Thursday, June 20, 2013

Kelas Kawin2: Fridge Magnet






Assalamualaikum wbt.
Morning all...

Kesinambungan daripada entry hari semalam, tajuk kecil DIY project yang akan diajar dalam 'Kelas Kawin2' minggu hadapan adalah membuat FRIDGE MAGNET.

Kita akan belajar membuat fridge magnet ini secara hands-on. Saya buat dan awak juga buat..kita buat same2 k...
So, anda akan dijelaskan tentang material yang diguna, juga diberi info dimana anda boleh mendapatkannya.

Personally, fridge magnet ni sangat sesuai untuk diberi kepada sanak sedare awak... Kalau untuk semua tetamu, pada pandangan saya, kurang praktikal. Cus, tak semua tetamu yang hadir itu, mengenali awak.  Entah tidak kuasa mereka hendak tepek magnet itu di fridge mereka, sementelah mereka pon tak kenal awak kan?

But anyway, kalau awak buat sendiri, awak siap boleh personalize lagi kepada siapa awak nak bagi fridge magnet tersebut...kan?

Contohnyer:                                                     Kepada: Maklong
                                                                 "Terima Kasih Kerana Sama2
                                                                   Meraikan hari Bahagia Kami"

                                                                      From: Adam & Hawa
                                                                                30.11.2003

Ahaaa...beshh tak awak?

Okey kawan2, kita jumpe lagi di lembaran lain k...Have a great day all!

Wednesday, June 19, 2013

KELAS KAWIN2


Assalamualaikum wbt...
Morning all...
Hari ni saya nak sebarkan news pasal 'Kelas Kawin2' yang akan diadakan pada Ahad minggu depan bersamaan 30 Jun 2013. Kelas macam biasa, akan diadakan di ALIMKids, Wangsamaju.

Ini 'Kelas Kawin2' kedua yang kita anjurkan. So, let me explain serba sedikit, kenapa kelas ini dinamakan sedemikian dan apa misi kita mennganjurkan kelas ini.

'Kelas Kawin2' dinamakan sedemikian, kerana fokus  Projek 'DIY' yang  diajar sangat2 sesuai untuk digunakan dalam majlis perkahwinan. Basiclah kalau majlis perkahwinan kita disini.Tak kesahlah besar atau kecik ajer majlis yang awak nak buat, selain soal makanan, hiasan majlis dan goodies untuk keluarga dan tetamu yang hadir juga adalah a part of the majlis kan? dan perlu diambil perhatian. Tak lengkap kalau majlis tade bunga telur. Tak best, kalau tak disediakan buah tangan untuk tetamu yang hadir, apatah lagi, biasanya majlis perkahwinan mengumpulkan sanak sedare kita jauh dan dekat.

Since saya bergelumang membuat doorgift  sejak hampir 8 tahun ini. Saya makin faham keperluan dan keinginan bakal2 pengantin untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka sesuatu yang akan diingati seumur hidup. Semua ingin dapatkan yang 'terbaik' untuk majlis 'once in a lifetime' ini, tapi tak semua orang mampu nak invest besar bagi mendapatkan yang 'terbaik' itu.
Tapi sebenarnya, diri awak sendiri boleh hasilkan yang terbaik. Hasil tangan pengantin sendiri lebih besar nilainyer beb.Tak caya, tanyerlah sape2 yang buat sendiri doorgift kawin sendiri. Sure mereka kata , memang agak penat tapi berbaloi.

So, my main focus adalah membantu bakal pengantin yang minat aktiviti DIY belajar beberapa projek DIY dalam kelas ini yang mereka boleh guna pakai untuk majlis perkahwinan mereka.
Kebanyakkan modal untuk menghasilkan satu2 projek yang kita fokuskan dalam kelas  ini adalah dibawah RM2/pc. Jika awak boleh jimat hasilkan doorgift atau deco sendiri, banyak wang awak boleh reserve untuk perkara penting lain.

Kehidupan selepas majlis perkahwinan pada pandangan saya adalah lebih penting. Tanyer ler orang yang dah kawen kalo tak cayer... :) Tanggungjawab dan tanggungan awak pon makin besar taw.

Sesiapa yang berminat, awak pelis like page saya: KHAM JOE Design  yer? Kat sinun pon kita create event. Awak join the event as 'going'. Saya akan get back to those yang going ni. Tak pun awak boleh e-mail kat saya di khamjoedesign@yahoo.com. Tajuk taruk 'Kelas Kawin2'. Then, pelis bagi nama awak, and number phone jugak. Kita akan follow up dengan awak soal pembayaran dan sebagainya.

Okeylah...saya nak uruskan anak2 gi skolah dulu. Insya allah saya narrow down satu2 projek yang kita akan belajar kemudian yer.

Bubbye korang. Have a great day! Assalamualaikum

Tuesday, June 18, 2013

Potpourri for Majlis Kesyukuran & Aqiqah

Assalamualaikum wbt...
Morning all..

