Showing posts with label Package. Show all posts
Showing posts with label Package. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Goodies Pack: Majlis Aqiqah

Assalamualaikum wbt & Salam hujung minggu.
Sure ramai yang seronok kan biler habis Jumaat sebab dah taw, Sabtu & Ahadnyer korang bleh berehat2 dirumah. Yang penting tak pegi opis pada hujung minggu...Itu kesahnyer yang keje opis..
Macam yang keje sendiri macam hakak ni...tade hari tertentu yang dikhaskan untuk bercuti....kalau nak cuti hari2 pon boleh....kije tak siap, jawap yer...heh heh heh...tak kesahlah latar belakang pekerjaan kita; keje dgn org ker, kerje sendiri ker...ape yang paling penting adalah, bekerjalah dengan penuh cinta. Rezeki yang kita dapat insya allah penuh berkat dan kita tak stress...next time saya nak sharelah kenape pentingnyer kita suke ape yang kita buat & buat ape yang kita suker...saye sempat jadik crew untuk satu mini seminar last week...tape, itu kite citer kemudian, insya allah pada entry yg lain.

Hari ni, saye nak share tempahan doorgift yang saya buat untuk Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Khalisya. Mama baby ambik pakej.Since customer saya buat event kat Seremban ni, so, saya okey jer,memandangkan pakej kali ni perlukan goodies diletakkan dalam paper bag. Sebab kalau jauh dari tempat saya, agak susah nak bawa goodies yang siap pack dalam paper bag ni. Biasenyer need space yang banyak. Kalau anda nak letak goodies dalam paper bag, nak ia cantik kemas, anda kena make sure, setiap goodies pack tersebut diletakkan satu persatu dalam ruangnye. Kalau bertindan, nanti dah tak cantik.. :)

Untuk pakej ni, kita ade muffin vanilla yang siap pack dalam clear packaging bersama label, mini mineral water(230ml) juga siap personalized label, diletakkan dalam paper bag with daisy clip.

Ini vanilla muffin yang siap pack. Saya tak buat muffin ni...kita order daripada vendor terpilih and proven, muffin dier sedap...:)

Ini pula mineral water yang siap personalized label. Actually design template ni saya pernah buat untuk previous customer. So kite tukar wording ajer. 

Same goes untuk paper bag. Vintage gitu kan...hakak suker dik.


Inilah daisy attached to wooden peg with personalized label (name baby yang diraikan)



Perasaan membuat order ini, macam biase berbunga-bunga. Saya menganggap setiap order yang saye terima sebagai satu komitmen(tanggungjawab). Komitmen tersebut pada saya merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti(kejujuran). Disitulah pentingnyer menyukai ape yang kita lakukan, dan alhamdulillah saye suker ape yang saye lakukan.Dapat melakukan ape yang kite suker pula pada saye merupakan satu bonus. Dibayar untuk membuat perkara yang kite suker, lagiklah best kan.......bertambah-tambah cinta menyiapkan order. Saya juga sentiasa mendoakan  apa sahaja yang saya lakukan diterima Allah sebagai satu ibadah, mudah-mudahan anda juga mula mendoakan setiap kerja yang anda lakukan sebagai ibadah..Sama-sama kita ubah niat kita bekerja.Mudah-mudahan rezeki bertambah berkat dan diredhai.

Jadi kawan-kawan...jangan pandang rendah setiap ape yang kita lakukan walaupun perkara tersebut nampak kecil dipandangan mata. Apatah lagi memandang rendah kepada orang lain. Kerana sesuatu yang besar, bermula daripada sesuatu yang kecil...
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Itu memang terbukti.


 Okeylah kawan2...Inilah yang saya cerita tadi, goodies pack yang guna paper bag perlukan ruangnyer sendiri. Kalau ditindan-tindan sure jadi tak cantik...
Saya telah potong sebuah kotak kepada dua bahagian menjadi 'tray' utuk letak goodies bag ini. Dua kali perlu buat delivery untuk maintain goodies bag ni cantik and kemas.150set semuanyer.
Sebab tu, kalau area Seremban, saya no hal ajer...tapi kalau tempat lain...insya allah u oll kena deal lah camner nak pick up k.

Thanks alot again kepada yang sudi membace this entry sampai ke akhirnyer. :)
Seriyuss appreciate sangat.

HARGA: (ala carte..hihi)
(as per this entry)
White printed paper bag (medium size) - RM1.4/pc
Daisy + wooden peg + personalized label - rm1.5/pc
Vanilla muffin siap pack - rm1.7/pc
mineral water with personalized label (230ml) - rm1.2/pc

HARGA PAKEJ:
Paper bag + clip + vanilla + mineral water - rm5/pc (minimum order 50set)

Bagi yang berminat menempah, sila e-mail ke khamjoedesign@yahoo.com.

