Showing posts with label Potpourri. Show all posts
Showing posts with label Potpourri. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 2

Assalamualaikum wbt...
Okay, sambungan daripada entry semalam...hari ini saya nak share doorgift dan dulang hantaran yang saya buat untuk sebelah pihak lelaki. Chosen theme color adalah orange, magenta & soft pink. Untuk belah lelaki juga, saya diminta buat potpourri . Sama saja macam sebelah pihak perempuan, cuma kaler ajerlah yang lain. Doorgift sebelah pihak lelaki ni, saya diberitahu untuk diberikan kepada rakan2 dan keluarga yang menyertai rombongan meminang. :)

Okay, serba sikit tentang potpourri yang saya buat. Antara yang sangat mengambil masa adalah proses mengukur dan menjahit sachet. Proses ni saya lakukan dengan teliti sebab saya mahu sachet yang perfect. Tak senget sane sini dan ukuran setiap sachet perlulah sama .
Selepas memasukkan scented fiber ke dalam sachet, saya pastikan ia diikat mati dengan ketat menggunakan ribbon. Saya make sure bahagian yang diisi dengan fiber menjadi padat. Semua bahagian dipastikan dipenuhi dengan fiber, terutama kedua-dua bahagian hujung sachet.


Ini antara bahagian yang saya seronok buat. Menghias potpourri...biasanya, saya akan attach bahagian tangkai dulu. Kemudian barulah hiaskan bahagian 'body' sachet tersebut.


Okay, inilah dua group of potpourri daripada padanan warna2 yang diminta.
Seriously, walau mengambil masa sikit menyiapkan tempahan potpourri, tetapi saya enjoy every process yang dilalui.
Thanks a lot customer sebab memberi peluang kepada saya berkarya. :)

Seterusnya, doorgift lain yang dibuat adalah mini jar yang siap dihias mengikut tema. Air mineral mini dengan label dan gable box, juga siap berlabel. 

Basically, inilah set of goodies yang diberikan kepada rombongan meminang daripada keluarga sebelah pihak lelaki.

Okay, kat bawah ni pula adalah dulang hantaran yang saya deko untuk belah lelaki... Just a simple deco menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh customer.


HARGA:
Goodies Box seperti dalam entri ini.
Potpourri - RM9/pc (minimum order-50pcs)
RM10/pc jika bawah 50pcs
Mini jar berhias inc. label & embellishment (tidak termasuk goodies didalamnya) - RM4/pc (minimum order-50pcs)
Mini mineral water + label - rm1.2/pc (minimum order - 50pcs)
Gable box shj - 80sen/pc (minimum order - 100pcs)
Bawah 100pcs - rm1/pc
Gable box + label spt dalam entry - rm1.8/pc (minimum order - 50pcs)

HARGA PAKEJ/SET:
Seperti dalam entri ini.
Potpourri + mini jar + mini mineral water + gable box
(hiasan mengikut tema yang diminta)
RM15/set (minimum order 50set)
Tidak termasuk kos penghantaran.

E-mail ke khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.

Till next time. Assalamualaikum. XOXO


Wednesday, September 18, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 1


Assalamualaikum wbt....
Thanks kepada yang sudi follow my blog...yang membace my entry...
Really appreciates it.. 
Hari ni saya nak share lagi satu job yang saya buat untuk customer also couple of months ago.
Job ini sempena majlis pertunangan, dan saya kena buat hantaran dan doorgift untuk kedua-dua belah pihak... FYI, saya tak ambil tempahan hantaran at the moment, tapi order kali ni, exceptional sket sebab customer saya ni, merupakan first customer yang order barang saya since 2003 lagi... dah macam kakak saya sendiri... banyak kali dah saya buatkan job untuk event2 beliau. Alhamdulillah...
I love you kak (...kalaulah awak bace blog saye)

Macam biasa, akak ni feveret dier nempah potpourri saya.Thanks to you kak, sebab peluang2 beginilah saya boleh eksperimen dan menambah baik hasil kerja saya.
And ini potpourri untuk sebelah pihak perempuan nak bagi kat guest. Saya diberitahu nak kaler biru, cream & sikit warna merah terang....

 
 Jadi, potpourri kali ini kelainannya adalah saya personalized wording kat sachet dengan menggunakan 'iron on transfer paper'.
Banyak kerja lah sket, since nak kena potong satu persatu-satu design yang dah print kat paper tu.Kemudian nak transferkan pulak design tu ke atas sachet. Tapi saya suka dier punyer hasil... Memang bestlah buat job ni... 
Bunga tu pulak, adalah paper flower yang saya die cut dengan big shot dan kemudian digulung (swirl) manually.


Sekarang, cerita deko dulang hantaran... Kesemua bahan2 ni, customer saya sediakan. Saya cuma deko kan ajer... So, saya memang gunakan sepenuhnye bahan2 yang disediakan. :)


Inilah sebahagian dulang hantaran yang saya siap hiaskan bersama-sama dengan barangan hantaran. Dan dulang hiasan yang kosong, rasanya untuk letak manisan. Saya memang tak pakarlah bab deko mendeko dulang hantaran ni, tapi kalau diberi peluang dan kebebasan untuk menghias, saya suka deko yang simple.

