Saturday, July 13, 2013

LIFE'S A ROLLERCOSTER!

Assalamualaikum wbt...
Kawan2, pengunjung blog ini....thanks for ur stay...

I've been silenced for a few weeks.... my previous post pon macam tergantung. Nak sambung pasal ape yang diajar during kelas kawin2, rase mcm tade mood at all.... but anyway, kelas berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Even though, terpaksa tukar venue pada saat2 akhir,  everybody managed to show up, except ade a few students yang terpaksa cancel sebab ada emergency.Kita akan slotkan mereka yang tidak dpt hadir in the next class, insya allah.

Dalam masa 3 minggu ni, a lot of things happened. Ada perkara yang mengejutkan berlaku. Yang membuatkan saya memencilkan diri for a while...Alhamdulillah, dengan izin-NYA, saya tak mampu memencil lebih lama. I switched my mind.... I need to move on. Saya perlu share experience saya dengan ramai orang.Moga2, pengalaman saya dapat memberi sesuatu value kepada orang lain.

It's about AKID, my youngest son. Sewaktu 11 bulan, Akid diserang meningitis (radang yang menyerang selaput otak, ini apa yang saya faham). Boleh google tentangnyer untuk mengetahui lebih lanjut. After about a month berada dihospital, Akid dibenarkan pulang. Saya sangat bersyukur kepada Allah swt dan sangat berterima kasih atas tindakan sewajarnya yang telah diberikan hospital swasta tempat kami mendapatkan rawatan, yang akhirnya membolehkan saya 'mendapat' balik anak yang saya sayangi.Sebab setahu saya, meningitis amat bahaya dan boleh membawa maut. Sesiapa juga berisiko diserang meningitis.

Ini sewaktu Akid, 9 dan 10 bulan..
After a few follow up session, saya selalu bertanya kepada doktor yang merawat, apa lagi risiko meningitis yang perlu saya tahu. There's a lot, termasuklah menggangu sistem pergerakan dan pendengaran. Saya perhatikan Akid selepas pulang dari hospital, memang tak berdaya untuk menggerakkan badan seperti sebelumnya. Sebelum kejadian, dia baru 'dapat kaki' dan seorang baby yang sangat ceria.

Antara aktiviti yang he's so enjoy to do, main "baa-chakk" . Ini during age of 10 months.

I keep on asking the doctor we sought, wut else yang perlu saya tahu and apa saya perlu buat. Waktu tu, alhamdulillah Akid dah boleh bergerak kembali...saya mula nampak tanda2 dia akan berjalan semua. Doc ada pesan kepada saya, untuk sentiasa observe  perkembangannya. Pasal menggangu pendengarannya, saya hanya diberitahu secara general. Tetapi yang saya tidak tahu, prosedur di hospital kerajaan yer puan2,  jika baby diserang meningitis, selepas mendapatkan rawatan,mereka juga akan segera dirujuk ke unit ENT (Ear, Nose & Throat)  untuk menjalani 'hearing test'. Itu tidak direkemen kepada saya dan tidak  berlaku kepada Akid. Maka, saya hanya terus observe perkembangannya mengikut kemampuan saya, sebagai seorang ibu.

Memasuki usia 2 tahun, perkembangan pergerakan Akid sangat superb. Sudah boleh berjalan dan berlari, termasuk mengajuk semula perbuatan2 yang dilihatnya. Cuma lately, saya perasan tiada sebarang perkataan keluar daripada bibir comelnya...Sometime hanya babbling. But he can cry as normal kid will do. Means dat, Akid punya suara tetapi ada masalah untuk mengeluarkan patah perkataan. And FYI, by time saya menulis this post, Akid sudah 2 tahun 4 bulan.

My curiosity leads me to see our family doctor. Kemudian, saya dirujuk kembali ke hospital tempat Akid mendapatkan rawatan for meningitis. Dipendekkan cerita, end up saya dirujuk ke HTJ (Hospital Tuanku Ja'afar) untuk buat 'hearing test' for Akid kerana di hospital 'swasta' tersebut, they don't have enuf equipment.Saya juga kemudian dirujuk ke Pusat Rehabilitasi Cheras kerana ada equipment di HTJ yang rosak.

