Showing posts with label Potpourries. Show all posts
Showing posts with label Potpourries. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 2

Assalamualaikum wbt...
Okay, sambungan daripada entry semalam...hari ini saya nak share doorgift dan dulang hantaran yang saya buat untuk sebelah pihak lelaki. Chosen theme color adalah orange, magenta & soft pink. Untuk belah lelaki juga, saya diminta buat potpourri . Sama saja macam sebelah pihak perempuan, cuma kaler ajerlah yang lain. Doorgift sebelah pihak lelaki ni, saya diberitahu untuk diberikan kepada rakan2 dan keluarga yang menyertai rombongan meminang. :)

Okay, serba sikit tentang potpourri yang saya buat. Antara yang sangat mengambil masa adalah proses mengukur dan menjahit sachet. Proses ni saya lakukan dengan teliti sebab saya mahu sachet yang perfect. Tak senget sane sini dan ukuran setiap sachet perlulah sama .
Selepas memasukkan scented fiber ke dalam sachet, saya pastikan ia diikat mati dengan ketat menggunakan ribbon. Saya make sure bahagian yang diisi dengan fiber menjadi padat. Semua bahagian dipastikan dipenuhi dengan fiber, terutama kedua-dua bahagian hujung sachet.


Ini antara bahagian yang saya seronok buat. Menghias potpourri...biasanya, saya akan attach bahagian tangkai dulu. Kemudian barulah hiaskan bahagian 'body' sachet tersebut.


Okay, inilah dua group of potpourri daripada padanan warna2 yang diminta.
Seriously, walau mengambil masa sikit menyiapkan tempahan potpourri, tetapi saya enjoy every process yang dilalui.
Thanks a lot customer sebab memberi peluang kepada saya berkarya. :)

Seterusnya, doorgift lain yang dibuat adalah mini jar yang siap dihias mengikut tema. Air mineral mini dengan label dan gable box, juga siap berlabel. 

Basically, inilah set of goodies yang diberikan kepada rombongan meminang daripada keluarga sebelah pihak lelaki.

Okay, kat bawah ni pula adalah dulang hantaran yang saya deko untuk belah lelaki... Just a simple deco menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh customer.


HARGA:
Goodies Box seperti dalam entri ini.
Potpourri - RM9/pc (minimum order-50pcs)
RM10/pc jika bawah 50pcs
Mini jar berhias inc. label & embellishment (tidak termasuk goodies didalamnya) - RM4/pc (minimum order-50pcs)
Mini mineral water + label - rm1.2/pc (minimum order - 50pcs)
Gable box shj - 80sen/pc (minimum order - 100pcs)
Bawah 100pcs - rm1/pc
Gable box + label spt dalam entry - rm1.8/pc (minimum order - 50pcs)

HARGA PAKEJ/SET:
Seperti dalam entri ini.
Potpourri + mini jar + mini mineral water + gable box
(hiasan mengikut tema yang diminta)
RM15/set (minimum order 50set)
Tidak termasuk kos penghantaran.

E-mail ke khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.

Till next time. Assalamualaikum. XOXO


Wednesday, September 18, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 1


Assalamualaikum wbt....
Thanks kepada yang sudi follow my blog...yang membace my entry...
Really appreciates it.. 
Hari ni saya nak share lagi satu job yang saya buat untuk customer also couple of months ago.
Job ini sempena majlis pertunangan, dan saya kena buat hantaran dan doorgift untuk kedua-dua belah pihak... FYI, saya tak ambil tempahan hantaran at the moment, tapi order kali ni, exceptional sket sebab customer saya ni, merupakan first customer yang order barang saya since 2003 lagi... dah macam kakak saya sendiri... banyak kali dah saya buatkan job untuk event2 beliau. Alhamdulillah...
I love you kak (...kalaulah awak bace blog saye)

Macam biasa, akak ni feveret dier nempah potpourri saya.Thanks to you kak, sebab peluang2 beginilah saya boleh eksperimen dan menambah baik hasil kerja saya.
And ini potpourri untuk sebelah pihak perempuan nak bagi kat guest. Saya diberitahu nak kaler biru, cream & sikit warna merah terang....

 
 Jadi, potpourri kali ini kelainannya adalah saya personalized wording kat sachet dengan menggunakan 'iron on transfer paper'.
Banyak kerja lah sket, since nak kena potong satu persatu-satu design yang dah print kat paper tu.Kemudian nak transferkan pulak design tu ke atas sachet. Tapi saya suka dier punyer hasil... Memang bestlah buat job ni... 
Bunga tu pulak, adalah paper flower yang saya die cut dengan big shot dan kemudian digulung (swirl) manually.


Sekarang, cerita deko dulang hantaran... Kesemua bahan2 ni, customer saya sediakan. Saya cuma deko kan ajer... So, saya memang gunakan sepenuhnye bahan2 yang disediakan. :)


Inilah sebahagian dulang hantaran yang saya siap hiaskan bersama-sama dengan barangan hantaran. Dan dulang hiasan yang kosong, rasanya untuk letak manisan. Saya memang tak pakarlah bab deko mendeko dulang hantaran ni, tapi kalau diberi peluang dan kebebasan untuk menghias, saya suka deko yang simple.

Okay, next entry saya kongsi pulak gambar hantaran dan doorgift sebelah pihak lelaki yer...

HARGA:
Untuk Potpourri seperti dalam entry ini ialah RM9/pc.
Minimum order adalah 50pcs
Jika kurang daripada 50pcs, harga adalah RM10/pc
Sila e-mail: khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah


Okey, till next time. Assalamualaikum.

Tuesday, June 18, 2013

Potpourri for Majlis Kesyukuran & Aqiqah

Assalamualaikum wbt...
Morning all..

Hari ini saya nak share satu order untuk customer yang masih dengan saya, but ready to deliver. Saya quite obsess dengan potpourri. So, bila ada orang soh saya bikin potpourri, memang teruja sangat...
Kali ini potpourri untuk majlis kenduri aqiqah baby girl, and  mamanyer nak warna purple. So, lepas a short discussion over the FB, saya pon dah dibenarkan memulakan tugas. Teruja beb...kebetulan saya ade satu cotton yang comel gler dalam simpanan.

Saya pun mulalah siapkan material.Kemudian,potong kain, buat measurement, jahit2, potong lagi, siaplah uncang kosong. Next, sumbat dengan fiber yang sudah diharumkan dengan potpourri fragrance dan ikat dengan ribbon. Beginilah ianyer...

Lepas tu, saya siapkan bunga2 cinta...dan...gentel2 ribbon(lupa nak snap gambo reben siap gentel)

Then, saya attachlah pada uncang yang siap diisi fiber tadi.

Ini gambo close up la konon...hehehe

Kemudian, bertemankan CD Empati daripada ADABAND (feveret band saya nieh..hihi), saya mendesign tag untuk letak pada potpourri. Inilah tag yang siap diprint dan manually cut.

Lepas tu, saya attachlah tag tadi pada salah satu hujung reben yang digentel sebelumnyer... :)
 

Eheh, macam ngajar masak2 pulak rasenyer...seterusnya Puan2, kita masukkan dalam pelestik. Dan ikat ler dengan reben ikut suker hati kamu. Tadaaaa....siap sudah.

Okeylah, Sekian Terima Kasih.

Dah nak siang ghupernyer...
Baik saya bla sebelum hero2 saya bangkit.

Assalamualaikum and have a great day! :)