Saturday, January 14, 2012

Goodies Pack : Majlis Cukur Jambul Baby Hannah Sofia

Assalamualaikum wbt..

First of all, saya nak wish "Happy Chinese New year" kepada rakan2 yang menyambutnya...kepada yang tak sambut...'happy holiday' y'all :D

Hari ni saya nak share project 2011 yang saya tak sempat nak upload kat blog sebelum ni.
Project goodies pack kali ini ditempah oleh Puan Hanisah sempena majlis cukur jambul Baby beliau.
Selepas a few discussions over the phone & e-mails, akhirnyer persetujuan dibuat & goodies yang saya perlu buat ialah CHOC CHIP COOKIES & CHOC MOIST CAKE.So, saya telah sediakan apa2 yang patut untuk package kali ini, antaranya;

Personalized round sticker...

and paper clip tag....


Inilah large size choc chip cookies with personalize round sticker on its packaging.


Dan ini pula chocolate moist cake yang saya buat .

Inilah goodies pack yang disediakan untuk each guest.

All the goodies then, diletakkan dalam personalized brown paper bag with paper clip tag.

TATA!

Sunday, January 8, 2012

Theme: Ultraman

Assalamualaikum wbt...

Ini pula printing stuff untuk tema ultraman.
Juga untuk birthday party.

THE ALPHABET BANNER
Diameter round alphabet ni ~ 5 inci each.


THE PAPER BAG
Ini pula paper bag untuk asyraaf's party. Saya buat design with ultraman character in 3x3 inch size.Kemudian hantar printing atas sticker(recommended sangat paper bag mcm ni-hehehe...)
HARGA: RM1.40/pc (termasuk small sticker untuk tutup bag lepas dah masukkan goodies)


WELCOME LABEL
Ini request drpd customer. Recommended: A4 size...
Tapi yang ini 8 x8 inches size.
Saya siap letak folded board kat belakang...so tak perlu letak dlm frame...bleh terus letak atas candy table anda.

THANX FIZA FOR THIS ORDER!

Adrianna's Party: All about Barney

Assalamualaikum wbt.....
Selepas fridge magnet untuk Yana...Kamy pula request fridge magnet untuk birthday puteri beliau...bukan setakat fridge magnet, saya terjerumus pula ke kancah membuat 'theme printing'. hehehe....walaupun agak takut2...tapi tak mungkin saya berkata tidak...kerana banyak sebab...
antara sebab utama saya perlu teruskan order ni, sebab sekarang kan trend orang buat party sure ade theme punyer...syiok ler tengok all the pretty and cutie labeling stuff... secara tak langsung saya boleh praktis buat design kat photoshop dengan lebih lagi. Seriously...walaupun saya dulu belajar ambik multimedia...haram tak pandai...huahuahua...
sekarang ni ler baru study tahap gaban ngalahkan bebudak university nak ambik exam(walaupun simple design)
Nyesal taw dulu main2..hehehehe...

So, ini antara request dari Kamy:
1.FRIDGE MAGNET




2.PAPER BAG with PAPER CLIP TAG




3.PERSONALIZED GLASS JAR




4. FOOD LABEL




5. CHOCOLATE WRAPPER




6. PARTY HAT


7. FOOD TOPPER


Hari ni saya rajin nak share gambar jer...hehehehe....

TATA!

Irdina's Project

Assalamualaikum wbt....

Lepas buat fridge magnet utk Putri..Yana pula request saye buatkan fridge magnet as doorgift sempena 1st birthday baby beliau.Kali ini dengan theme:Elmo!!

Inilah fridge magnet yang saya dah buat. Each fridge magnet was packed in a clear packaging.

Ini pula the paperbag & tag yang Yana minta saya buatkan.

Ada ulser dalam mulut saya, sebab tu, saya tak boleh nak citer panjang2...huahuahua....

Tata!