BYe2 for now.Till next time.
Assalamualaikum wbt.



Tuesday, September 24, 2013

Paper Bag Majlis Perkahwinan

Assalamulaikum wbt, beloved frens..
Thanks a lot for dropping by here.
Hari ni, saya nak share satu lagi job buat untuk customer, earlier this year, kalau tak silap.
Belek2 gambar dalam  galeri, erghh, banyak sangat...so, better saye share dulu kat blog, sebelum delete. Waktu tu,customer saya ni minta siapkan satu set paper bag & mini jar siap personalized label.
Previously, saya ade post gift set saya buat untuk customer lain dalam instagram yang gunakan crepe flower sebagai clip untuk tutup paper bag. So, customer saya ini juga minta buatkan yang same..

Ini crepe flower yang saya dah attach pada wooden peg.Since bunga ni, besar, so, tak nampaklah wooden peg yang dah attached pada bunga tu.
 

Sticker pada paper bag tu pula adalah design template yang saya buat untuk cousin saya sebelumnye, and customer saya ni, minta buatkan yang same. So, sonang ler kojo hakak kan... Tukaw wording jer...
Sebenarnyer, theme color wedding customer saya ni, putih ajer. Sebab nak highlightkan personalized sticker tu, she asked me untuk letak color pink peach ni. And saye tambah daisy die cut as embellishment.
 
Less is more. Itu yang dapat saye ungkapkan untuk order kali ni. 
Alhamdulillah, customer suker, hakkak lagik ler sukker..

Ini pula personalized label untuk jar, match dengan design paper bag. 
 

 HARGA:
(as per above photo)
Paper bag with handle + sticker & embellishment -  RM3.5/pc 
(minimum 50pcs)
Crepe flower attached to wooden peg - rm1.5/pc (minimum 50pcs)
Mini Jar + personalized label - RM3.5/pc (minimum 50pcs)

HARGA PAKEJ:
Paper Bag + Crepe Flower with Wooden Peg + Mini Jar with personalize label - RM6/set
(minimum order -50set)

Please e-mail khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.
Thanks.

Assalamualaikum Wbt.

Monday, September 23, 2013

Doorgift Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum wbt....
Thanks a lot kepada yang dropping by my blog, and sudi membace my entry... :)
Hari ni saya nak share satu job yang saya buat untuk customer, kalau tak silap nak beri kepada kumpulan marhaban yang dijemput.Doorgift berupa sehelai apron yang diletakkan dalam drawstring pouch bag,
Job ni saya buat couple of months ago. Sangat excited, since dah lame jugak tak menjahit apron.
So, after discussion through e-mails, inilah selected fabric yang customer tu setuju soh saya proceed.
OWL! hakak suker!!

Inilah drawstring pouch bag yang saya siap jahit. Dalamnya ade lining cotton warna hijau.

Inilah rupanya apron yang saya design. Saiz customer request minta Large. Sebab yang nak bagi kat makcik2 kan... Kalau saye pon, selesa apron size besar sket...banyak dapat cover pakaian daripada terkena kotoran2 di dapur.
Bahagian belakang apron ni, sebenarnyer ade lining color magenta...serious luper nak snap gambar bahagian tersebut. And poket kita buat semi circle menggunakan cotton same yang saya buat as lining untuk drawstring pouch bag.


Taruk logo sket...heh heh


Ini lagi satu request customer. Nak ade logo 'Masterchef' kaler magenta.
Logo ni, saya guna felt fabric. Since logo masterchef ni coil2 gitu, and saiz agak cekeding, memang fenen jugak memula pikir camner nak potong...nak trace satu2, fengsan hakak...
At last, saya print logo guna sticker paper (buat mirror effect), saya tampal dekat atas felt, and saya potong ikut sticker tu...serious u olls, cara tu agak efektif :)
Sorry jugak lupe nak ambik gambarnyer, harap korang paham camner saya buat tu...hehehe...
 
 
Okeh, seterusnyer, men'skill' kan diri melipat apron. Dah ala2 nasik lemak giteww..hah hah

 
 Lalu, dimasukkan kedalam drawstring pouch bag.
Saye haraplah sangat makcik2 suker dapat hadiah ni from tuan rumah.
And please bergaye di dapur dengan apron serba ceria ini.... Jangan sayang nak guner pulak kan... :)


HARGA:
Drawstring pouch shj - rm15/pc
Apron - RM35/pc

 Harga Pakej: RM35 (minimum 30set)

Please e-mail: khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.Thanks.

Okey guys. Till next time.
Assalamualaikum wbt.

