Assalamualaikum Wbt...
Rakan-rakan yang dihormati,
Untuk beberapa hari mendatang, saya akan ke pantai timur. Jadi aktiviti 'blogging' mungkin agak terhad.
Walau bagaimanapun, saya dan pengurusan KhamJoeDesign sudah pun memulakan kempen siri demo dan workshop kami.
Demo pertama akan memperkenalkan seni 'stamping' kepada peserta yang mengikuti program itu nanti secara umum. Banyak yang akan dikongsikan. Dan pada akhir program itu nanti, akan diadakan sesi 'freetalk' bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan peserta mengenai bagaimana kemahiran ini boleh dijadikan satu sumber pendapatan.
Saya berharap platform 'demo dan workshop' ini dapat mengangkat bidang 'kraf' ketahap yang lebih tinggi lagi. Saya akan berkongsi pengetahuan saya dalam bidang ini dan saya serta pihak pengurusan juga berusaha memperkenalkan lebih ramai 'crafter' yang mempunyai kepakaran masing-masing bersama-sama berkongsi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam siri demo dan workshop yang akan datang.
Fokus kami adalah menjadikan program-program yang dirancang sebagai satu platform yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.Kami akan mengemaskini senarai demo dan workshop yang akan diadakan dalam blog & FB: KHAM JOE Design.
Setiap siri demo adalah untuk memberi pengetahuan secara umum tentang kemahiran yang diketengahkan, termasuk menjemput pihak penyedia kelengkapan yang berkaitan . Akan ada siri workshop bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mempelajari kemahiran dengan lebih mendalam lagi.
Saya tidak mensasarkan demo dan workshop itu hanya kepada sesetengah golongan. Sesiapa juga berpotensi untuk mempelajari apa yang kami cuba ketengahkan. Harapan saya, semoga lebih ramai yang dapat dibantu dan semoga usaha ini dipermudahkan. Insya allah.
Akhir kata , 'Rasai pengalaman saya, dengan menguasai kemahiran saya'
p/s: please like our fanpage: KHAM JOE Design di facebook untuk lebih info mengenai siri demo & workshop kami.TQ Lovelies :D