Thursday, April 19, 2012

Goodies Box:Zaara's 'Beary' 1st Birthday

Assalamualaikum wbt...
Today saya nak share goodies box yang saya buat untuk Baby Zaara 1st Birthday.Ini merupakan repeat order daripada Puan Rozana.Last time, she bought paper bag from me for majlis cukur jambul Baby Zaara.

She asked for a fridge magnet & a fancy cookie as the goodies to fit in the box.
Basically, Puan Rozana nak ade 'teddy bear' & pink color as the theme.

THE FRIDGE MAGNET:

Ini tag untuk fridge magnets' packaging.


Ini pula fridge magnet yang telah disiapkan.


Beginilah fridge magnet yang telah siap dipack.


FANCY COOKIES:

Ini pula adalah tag untuk cookies' packaging


Ini adalah sugar cookies bentuk bear, with pink outline & Zaara's name in black.


Beginilah packaging untuk fancy cookies.


THE BOXES:

Ini sticker yang saya design untuk letak pada box .


Ini pula,goodies yg telah siap dimasukkan ke dalam box.


Sticker tadi saya lekatkan pada bahagian atas box tersebut.
box size:4"x4"x4

Friday, March 30, 2012

E-Day: Rima & Syamin

Assalamualaikum...
Kali ini saya nak share project yang saya buat untuk hari bertunang cousin saya. Saya diminta buat deco bekas hantaran, cookies untuk hantaran, paper bag & tag untuk majlis tahlil juga doorgift untuk tetamu.
Warna tema adalah orange & white dan cousin sayaberi kebebasan kepada saya nak deco macam manapun.So, let's have a look :D


Saya guna artificial peonies & roses serta baby breath untuk hias bakul hantaran.Saya letak topper untuk sedikit kelainan.

Selain daripada itu, untuk deco sampingan, saya gunakan artificial daisy. Gambar di atas merupakan bekas hantaran untuk coklat & jelly.

Ini pula merupakan choc chips cookies yang cousin saya minta buat sebagai hantaran. Masih lagi menggunakan artificial daisy sebagai hiasan dan saya turut letakkan sticker pada packaging.


Ini adalah spice jar yang telah saya hias penutupnya menggunakan artificial daisy & paper string.

Saya turut letakkan sticker pada jar tersebut.

Sepatutnyer, saya perlu letak choc chips cookies dalam jar, tapi disebabkan anak kecik saya masuk hospital, saya ganti dengan sweets & jelly.

Spice jar yang telah siap dihias & diisi goodies tadi, saya masukkan pula ke dalam gable box yang telah dibuat window pada satu bahagiannya. So, sticker pada spice jar tadi, dapat dilihat dari bahagian window tersebut.

Ini pula merupakan paper bag with clip tag yang saya buat untuk isi surah yaasin & tasbih untuk diberi kepada guest pada majlis tahlil, sebelum berlangsungnyer majlis bertunang.

TQ :D

Saturday, February 25, 2012

Akid's 1st Birthday @ KPJ, Seremban

Assalamualaikum wbt....
Dah lama saya tak menjenguk & menulis dalam blog ni. Banyak perkara berlaku pada saya lately...Since February 1st, saya menjaga anak kecil saya di hospital kerana infection pada otak. Hari ke-21 di hospital, anak second saya pulak masuk ward sebab rotavirus. Then, anak kecil saya dilepaskan keluar sebab dah OK. selepas empat hari, anak second saya pun boleh keluar...lega sangat rasanya bila anak2 semua dah berada disekeliling saya. Tapi tak berpanjangan, sehari kemudian, Si Kecil Akid, dimasukkan semula ke ward sebab positif rotavirus. Saya masih lagi dihospital waktu post ini ditulis.

20 February lepas, merupakan 1st birthday Akid, my youngest baby. Since dah lame sgt kat hospital...banyak order saya terpaksa tolak, so waktu terluang dihospital, saya surfing & getting addicted pulak dengan PINTEREST...banyak idea yang menarik saya dapat disitu. Akhirnye, saya decide nak create sumthing sempena birthday Akid. Saya buat goodies bag untuk diberi kepada nurses kat sini yang very helpful & baik hati...juga untuk doctor yang merawat anak saya & few others yang saya kenal sepanjang stay kat hospital. :D


Jelly Spoon Cupcake Topper
Ini antara great idea yang saya dapat dari Pinterest...Tak pernah terfikir pulak sebelum ni nak buat topper attach kat jelly spoon. Saya suka sesuatu yang practical...so instead of mencantikkan cupcake, boleh guna jelly spoon tu untuk makan cupcake... :D

Inilah Baby Kecik saya, Akid.