Thursday, September 19, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 2

Assalamualaikum wbt...
Okay, sambungan daripada entry semalam...hari ini saya nak share doorgift dan dulang hantaran yang saya buat untuk sebelah pihak lelaki. Chosen theme color adalah orange, magenta & soft pink. Untuk belah lelaki juga, saya diminta buat potpourri . Sama saja macam sebelah pihak perempuan, cuma kaler ajerlah yang lain. Doorgift sebelah pihak lelaki ni, saya diberitahu untuk diberikan kepada rakan2 dan keluarga yang menyertai rombongan meminang. :)

Okay, serba sikit tentang potpourri yang saya buat. Antara yang sangat mengambil masa adalah proses mengukur dan menjahit sachet. Proses ni saya lakukan dengan teliti sebab saya mahu sachet yang perfect. Tak senget sane sini dan ukuran setiap sachet perlulah sama .
Selepas memasukkan scented fiber ke dalam sachet, saya pastikan ia diikat mati dengan ketat menggunakan ribbon. Saya make sure bahagian yang diisi dengan fiber menjadi padat. Semua bahagian dipastikan dipenuhi dengan fiber, terutama kedua-dua bahagian hujung sachet.


Ini antara bahagian yang saya seronok buat. Menghias potpourri...biasanya, saya akan attach bahagian tangkai dulu. Kemudian barulah hiaskan bahagian 'body' sachet tersebut.


Okay, inilah dua group of potpourri daripada padanan warna2 yang diminta.
Seriously, walau mengambil masa sikit menyiapkan tempahan potpourri, tetapi saya enjoy every process yang dilalui.
Thanks a lot customer sebab memberi peluang kepada saya berkarya. :)

Seterusnya, doorgift lain yang dibuat adalah mini jar yang siap dihias mengikut tema. Air mineral mini dengan label dan gable box, juga siap berlabel. 

Basically, inilah set of goodies yang diberikan kepada rombongan meminang daripada keluarga sebelah pihak lelaki.

Okay, kat bawah ni pula adalah dulang hantaran yang saya deko untuk belah lelaki... Just a simple deco menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh customer.


HARGA:
Goodies Box seperti dalam entri ini.
Potpourri - RM9/pc (minimum order-50pcs)
RM10/pc jika bawah 50pcs
Mini jar berhias inc. label & embellishment (tidak termasuk goodies didalamnya) - RM4/pc (minimum order-50pcs)
Mini mineral water + label - rm1.2/pc (minimum order - 50pcs)
Gable box shj - 80sen/pc (minimum order - 100pcs)
Bawah 100pcs - rm1/pc
Gable box + label spt dalam entry - rm1.8/pc (minimum order - 50pcs)

HARGA PAKEJ/SET:
Seperti dalam entri ini.
Potpourri + mini jar + mini mineral water + gable box
(hiasan mengikut tema yang diminta)
RM15/set (minimum order 50set)
Tidak termasuk kos penghantaran.

E-mail ke khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.

Till next time. Assalamualaikum. XOXO


Wednesday, September 18, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 1


Assalamualaikum wbt....
Thanks kepada yang sudi follow my blog...yang membace my entry...
Really appreciates it.. 
Hari ni saya nak share lagi satu job yang saya buat untuk customer also couple of months ago.
Job ini sempena majlis pertunangan, dan saya kena buat hantaran dan doorgift untuk kedua-dua belah pihak... FYI, saya tak ambil tempahan hantaran at the moment, tapi order kali ni, exceptional sket sebab customer saya ni, merupakan first customer yang order barang saya since 2003 lagi... dah macam kakak saya sendiri... banyak kali dah saya buatkan job untuk event2 beliau. Alhamdulillah...
I love you kak (...kalaulah awak bace blog saye)

Macam biasa, akak ni feveret dier nempah potpourri saya.Thanks to you kak, sebab peluang2 beginilah saya boleh eksperimen dan menambah baik hasil kerja saya.
And ini potpourri untuk sebelah pihak perempuan nak bagi kat guest. Saya diberitahu nak kaler biru, cream & sikit warna merah terang....

 
 Jadi, potpourri kali ini kelainannya adalah saya personalized wording kat sachet dengan menggunakan 'iron on transfer paper'.
Banyak kerja lah sket, since nak kena potong satu persatu-satu design yang dah print kat paper tu.Kemudian nak transferkan pulak design tu ke atas sachet. Tapi saya suka dier punyer hasil... Memang bestlah buat job ni... 
Bunga tu pulak, adalah paper flower yang saya die cut dengan big shot dan kemudian digulung (swirl) manually.


Sekarang, cerita deko dulang hantaran... Kesemua bahan2 ni, customer saya sediakan. Saya cuma deko kan ajer... So, saya memang gunakan sepenuhnye bahan2 yang disediakan. :)


Inilah sebahagian dulang hantaran yang saya siap hiaskan bersama-sama dengan barangan hantaran. Dan dulang hiasan yang kosong, rasanya untuk letak manisan. Saya memang tak pakarlah bab deko mendeko dulang hantaran ni, tapi kalau diberi peluang dan kebebasan untuk menghias, saya suka deko yang simple.

