (minimum order 50set)

Bagi yang berminat menempah, sila e-mail ke khamjoedesign@yahoo.com.

BYe2 for now.Till next time.
Assalamualaikum wbt.



Thursday, October 3, 2013

PROMOSI : PAKEJ EKONOMI 'CANDY BUFFET'


Assalamualaikum wbt dear frens...
Hari ni, ringkas. Just nak share pakej ekonomi 'candy buffet' yang kami sediakan untuk mereka disekitar Seremban. Sorry yo orang luar. Den kan orang Seromban.
Sape yang berminat, kindly book ur date of event ke e-mail : khamjoedesign@yahoo.com

So, kalau nak buat event time cuti sekolah nanti, bolehlah pertimbangkan pakej ni.
Masa terhad. Saya limitkan 2 event untuk satu2 hari. So, jangan lupe yer, kalau nak book,
pls e-mail ke khamjoedesign@yahoo.com

Assalamualaikum Wbt. 

Latest Info(12/5/2014): Promosi ini telah berakhir.
untuk dapatkan pakej candy buffet terkini, please e-mail:
khamjoedesign@yahoo.com

Thanks!
 

Tuesday, September 24, 2013

Paper Bag Majlis Perkahwinan

Assalamulaikum wbt, beloved frens..
Thanks a lot for dropping by here.
Hari ni, saya nak share satu lagi job buat untuk customer, earlier this year, kalau tak silap.
Belek2 gambar dalam  galeri, erghh, banyak sangat...so, better saye share dulu kat blog, sebelum delete. Waktu tu,customer saya ni minta siapkan satu set paper bag & mini jar siap personalized label.
Previously, saya ade post gift set saya buat untuk customer lain dalam instagram yang gunakan crepe flower sebagai clip untuk tutup paper bag. So, customer saya ini juga minta buatkan yang same..

Ini crepe flower yang saya dah attach pada wooden peg.Since bunga ni, besar, so, tak nampaklah wooden peg yang dah attached pada bunga tu.
 

Sticker pada paper bag tu pula adalah design template yang saya buat untuk cousin saya sebelumnye, and customer saya ni, minta buatkan yang same. So, sonang ler kojo hakak kan... Tukaw wording jer...
Sebenarnyer, theme color wedding customer saya ni, putih ajer. Sebab nak highlightkan personalized sticker tu, she asked me untuk letak color pink peach ni. And saye tambah daisy die cut as embellishment.
 
Less is more. Itu yang dapat saye ungkapkan untuk order kali ni. 
Alhamdulillah, customer suker, hakkak lagik ler sukker..

Ini pula personalized label untuk jar, match dengan design paper bag. 
 

 HARGA:
(as per above photo)
Paper bag with handle + sticker & embellishment -  RM3.5/pc 
(minimum 50pcs)
Crepe flower attached to wooden peg - rm1.5/pc (minimum 50pcs)
Mini Jar + personalized label - RM3.5/pc (minimum 50pcs)

HARGA PAKEJ:
Paper Bag + Crepe Flower with Wooden Peg + Mini Jar with personalize label - RM6/set
(minimum order -50set)

Please e-mail khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.
Thanks.

Assalamualaikum Wbt.

Monday, September 23, 2013

Doorgift Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum wbt....
Thanks a lot kepada yang dropping by my blog, and sudi membace my entry... :)
Hari ni saya nak share satu job yang saya buat untuk customer, kalau tak silap nak beri kepada kumpulan marhaban yang dijemput.Doorgift berupa sehelai apron yang diletakkan dalam drawstring pouch bag,
Job ni saya buat couple of months ago. Sangat excited, since dah lame jugak tak menjahit apron.
So, after discussion through e-mails, inilah selected fabric yang customer tu setuju soh saya proceed.
OWL! hakak suker!!

Inilah drawstring pouch bag yang saya siap jahit. Dalamnya ade lining cotton warna hijau.

Inilah rupanya apron yang saya design. Saiz customer request minta Large. Sebab yang nak bagi kat makcik2 kan... Kalau saye pon, selesa apron size besar sket...banyak dapat cover pakaian daripada terkena kotoran2 di dapur.
Bahagian belakang apron ni, sebenarnyer ade lining color magenta...serious luper nak snap gambar bahagian tersebut. And poket kita buat semi circle menggunakan cotton same yang saya buat as lining untuk drawstring pouch bag.


Taruk logo sket...heh heh


Ini lagi satu request customer. Nak ade logo 'Masterchef' kaler magenta.
Logo ni, saya guna felt fabric. Since logo masterchef ni coil2 gitu, and saiz agak cekeding, memang fenen jugak memula pikir camner nak potong...nak trace satu2, fengsan hakak...
At last, saya print logo guna sticker paper (buat mirror effect), saya tampal dekat atas felt, and saya potong ikut sticker tu...serious u olls, cara tu agak efektif :)
Sorry jugak lupe nak ambik gambarnyer, harap korang paham camner saya buat tu...hehehe...
 