Okay, next entry saya kongsi pulak gambar hantaran dan doorgift sebelah pihak lelaki yer...

HARGA:
Untuk Potpourri seperti dalam entry ini ialah RM9/pc.
Minimum order adalah 50pcs
Jika kurang daripada 50pcs, harga adalah RM10/pc
Sila e-mail: khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah


Okey, till next time. Assalamualaikum.

Tuesday, June 18, 2013

Potpourri for Majlis Kesyukuran & Aqiqah

Assalamualaikum wbt...
Morning all..

Hari ini saya nak share satu order untuk customer yang masih dengan saya, but ready to deliver. Saya quite obsess dengan potpourri. So, bila ada orang soh saya bikin potpourri, memang teruja sangat...
Kali ini potpourri untuk majlis kenduri aqiqah baby girl, and  mamanyer nak warna purple. So, lepas a short discussion over the FB, saya pon dah dibenarkan memulakan tugas. Teruja beb...kebetulan saya ade satu cotton yang comel gler dalam simpanan.

Saya pun mulalah siapkan material.Kemudian,potong kain, buat measurement, jahit2, potong lagi, siaplah uncang kosong. Next, sumbat dengan fiber yang sudah diharumkan dengan potpourri fragrance dan ikat dengan ribbon. Beginilah ianyer...

Lepas tu, saya siapkan bunga2 cinta...dan...gentel2 ribbon(lupa nak snap gambo reben siap gentel)

Then, saya attachlah pada uncang yang siap diisi fiber tadi.

Ini gambo close up la konon...hehehe

Kemudian, bertemankan CD Empati daripada ADABAND (feveret band saya nieh..hihi), saya mendesign tag untuk letak pada potpourri. Inilah tag yang siap diprint dan manually cut.

Lepas tu, saya attachlah tag tadi pada salah satu hujung reben yang digentel sebelumnyer... :)
 

Eheh, macam ngajar masak2 pulak rasenyer...seterusnya Puan2, kita masukkan dalam pelestik. Dan ikat ler dengan reben ikut suker hati kamu. Tadaaaa....siap sudah.

Okeylah, Sekian Terima Kasih.

Dah nak siang ghupernyer...
Baik saya bla sebelum hero2 saya bangkit.

Assalamualaikum and have a great day! :)

Monday, June 17, 2013

Happy Father's Day 2013

Assalamualaikum WBT...

3 bulan lebih tak update blog.Huh...bersawang penuh. Nak carik jalan masuk pun susah glerr..haisshhh...
Ermsss, seriyess  jadik kekok pulak nak restart menulis kat blog. Suatu ketika dulu, menulis di blog adalah sesuatu yang saya addict. Then, recently saya dapat few e-mails yang minta saya update this blog. Terharu beb...sob sob. There's people out there yang follow this blog, yang tunggu2 juga my new entry since past few months. Guys, really appreciates it. And yes, saya perlu share dengan kawan2, tak kesahlah hasil kerja saya ker, tips2 ker and ape2 sajer yang positive which somehow boleh memberi sesuatu yang baik kepada seseorang atau kepada lebih ramai orang, lagi bagus kan.

So, sebagai warm up...saya nak share ape yang saya dah buat for Father's Day tahun ni.
Quite busy dengan order, tak banyak yang saya buat for Father's Day. Since ade yang request for ready stock, so saya buat juga sumthing.
I bought this scrapbooking kit by Aprilisa Design. Just Like Dad - Kits


Saya telah guna some element daripada kit ini untuk buat Limited Edition Potpourri macam kat bawah. Main idea adalah nak buat potpourri ini a little bit masculine, pakai bow tie and ade misai melentik. Kat misai itu diselit father's day message - Selamat Hari Bapa 2013 dan 'Hati-hati Memandu' sebab nak sangat si bapa tersebut menggantungnya dalam kereta...hehehe. One thing yang saya suka pasal potpourri ni adalah corak cotton ni. Stripy and i like the colors. Macam kemeja orang laki2.
Bila saya nampak sesuatu, dan sesuatu itu sangat best (tapi it's only in my head), saya perlu realisasikannya secepat mungkin. Kalau tak, PASTI, saya akan lupa, cus saya sangat pelupa orangnyer even though, i have so many ideas...cheyyyy...
Moralnyer kawan2, kalau awak ada idea best, Do it straight away. Or else, it's only in your head and u gonna forget about once u have idea to do it as time goes by.

 

Nak lagik best, saya kasik free Father's Day Fridge Magnet untuk sesiapa yang purchase potpourri ini. Again, i used some elements from Just Like Dad - Kit.
Saya guna element from the kit, drag dalam photoshop. Tambah sket message and print menggunakan magnetic paper. Saya guna brand PRINZET. Lepas dah print, saya cut it out manually.

Untuk promosi sehari, dapatlah saya jual beberape ketul potpourri ni kepada beberape orang customer yang somehow terlihat iklan promosi saya kat FB. hehehe. Nama pon edisi terhad kan.

Inilah beberape ketul potpourri yang telah pon saya courier kepada tuannyer yang memesan.Thanks so much kawan2.