Hari ini saya nak share satu order untuk customer yang masih dengan saya, but ready to deliver. Saya quite obsess dengan potpourri. So, bila ada orang soh saya bikin potpourri, memang teruja sangat...
Kali ini potpourri untuk majlis kenduri aqiqah baby girl, and  mamanyer nak warna purple. So, lepas a short discussion over the FB, saya pon dah dibenarkan memulakan tugas. Teruja beb...kebetulan saya ade satu cotton yang comel gler dalam simpanan.

Saya pun mulalah siapkan material.Kemudian,potong kain, buat measurement, jahit2, potong lagi, siaplah uncang kosong. Next, sumbat dengan fiber yang sudah diharumkan dengan potpourri fragrance dan ikat dengan ribbon. Beginilah ianyer...

Lepas tu, saya siapkan bunga2 cinta...dan...gentel2 ribbon(lupa nak snap gambo reben siap gentel)

Then, saya attachlah pada uncang yang siap diisi fiber tadi.

Ini gambo close up la konon...hehehe

Kemudian, bertemankan CD Empati daripada ADABAND (feveret band saya nieh..hihi), saya mendesign tag untuk letak pada potpourri. Inilah tag yang siap diprint dan manually cut.

Lepas tu, saya attachlah tag tadi pada salah satu hujung reben yang digentel sebelumnyer... :)
 

Eheh, macam ngajar masak2 pulak rasenyer...seterusnya Puan2, kita masukkan dalam pelestik. Dan ikat ler dengan reben ikut suker hati kamu. Tadaaaa....siap sudah.

Okeylah, Sekian Terima Kasih.

Dah nak siang ghupernyer...
Baik saya bla sebelum hero2 saya bangkit.

Assalamualaikum and have a great day! :)

Monday, June 17, 2013

Happy Father's Day 2013

Assalamualaikum WBT...

3 bulan lebih tak update blog.Huh...bersawang penuh. Nak carik jalan masuk pun susah glerr..haisshhh...
Ermsss, seriyess  jadik kekok pulak nak restart menulis kat blog. Suatu ketika dulu, menulis di blog adalah sesuatu yang saya addict. Then, recently saya dapat few e-mails yang minta saya update this blog. Terharu beb...sob sob. There's people out there yang follow this blog, yang tunggu2 juga my new entry since past few months. Guys, really appreciates it. And yes, saya perlu share dengan kawan2, tak kesahlah hasil kerja saya ker, tips2 ker and ape2 sajer yang positive which somehow boleh memberi sesuatu yang baik kepada seseorang atau kepada lebih ramai orang, lagi bagus kan.

So, sebagai warm up...saya nak share ape yang saya dah buat for Father's Day tahun ni.
Quite busy dengan order, tak banyak yang saya buat for Father's Day. Since ade yang request for ready stock, so saya buat juga sumthing.
I bought this scrapbooking kit by Aprilisa Design. Just Like Dad - Kits


Saya telah guna some element daripada kit ini untuk buat Limited Edition Potpourri macam kat bawah. Main idea adalah nak buat potpourri ini a little bit masculine, pakai bow tie and ade misai melentik. Kat misai itu diselit father's day message - Selamat Hari Bapa 2013 dan 'Hati-hati Memandu' sebab nak sangat si bapa tersebut menggantungnya dalam kereta...hehehe. One thing yang saya suka pasal potpourri ni adalah corak cotton ni. Stripy and i like the colors. Macam kemeja orang laki2.
Bila saya nampak sesuatu, dan sesuatu itu sangat best (tapi it's only in my head), saya perlu realisasikannya secepat mungkin. Kalau tak, PASTI, saya akan lupa, cus saya sangat pelupa orangnyer even though, i have so many ideas...cheyyyy...
Moralnyer kawan2, kalau awak ada idea best, Do it straight away. Or else, it's only in your head and u gonna forget about once u have idea to do it as time goes by.

 

Nak lagik best, saya kasik free Father's Day Fridge Magnet untuk sesiapa yang purchase potpourri ini. Again, i used some elements from Just Like Dad - Kit.
Saya guna element from the kit, drag dalam photoshop. Tambah sket message and print menggunakan magnetic paper. Saya guna brand PRINZET. Lepas dah print, saya cut it out manually.

Untuk promosi sehari, dapatlah saya jual beberape ketul potpourri ni kepada beberape orang customer yang somehow terlihat iklan promosi saya kat FB. hehehe. Nama pon edisi terhad kan.

Inilah beberape ketul potpourri yang telah pon saya courier kepada tuannyer yang memesan.Thanks so much kawan2.


Ermss, lastly, sebelum saya akhiri entry kali ini, saya nak share digital scrapbook yang saya buat untuk husband saya sempena Father's Day 2013 ni.


Okay kawan2, macamana caranya sekalipun awak ekspresikan penghargaan awak kepada kepada insan yang bernama bapa, saya pasti, ia terbit daripada perasaan kasih sayang yang sangat suci, sangat tulus dan nilainya melebihi segala-gala di dunia ini.KASIH SAYANG = PRICELESS. Hanya kita yang mengerti ayah kita atau ayah kepada anak kita tu kan?

SELAMAT HARI BAPA 2013! Assalamualaikum.