Thursday, September 19, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 2

Assalamualaikum wbt...
Okay, sambungan daripada entry semalam...hari ini saya nak share doorgift dan dulang hantaran yang saya buat untuk sebelah pihak lelaki. Chosen theme color adalah orange, magenta & soft pink. Untuk belah lelaki juga, saya diminta buat potpourri . Sama saja macam sebelah pihak perempuan, cuma kaler ajerlah yang lain. Doorgift sebelah pihak lelaki ni, saya diberitahu untuk diberikan kepada rakan2 dan keluarga yang menyertai rombongan meminang. :)

Okay, serba sikit tentang potpourri yang saya buat. Antara yang sangat mengambil masa adalah proses mengukur dan menjahit sachet. Proses ni saya lakukan dengan teliti sebab saya mahu sachet yang perfect. Tak senget sane sini dan ukuran setiap sachet perlulah sama .
Selepas memasukkan scented fiber ke dalam sachet, saya pastikan ia diikat mati dengan ketat menggunakan ribbon. Saya make sure bahagian yang diisi dengan fiber menjadi padat. Semua bahagian dipastikan dipenuhi dengan fiber, terutama kedua-dua bahagian hujung sachet.


Ini antara bahagian yang saya seronok buat. Menghias potpourri...biasanya, saya akan attach bahagian tangkai dulu. Kemudian barulah hiaskan bahagian 'body' sachet tersebut.


Okay, inilah dua group of potpourri daripada padanan warna2 yang diminta.
Seriously, walau mengambil masa sikit menyiapkan tempahan potpourri, tetapi saya enjoy every process yang dilalui.
Thanks a lot customer sebab memberi peluang kepada saya berkarya. :)

Seterusnya, doorgift lain yang dibuat adalah mini jar yang siap dihias mengikut tema. Air mineral mini dengan label dan gable box, juga siap berlabel. 

Basically, inilah set of goodies yang diberikan kepada rombongan meminang daripada keluarga sebelah pihak lelaki.

Okay, kat bawah ni pula adalah dulang hantaran yang saya deko untuk belah lelaki... Just a simple deco menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh customer.


HARGA:
Goodies Box seperti dalam entri ini.
Potpourri - RM9/pc (minimum order-50pcs)
RM10/pc jika bawah 50pcs
Mini jar berhias inc. label & embellishment (tidak termasuk goodies didalamnya) - RM4/pc (minimum order-50pcs)
Mini mineral water + label - rm1.2/pc (minimum order - 50pcs)
Gable box shj - 80sen/pc (minimum order - 100pcs)
Bawah 100pcs - rm1/pc
Gable box + label spt dalam entry - rm1.8/pc (minimum order - 50pcs)

HARGA PAKEJ/SET:
Seperti dalam entri ini.
Potpourri + mini jar + mini mineral water + gable box
(hiasan mengikut tema yang diminta)
RM15/set (minimum order 50set)
Tidak termasuk kos penghantaran.

E-mail ke khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.

Till next time. Assalamualaikum. XOXO


No comments:

Post a Comment