 
Okeh, seterusnyer, men'skill' kan diri melipat apron. Dah ala2 nasik lemak giteww..hah hah

 
 Lalu, dimasukkan kedalam drawstring pouch bag.
Saye haraplah sangat makcik2 suker dapat hadiah ni from tuan rumah.
And please bergaye di dapur dengan apron serba ceria ini.... Jangan sayang nak guner pulak kan... :)


HARGA:
Drawstring pouch shj - rm15/pc
Apron - RM35/pc

 Harga Pakej: RM35 (minimum 30set)

Please e-mail: khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.Thanks.

Okey guys. Till next time.
Assalamualaikum wbt.

Friday, September 20, 2013

Candy BUffet: The Builders Team

Assalamualaikum wbt.
Selamat hari minggu to all readers...
Thanks for dropping by here.
Hari ni, saya nak share satu job yang  saya buat untuk seorang customer. Planning a candy buffet for her son's 2 nd birthday. Suddenly 'hakkak' becoming an event planner gitu..hah hah. Actually, ini bukanlah event pertama yang saya buat, 2nd time lah secara total.Tapi keberanian ini berlaku disebabkan selalu kena buat printing untuk hakak2 yang terlibat buat candy buffet nowadays yang semakin wajib tu kan. Dan dek kerana sukker lah sangat tengok majelis nampak cute macam nak makan gitu, dengan sukacitanyer saya ambik job ini. Yang bestnyer sebab customer ni dok kat Seremban ni jugak... So, sonang lah sket nak mengangkut barang2 kan...

Dipendekkan citer, kalau planning event, wajiblah di plan seawalnyer... Atas kehendak customer, maka tema yang diketengahkan adalah 'The Builders Team'

So, perkara pertama yang saya buat adalah mancari bahan2 digital. Dan saya jumpe this scrapbooking kit. Awww, hakak melt sekejap...chumell... sukker...

Ceria sangatkan the color. Ceritanya, saya suka beli scrapbooking kit, sebab selain drp. digital imagesnyer bersize besar, selalunyer ia datang  sepakej gitu. Ade digital paper atau orang panggil background paper, ade embellishment  dan selalu di beri alphabet set sekali...
Macam 'Diggers & Dozers' set mcm dalam gambar ni, saya beli daripada Nitwitcollections. com


So, bile dah ade digital material sesuai theme, bolehlah proceed design mendesign proses. Ini inivitation card. Bahagian depan & belakang.
Saya guna printer sendiri. So, tak dapek nak guna satu paper nak print untuk depan dan belakang.
Jadi,kenalah print both side, attach kemudiannyer. 
Invitation card saya siapkan paling awal untuk memudahkan customer saya nak distribute kepada guest beliau.
 

Beb, ini memang my feveret.Sangat suke mengadap bende2 yang kebanyakkan orang kate renyah ni.
Ini mini choc bar. Saya dah buang baju dier. Selalu saya personalize ajer wrapper. Tapi kali ni, lain sket. Kebetulan saya ade wrapping paper cantik ni. So saya balut mini choc tu dengan wrapping paper.
Dan saya embellish bahagian atas dengan image2 sesuai tema. Kecik comel jer. Saya die cut dengan 'round shape die' size 0.75inch. And saya attach dengan foam tape, untuk kasik timbul sket.


Yer..ini juga saya buat and letak atas meja candy buffet tu, since rase macam nak buat lagik next and next event kan...heh heh
Gambar2 seterusnyer korang tengoklah ape fungsinyer bende ini


Okeh, ini doorgift untuk kanak-kanak and dewasa...

Yang kanak-kanak ni, gable box guna kraft-paper material. Agak tebal punyer. 450gsm giteww...tebal kan...Goodies dalamnye, adela jajan2 dan balloon.
Personalized label tu, guna scrapbook paper, then tag tengah2, lekat dengan foam tape...macam biase supaya timbul2 ... :)

Ini doorgift dewasa. Jar ini customer yang bagi...balance wedding sedare katenyer,sebab tu, wedding2 style gayenyer.
Untuk menyeimbangkan tema majlis dan material yang diberi, cengginilah jadinyer...  
Dalam ade choclairs and pink shredded paper.   



Ini juga antara prop yang saya buat untuk letak kat bahagian belakang set,since kita tade buat back drop.
Saya print character dan attach pada A4 size chalk board.
Saya design dan siapkan alphabet banner. Both menjadi focal point untuk deco bahagian wall. Wall color juga telah berjaya men'outstanding' kan deco2 yang serba simple ini.


Saya telah datang seawal paginyer, since umah customer dokek yo ngan umah den. Hantar barang2 yang perlu, belah petangnyer, ready untuk set up table jer kaw. Planningnye gitulah. And alhamdulillah begitu jugalah yang berlaku. 
Haa, skirt meja tu saya jahit sendirilah. Beli kain sesuai tema..jahit stret jerk pon.... tade ape yang dibanggakan pon..hah hah...sajer jerk bikin gempak....