Ermss, lastly, sebelum saya akhiri entry kali ini, saya nak share digital scrapbook yang saya buat untuk husband saya sempena Father's Day 2013 ni.


Okay kawan2, macamana caranya sekalipun awak ekspresikan penghargaan awak kepada kepada insan yang bernama bapa, saya pasti, ia terbit daripada perasaan kasih sayang yang sangat suci, sangat tulus dan nilainya melebihi segala-gala di dunia ini.KASIH SAYANG = PRICELESS. Hanya kita yang mengerti ayah kita atau ayah kepada anak kita tu kan?

SELAMAT HARI BAPA 2013! Assalamualaikum.

Saturday, December 31, 2011

Lyni & Rafiz's Project

Assalamuallaikum wbt...
woohoo..dah lame tak update blog...rindu glerr... :)
cepatttnyer masa berlalu, hari ni dah hari terakhir utk tahun 2011...esok dh masuk tahun baru..so 'Happy New Year 2012' to all..

Bulan Disember ni, my schedule hectic betol...lalala...banyak project utk orang kawin, bertunang, aqiqah dan bagai...maklum lah, cuti skolah.Hehehe...towards the end, fuhhhh...lega untuk seketika...:P ..hari mendatang, saya sedang bersedia mental & fizikal utk cabaran baru...dah ade few dalam list... :D
thanks sangat kepada yang memberi peluang & kepercayaan kepada saya....

Ermmsss...hari ni baru saye dpt register anak second masuk skolah...OMG...brg2 skolah belum beli...life saye agak terrible lately...hopefully, tahun baru ni, life saye lebih terurus...:P

well...sebelum nak citer pasal project LYNI & RAFIZ nie..saya juga nak mintak maap kepada sesiape yg komplen saya x respond kat FB or emel.seriously..saya memang sgt jarang dpt online...kadang2 minta belas ihsan husband saye utk check ape2 yg patut...so, memang banyak terlepas pandang...saya minta maaf yer...hopefully lepas nie, saya dpt uruskan shedule dgn lebih baik...sesape yg sudi share dgn saye care2 nak uruskan home base biz dengan lebih baik, please help me! S.O.S!...THANKS in Advance ! :8)

Oraitzz.. Projek Lyni & Rafiz ni, antara projek2 terakhir tahun 2011...last project yg saya update was HAri Raya dulu...insya allah, kalau ade waktu senggang, saya try nak share more project yg saya missed to share here. Tapi,kat FB, most of gmbr2 project tahun 2011 were there.


EVENT: ENGAGEMENT
THEME: ENGLISH

Basically, Lyni request 50 set goodies pack untuk diberi kepada guest pada hari pertunangan beliau.Lyni mahu set of potpourri & cookie in a box.So, saya telah personalized every items se'English' yang mungkin...hehehehe....

Frame & kerawang pada potpourri, saya guna technique stamping
Wording saya design dlm computer& guna iron on transfer paper utk transfer design onto fabric. (anyone knows where to get this paper? - saya dh out of stock)


Saya combine warna beige(fabric & ribbon),with little bit of pink(the roses) & tiffany blue(the paper string) - semua tu color yg Lyni request.

Lyni nak saya letakkan love quote(given by her) pada potpourri...Since space yg sgt limited, akhirnya saya design tag & attached pada paper string.

Close up view of the potpourri. Another end of paper string, saye embellished dengan bead bentuk love.

Ini packaging for the potpourri...saya stamped 'For You' words onto doily and jadikannyer topper.


Ini pula choc chips cookie, personalized dengan nama Lyni & fiance.Choc chip cookies tak seperti sugar cookies yang sesuai untuk full royal icing deco.Lagi lame choc chip cookies diletakkan diluar, sure lemau & x fresh.So, deco juga harus minimal.royal icing with thick consistency bleh kering dalam beberape minit jer...so cookies kekal segar & crunchy :)

Saya masukkan cookie & potpourri ke dalam 4x4x4 inch box.

Kemudian saya kemaskan kotak dengan tag yang di attach pada ribbon....
Hopefully, it's English enuf...:P


MINERAL WATER LABEL


Selain daripada goodies pack untuk tetamu, Lyni also minta saye designkan mineral water label.Level confident saya buat design guna photoshop masih rendah, tapi saya addicted membuatnyer..more to explore and learn..So, opportunity yang diberi oleh kamu semua sangat2 saye hargai.

Thanks A Lot Lyni :D


HAPPY NEW YEAR 2012 to all of u.Thanks a lot for dropping by here.

wassalamualaikum wbt.

*credit to Kim B's design for papers & elements*
*credit to sugarplumpaperie for the element*

Tuesday, June 28, 2011

Personal Order for Frens' Birthday

Assalamualaikum wbt...
Personal order ini adalah daripada Puan Azlina...she requested potpourri for her female frens and reusable grocery bag for her male fren.Ada personalized stamping pada setiap item...


'Happy Birthday Julia'....'Happy Birthday Yatie'


.....'Happy Birthday Ritz...

.....Semua hadiah will get this packaging for free...

Thanks a lot Azlina! :D