Putri's Project:Princess

Assalamualaikum wbt....
As promised, saya nak share project 2011, yang saya tak sempat nak post kat blog. Ini merupakan second project saya dengan Akma. Click SINI, to view projek pertama saya untuk Akma.

EVENT:BIRTHDAY
THEME:PRINCESS
SET OF PERSONALIZED GOODIES -1 FRIDGE MAGNET, 1 NOTEBOOK, 1 FANCY COOKIE, PACKED IN BROWN PAPER BAG.
__________________________________________________________________

1.PERSONALIZED FRIDGE MAGNET

Akma minta saya suggest any goodies yang sesuai untuk diberi kepada kawan2 Putri. FYI, Putri is 3 years old ( :
Actually, idea nak buat fridge magnet ni, memang saya dok simpan dalam kepala long before this event lagi.Saya sempat survey & beli bahan2 yang saya mungkin boleh gunakan untuk produce this kind of handmade fridge magnet. So, bila dpt opportunity from Akma, saya suggest lah untuk buatkan fridge magnet.Alhamdulillah,Idea saya diterima...
So, inilah fridge magnet pertama yang saya hasilkan.Basically, main material adalah chipboard(medium type - maksudnyer tak berape tebal) Tapi bila saya dah cantumkan dua keping chipboard(konsepnyer macam frame gambar) so, jadiklah tebal/keras...hihihihi (mode: berusaha untuk explain) hahahaha
last sekali saya letak lah magnet kat belah belakang chipboard yang saya dah potong tadi.

IDEA: Kalau anda tak ada cutting machine (untuk potong macam shape fridge magnet saya), anda gunalah any shape yg senang nak dibuat - trace bentuk tutup tin ka-utk dpt round shape atau kalau ade cookie mould bentuk love ka, trace lah kat chipboard tadi.yang penting perlu ada 2 keping. 1 bahagian anda perlu mount (jadikkan mcm frame gambar) .
Kalau macam fridge magnet ni, saya letakkan 'FRIENDS FOREVER -PUTRI'. Idea lain anda boleh letak gambar ker...

Yang paling utama...untuk menjadikannyer fridge magnet, kenalah taruk magnet kat belah belakangnyer...kalau x de magnet, tidak le namenyer fridge magnet...tapi namenyer frame gambo...hahahaha...

got d idea? DIY yer nanti...selamat mencuba...:D

2.PERSONALIZED NOTEBOOK

Basically, saya gunakan notebook size A7, yang ade jual di bookshop.Kemudian saye make it personal dengan menambahkan asesori yang kebih kurang same saye letak pada fridge magnet tadi....


3. FANCY COOKIE

Ini pula fancy cookie yang saya buat untuk goodies pack si Putri. Just outline icing & saya tambahkan bebunga gumpaste.

4.THE PAPERBAG & DAISY CLIP TAG

Paperbag untuk isi goodies kali ini simple aje. Saya just tampal 2.5inches tag pada paperbag tersebut.Daisy clip ini pula digunakan untuk tutup the paperbag.

5.PERSONALIZED POTPOURRI & CUPCAKE TOPPER


Akma also request saya buatkan 10 potpourri untuk diberi kepada teachers Si Putri & juga cupcake topper.

Hmmm....kesemua ini telah dihantar ke Kota Kinabalu...
THANX A LOT AKMA FOR THIS ORDER! :D


Monday, January 2, 2012

Goodies Pack : School Reunion

Assalamualaikum wbt...
Ini merupakan last project for 2011. Goodies pack sempena school reunion...Thanks Kim for this order.Asalnya Kim nak macam pouch bag hari raya...since saya dah kehabisan stock iron on transfer paper, so, saye hanyer dapat guna stamping method utk personalize each bag.

8 pouch bag. Setiap satu telah dipersonalize dengan nama2 kawan Kim & herself too.Inside, Kim request saye letakkan any goodies,since this is a short notice order :)

Biskut 'munchy's music' yang saya telah pack semula.

Mini mentos juga di pack semula...


Ada honey bee chocs and sweets....

Thanks Again Kim!