 
Ini gambar yang sempat saya snap sesudah selesai set up meja...yang sebenarnyer, punyerlah ramai manusia disekitar situ, sebab sebelum majlis birthday tu, ade majlis tahlil.Jadi jemputan customer saye ni, memang dah lame berade di situ...
Part biler orang ramai ni, memang menggelabah lah sket biler buat keje...ditambah adik2 kecil kita yang dah tak sabar2 lagik nak capai ape ade atas meja....
Berpleuh-peluh jugaklah dibuatnyer.


Ini antara yang diletakkan atas candy table tersebut. Mineral water with cute label...

Saya tak buat kek ni. Vendor kita yang buat...i just did the cake banner.

Ini mini chocs yang saya citer di awal tadi....siap labeling.. 


Sebenarnyer terdapat perubahan menu dalam perbincangan saya dan customer.Walau sebenarnyer, my service is candy buffet, tapi saya sentiasa terbuka dengan sebarang saranan dan permintaan daripada customer.So, kita gabungkan candy and desserts.. all desserts, selected vendor yang buatkan...yang pasti, sumenyer yummeh!!! 

Haaa, ini ler gunenyer bende ini. Nak soh guest take one.:)





Inilah lagi gambar-gambar yang sempat saya snap untuk job kali ni.
Tiring for sure but really enjoy the experience and looking forward to do more...
I believe u guys pon boleh buat sendiri...Yang penting rancang dengan baik...kalau last minit, tapi nak buat juga...contact ajer party2 planner...senang keje kan... 

OKey guys...kalau berminat, especially sekitar Seremban, please e-mail me for quotation...
khamjoedesign@yahoo.com

Next time insya allah saya share pulak event yang saya buat di KL..
Till next time lovelies...Take care and have a gud day.
Assalamualaikum.

Thursday, September 19, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 2

Assalamualaikum wbt...
Okay, sambungan daripada entry semalam...hari ini saya nak share doorgift dan dulang hantaran yang saya buat untuk sebelah pihak lelaki. Chosen theme color adalah orange, magenta & soft pink. Untuk belah lelaki juga, saya diminta buat potpourri . Sama saja macam sebelah pihak perempuan, cuma kaler ajerlah yang lain. Doorgift sebelah pihak lelaki ni, saya diberitahu untuk diberikan kepada rakan2 dan keluarga yang menyertai rombongan meminang. :)

Okay, serba sikit tentang potpourri yang saya buat. Antara yang sangat mengambil masa adalah proses mengukur dan menjahit sachet. Proses ni saya lakukan dengan teliti sebab saya mahu sachet yang perfect. Tak senget sane sini dan ukuran setiap sachet perlulah sama .
Selepas memasukkan scented fiber ke dalam sachet, saya pastikan ia diikat mati dengan ketat menggunakan ribbon. Saya make sure bahagian yang diisi dengan fiber menjadi padat. Semua bahagian dipastikan dipenuhi dengan fiber, terutama kedua-dua bahagian hujung sachet.


Ini antara bahagian yang saya seronok buat. Menghias potpourri...biasanya, saya akan attach bahagian tangkai dulu. Kemudian barulah hiaskan bahagian 'body' sachet tersebut.


Okay, inilah dua group of potpourri daripada padanan warna2 yang diminta.
Seriously, walau mengambil masa sikit menyiapkan tempahan potpourri, tetapi saya enjoy every process yang dilalui.
Thanks a lot customer sebab memberi peluang kepada saya berkarya. :)

Seterusnya, doorgift lain yang dibuat adalah mini jar yang siap dihias mengikut tema. Air mineral mini dengan label dan gable box, juga siap berlabel. 

Basically, inilah set of goodies yang diberikan kepada rombongan meminang daripada keluarga sebelah pihak lelaki.

Okay, kat bawah ni pula adalah dulang hantaran yang saya deko untuk belah lelaki... Just a simple deco menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh customer.


HARGA:
Goodies Box seperti dalam entri ini.
Potpourri - RM9/pc (minimum order-50pcs)
RM10/pc jika bawah 50pcs
Mini jar berhias inc. label & embellishment (tidak termasuk goodies didalamnya) - RM4/pc (minimum order-50pcs)
Mini mineral water + label - rm1.2/pc (minimum order - 50pcs)
Gable box shj - 80sen/pc (minimum order - 100pcs)
Bawah 100pcs - rm1/pc
Gable box + label spt dalam entry - rm1.8/pc (minimum order - 50pcs)

HARGA PAKEJ/SET:
Seperti dalam entri ini.
Potpourri + mini jar + mini mineral water + gable box
(hiasan mengikut tema yang diminta)
RM15/set (minimum order 50set)
Tidak termasuk kos penghantaran.

E-mail ke khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.

Till next time. Assalamualaikum. XOXO