Polo Candy in Mini Treat Box
Dah lama saya simpan 'mini treat box cutting die' ni....Actually, saya pon dah lupa saya ade 'mende' ni......time belek2 barang craft saya...baru saye perasan saya pernah beli 'mende' ni...so, saya pun merajinkan diri potong kotak2 ni semua...saya letak satu stick polo mint candy.


Apple & Jelly
The idea to put sticker pada apple saya jumpa di PINTEREST....so simple yet s0 meaningful.
Die cut bentuk 'love' pula adalah gambaran kasih sayang yang saya cuba selitkan pada setiap goodies yang hendak diberi.


The White Paper Bag
Ramai yang bertanya, mana saya beli mini cloth peg ni. Saya belinya dari KK Home, Nilai 3. Untuk sesuaikan dengan concept saya kali ini, saya telah attach love shape paper die cut pada setiap mini cloth peg untuk digunakan sebagai penutup paper bag selepas semua goodies dimasukkan ke dalamnya.


Macam inilah goodies pack yang saya telah buat untuk diberi kepada nurses & doc yang sangat baik hati & very helpful menjaga Akid sepanjang kami berada disana.Saya just design sticker dan lekatkan pada paper bag.



Moga memberi inspirasi kepada anda untuk buat sendiri! :D

TATA!!

Saturday, January 14, 2012

Goodies Pack : Majlis Cukur Jambul Baby Hannah Sofia

Assalamualaikum wbt..

First of all, saya nak wish "Happy Chinese New year" kepada rakan2 yang menyambutnya...kepada yang tak sambut...'happy holiday' y'all :D

Hari ni saya nak share project 2011 yang saya tak sempat nak upload kat blog sebelum ni.
Project goodies pack kali ini ditempah oleh Puan Hanisah sempena majlis cukur jambul Baby beliau.
Selepas a few discussions over the phone & e-mails, akhirnyer persetujuan dibuat & goodies yang saya perlu buat ialah CHOC CHIP COOKIES & CHOC MOIST CAKE.So, saya telah sediakan apa2 yang patut untuk package kali ini, antaranya;

Personalized round sticker...

and paper clip tag....


Inilah large size choc chip cookies with personalize round sticker on its packaging.


Dan ini pula chocolate moist cake yang saya buat .

Inilah goodies pack yang disediakan untuk each guest.

All the goodies then, diletakkan dalam personalized brown paper bag with paper clip tag.

TATA!

Sunday, January 8, 2012

Theme: Ultraman

Assalamualaikum wbt...

Ini pula printing stuff untuk tema ultraman.
Juga untuk birthday party.

THE ALPHABET BANNER
Diameter round alphabet ni ~ 5 inci each.


THE PAPER BAG
Ini pula paper bag untuk asyraaf's party. Saya buat design with ultraman character in 3x3 inch size.Kemudian hantar printing atas sticker(recommended sangat paper bag mcm ni-hehehe...)
HARGA: RM1.40/pc (termasuk small sticker untuk tutup bag lepas dah masukkan goodies)


WELCOME LABEL
Ini request drpd customer. Recommended: A4 size...
Tapi yang ini 8 x8 inches size.
Saya siap letak folded board kat belakang...so tak perlu letak dlm frame...bleh terus letak atas candy table anda.

THANX FIZA FOR THIS ORDER!

Adrianna's Party: All about Barney

Assalamualaikum wbt.....
Selepas fridge magnet untuk Yana...Kamy pula request fridge magnet untuk birthday puteri beliau...bukan setakat fridge magnet, saya terjerumus pula ke kancah membuat 'theme printing'. hehehe....walaupun agak takut2...tapi tak mungkin saya berkata tidak...kerana banyak sebab...
antara sebab utama saya perlu teruskan order ni, sebab sekarang kan trend orang buat party sure ade theme punyer...syiok ler tengok all the pretty and cutie labeling stuff... secara tak langsung saya boleh praktis buat design kat photoshop dengan lebih lagi. Seriously...walaupun saya dulu belajar ambik multimedia...haram tak pandai...huahuahua...
sekarang ni ler baru study tahap gaban ngalahkan bebudak university nak ambik exam(walaupun simple design)
Nyesal taw dulu main2..hehehehe...

So, ini antara request dari Kamy:
1.FRIDGE MAGNET




2.PAPER BAG with PAPER CLIP TAG




3.PERSONALIZED GLASS JAR




4. FOOD LABEL




5. CHOCOLATE WRAPPER




6. PARTY HAT


7. FOOD TOPPER


Hari ni saya rajin nak share gambar jer...hehehehe....

TATA!