Ya...inilah perkara yang mengejutkan saya. Yang membuatkan nafas saya terhenti seketika...
After a few test, saya review the result bersama2 pakar pendengaran terlibat... Memang sah Akid mengalami 'PROFOUND Hearing Loss'. Kerosakan pendengaran yang teruk pada kedua-dua belah telinganya. Atau dalam bahasa kasarnya, baby saya pekak pada tahap teruk. Juga bermaksud, sudah almost setahun lebih, anak saya tidak mendengar sebarang bunyi-bunyian.

Tolak tepi apa saja perasaan saya ketika itu...Saya tak mahu bersedih terlalu lama. Saya tak mahu blame sesiapa. I just want to forgive and forget.... and now, I want to move on. When i set to move on, a lot of great things happened, and of course, semua ini adalah kuasa Yang Maha Menguruskan Alam ini. Selepas last test, dalam seminggu lepas, saya selesai buat acuan hearing aid untuk Akid. Saya dah dapat feedback daripada pihak yang memasarkan 'hearing aid' tersebut. Saya juga telah dapat semua tarikh temujanji yang perlu, termasuklah daripada unit pakar kanak-kanak, pakar tatacara kerja, admission day untuk Akid buat MRI test, CT Scan juga akan diadakan dalam masa terdekat.
Saya agak skeptical dengan pengurusan di hospital kerajaan yang biasanya agak lambat kerana jumlah pesakit terlalu ramai... Tapi tiada siapa yang dapat melawan kehendak-NYA, jika Dia mahu segalanya dipermudahkan. SUBHANALLAH. Saya benar2 insaf dengan apa yang berlaku dan bila segalanya dipermudahkan, saya tolak semua negative thoughts... saya berjanji untuk memberi full commitment dalam journey saya membantu Akid bercakap semula. Insya allah.

Saya banyak bercakap dengan doktor yang merawat anak saya. So, kefahaman saya tentang Akid sekarang makin jelas dan saya hanya perlu facing the days ahead dengan positif. Ada beberapa point yang saya nak share dengan kawan2, jika anda menghadapi situasi yang lebih kurang macam saya.

JIKA ANDA CURIOUS TENTANG SESUATU:

1)Dapatkan nasihat daripada yang pakar, supaya anda mendapat info yang betul. lebih banyak pakar yang ditemui, personally, saya rasa, lebih bagus.
Ramai yang bertanya kepada mereka yang tak tahu langsung tentang perkara tersebut, end up, anda telah buang banyak masa and lebih parah, jika info yang diberi tidak betul dan anda percaya kepadanya.

2)Bila telah dpt info yang diperlukan, list down, action yang perlu diambil. Dapatkan advise daripada mereka yang bersesuaian. MALU BERTANYA SESAT JALAN. Sangat betul. Dalam siatuasi saya, kalau saya terus bersifat malu2 kucing nak bertanya, saya merisikokan masa depan Akid.

3)Bagi commitment yang sepatutnya, jika komitmen kita diperlukan. Especially, bila commitment yang dibuat melibatkan masa atau tenaga orang. Once you lack, most people effect. Jika kita permudahkan urusan orang, insya allah urusan kita juga akan menjadi mudah.

4)Find support group yang sesuai. Saya masih dalam proses ini. Alhamdulillah doc bagi komitmen untuk membantu. Personally, I think support group boleh menjadi medium bertukar dan berkongsi informasi atau merancang aktiviti yang baik, kerana setiap ahli mungkin daripada latar pengalaman yang sama.

5)BE POSITIVE. Bila kita positif, insya allah, banyak yang positif akan datang kepada kita. Tak kesahlah dalam waktu anda sedang dilanda musibah, jika semuanya dipandang daripada sudut positif, kita pasti masih mampu mamberikan senyuman kepada mata yang memandang.

BEING CURIOUS, jika diteliti, ditangani, dihadapi atau apa saja tindakan untuk merungkai perasaan 'curios' atau ingin tahu itu, secara bijaksana. Impaknya sangat besar. I learn a lot of new things when i try to solve my curiosity. Insya allah. Saya akan terus menulis dan akan terus berkongsi perkara2 baru yang saya akan hadapi dalam journey saya membantu Akid bercakap. Allah Blessed all of you.
Assalamualaikum wbt