Okay, next entry saya kongsi pulak gambar hantaran dan doorgift sebelah pihak lelaki yer...

HARGA:
Untuk Potpourri seperti dalam entry ini ialah RM9/pc.
Minimum order adalah 50pcs
Jika kurang daripada 50pcs, harga adalah RM10/pc
Sila e-mail: khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah


Okey, till next time. Assalamualaikum.

Saturday, September 14, 2013

Doorgift Majlis Kesyukuran


Assalamualaikum wbt....
Been so long tak menulis dalam blog. Since my last post, hidup saya memang agak hectic especially with new routine ulang alik hospital utk sesi terapi dan sebagainya...
Anak saya Akid, dah mula pakai hearing aid... and alhamdulillah, the latest news, Insya allah Akid akan jalani pembedahan cochlea implant  dalam masa terdekat ni...

Today, just nak share satu job yang saya buat untuk customer couple of months ago. Saya diminta buat doorgift set utk. guest sempena majlis kesyukuran kalau tak silap anak customer saya ni, diraikan untuk majlis berkhatan. I was so happy sebab customer ni berikan sepenuh kepercayaan untuk saya buat segala-galanya...hah hah hah... 
My current obsession adalah vintage and retro... Anything and everything vintage and retro, memang sangat2 menarik perhatian saya.
So, saya  cuba 'vintage' kan job kali ini.(suker tengok vintage wedding omputih yang guna minimal color), I chose earth color... I like the tone...


Saya start dengan this thing i called ' daisy with wooden peg'. Daisy tu die cut dengan big shot guna waste paper kotak yang saya order from a friend. Bulat kat tengah2 daisy tu, satu saya guna kraft paper, and satu lagi saya guna ivory card..
Daisy ni saiz besar jugak, sebab tu, saya attached kat wooden peg size besar (yg guna sidai kain tu.. :)


Then, ini drawstring pouch bag yang saya buat guna unbleached cotton(belacu). Just one layer drawstring pouch.Saya suke warna linen ni...very natural tone...
(unbleached cotton ni paling senang, u oll boleh dapat kat NAGOYA)

So, ini simple labeling saya buat siap2...Since customer nak my choc chip cookies, saya siapkan label untuk choc chip dan sticker untuk bahagian belakang packaging.
 
 Ahhahhh...ini gambar2 yang diambil untuk tujuan promosi dan pemasaran...hah hah hah...Ada selerak2 atas mejalah, tetiba teringat nak masukkan dalam bakul pulak...konon2 okay...
Masa tu banyak sangat tengok gambar2 vintage...so konon2 la sekejap jadik fotografer x bertauliah...
BTW..kalau perasan, tagging and labeling saya hanye guna color, itam, putih, cekelat..
Hmm...Tali jut tu saya beli kat Mr DIY, lame dulu ...so, saya guna ape saje yg ade sesuai kerja yg saya tgh dealing with. 
Tuhari saya beli jut kat kedai WAKIM (wakimpack.blogspot.com)
ade yang 3 ketul 10hinggit, and ade seketul 10 hinggit... erghhh, saya pantang jumpelah...
Pegilah kedai WAKIM... macam2 bende best boleh dijadikan packaging ade jual kat situ.
P/S: itu cookies saya baked sendiri yer.. hee hee


Kemudian cookies tadi saya masukkan ke dalam drawstring pouch bag.
Saya suker, sebab saya rase, dier dah ade2 vintage look di situ...at leastkan, terima kasih sgt. customer, kerana order ini bagi saya peluang bereksperimentasi... :)


Ini brown paper bag yang saya design seadanya sesuai theme yang saya ketengahkan.And begitulah fungsi 'daisy with wooden peg' yang saya citer diawal tadi. :)
 Moga tempias job saya kali ini memberi inspirasi untuk anda buat sendiri. 
 
Ini juga hasil eksperimen vintage styling. Boley ker?
Hah hah hah...
suker ati masing2 la kan....

HARGA: 
(ramai soh saya publish rege, senang nak buat kire2 katernyer) :)
As per above photos

Paper bag medium size with design - RM1.7/pc (min order 50pcs)
Daisy with wooden peg - RM 1.5/pc (kalau nak beli dier ajer) - min order 50pcs
70sen/pc ( kalau purchase sekali dengan paper bag) - min order 50pcs
Cookies - size ~ 3.5inch rm4.5/pc (all include, spt dalam gambar) - min order 30 pcs
Drawstring pouch bag - rm5/pc (min order 50pcs)

HARGA PAKEJ: RM10/set (min order 50set)
Tidak termasuk kos penghantaran.

Pls e-mail: khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.

pls follow my IG @KhamJoe untuk latest update. 

Bye. Assalamualaikum.