Friday, October 25, 2013

Alhamdulillah. Akid Dapat Implan Koklea!


Assalamualaikum wbt. Thanks lovely friends yang sudi mengunjungi blog saya.
I've been silence for few weeks since my last entry, tak lain tak bukan sebab sibuk uruskan hal Akid and his implant.Alhamdulillah pada 13 Oktober lepas, sehari sebelum Hari Raya AidilAdha, Akid selesai menjalani pembedahan memasukkan implan ke dalam koklea kanannya.
 Perasaan saya? Of course sangat bersyukur ke hadrat Allah Swt yang mempermudahkan segala urusan.Ini antara  perkara yang saya dambakan setelah saya tahu anak saya mengalami kerosakan pendengaran kesan daripada meningitis yang menyerangnye masa 11 bulan.
Walaupun mengalami kerosakan pada kedua-dua belah bahagian telinga,daripada info dan pembacaan saya, mendapat sebelah implan juga sangat bermanfaat kepada insan sepertinya. Sebelum ini, Akid sudahpun memakai alat bantu pendengaran (hearing aid). Tapi disebabkan kerosakannya sangat teruk, saya, pakar dan ahli terapi yang memantaunya boleh simpulkan Akid tidak mendapat benefit daripada alat tersebut. So, setakat hari ini, hanya implan adalah option yang ade selain 
hearing aid yang kita dah cuba beri padanya.
Implan koklea bukan murah. Sebab tu, mendapat sponsor untuk sebelah telinganya, sangat2 membuatkan saya berase terharu, lega dan bersyukur yang teramat.
Implan koklea yang Akid terima adalah di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hampir 9 hari dihospital menemani Akid, sekarang kami dah pulang ke rumah.Insya allah in 2 weeks time, akan tiba hari untuk switch on implant. Dan Insya allah saya, akan update ngan semua perkembangan Akid selepas pakai implan.


Ini antara gambar Akid dengan alat bantu pendengarannya. Sorry, quality gambar tak berape bagus. Since Akid hanya implan sebelah telinga sahaja, untuk sebelah kiri, Akid masih perlu memakai hearing aid. Tapi, saya sekeluarga ada perancangan untuk membuat implan bagi sebelah kiri juga, Insya allah. Mudah-mudahan dikabulkan Allah SWT.

Okey lovely friends. Insya allah next entry, saya share kembali tentang kerja saya dan juga akan update perkembangan Akid dengan anda. Bagi yang nak tahu macamana saya detect Akid tidak dapat mendengar, boleh click label: Akid's story.

Till next time. Assalamualaikum wbt
 



Saturday, October 5, 2013

Goodies Pack: Majlis Aqiqah

Assalamualaikum wbt & Salam hujung minggu.
Sure ramai yang seronok kan biler habis Jumaat sebab dah taw, Sabtu & Ahadnyer korang bleh berehat2 dirumah. Yang penting tak pegi opis pada hujung minggu...Itu kesahnyer yang keje opis..
Macam yang keje sendiri macam hakak ni...tade hari tertentu yang dikhaskan untuk bercuti....kalau nak cuti hari2 pon boleh....kije tak siap, jawap yer...heh heh heh...tak kesahlah latar belakang pekerjaan kita; keje dgn org ker, kerje sendiri ker...ape yang paling penting adalah, bekerjalah dengan penuh cinta. Rezeki yang kita dapat insya allah penuh berkat dan kita tak stress...next time saya nak sharelah kenape pentingnyer kita suke ape yang kita buat & buat ape yang kita suker...saye sempat jadik crew untuk satu mini seminar last week...tape, itu kite citer kemudian, insya allah pada entry yg lain.

Hari ni, saye nak share tempahan doorgift yang saya buat untuk Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Khalisya. Mama baby ambik pakej.Since customer saya buat event kat Seremban ni, so, saya okey jer,memandangkan pakej kali ni perlukan goodies diletakkan dalam paper bag. Sebab kalau jauh dari tempat saya, agak susah nak bawa goodies yang siap pack dalam paper bag ni. Biasenyer need space yang banyak. Kalau anda nak letak goodies dalam paper bag, nak ia cantik kemas, anda kena make sure, setiap goodies pack tersebut diletakkan satu persatu dalam ruangnye. Kalau bertindan, nanti dah tak cantik.. :)

Untuk pakej ni, kita ade muffin vanilla yang siap pack dalam clear packaging bersama label, mini mineral water(230ml) juga siap personalized label, diletakkan dalam paper bag with daisy clip.

Ini vanilla muffin yang siap pack. Saya tak buat muffin ni...kita order daripada vendor terpilih and proven, muffin dier sedap...:)

Ini pula mineral water yang siap personalized label. Actually design template ni saya pernah buat untuk previous customer. So kite tukar wording ajer. 

Same goes untuk paper bag. Vintage gitu kan...hakak suker dik.


Inilah daisy attached to wooden peg with personalized label (name baby yang diraikan)



Perasaan membuat order ini, macam biase berbunga-bunga. Saya menganggap setiap order yang saye terima sebagai satu komitmen(tanggungjawab). Komitmen tersebut pada saya merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti(kejujuran). Disitulah pentingnyer menyukai ape yang kita lakukan, dan alhamdulillah saye suker ape yang saye lakukan.Dapat melakukan ape yang kite suker pula pada saye merupakan satu bonus. Dibayar untuk membuat perkara yang kite suker, lagiklah best kan.......bertambah-tambah cinta menyiapkan order. Saya juga sentiasa mendoakan  apa sahaja yang saya lakukan diterima Allah sebagai satu ibadah, mudah-mudahan anda juga mula mendoakan setiap kerja yang anda lakukan sebagai ibadah..Sama-sama kita ubah niat kita bekerja.Mudah-mudahan rezeki bertambah berkat dan diredhai.

Jadi kawan-kawan...jangan pandang rendah setiap ape yang kita lakukan walaupun perkara tersebut nampak kecil dipandangan mata. Apatah lagi memandang rendah kepada orang lain. Kerana sesuatu yang besar, bermula daripada sesuatu yang kecil...
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Itu memang terbukti.


 Okeylah kawan2...Inilah yang saya cerita tadi, goodies pack yang guna paper bag perlukan ruangnyer sendiri. Kalau ditindan-tindan sure jadi tak cantik...
Saya telah potong sebuah kotak kepada dua bahagian menjadi 'tray' utuk letak goodies bag ini. Dua kali perlu buat delivery untuk maintain goodies bag ni cantik and kemas.150set semuanyer.
Sebab tu, kalau area Seremban, saya no hal ajer...tapi kalau tempat lain...insya allah u oll kena deal lah camner nak pick up k.

Thanks alot again kepada yang sudi membace this entry sampai ke akhirnyer. :)
Seriyuss appreciate sangat.

HARGA: (ala carte..hihi)
(as per this entry)
White printed paper bag (medium size) - RM1.4/pc
Daisy + wooden peg + personalized label - rm1.5/pc
Vanilla muffin siap pack - rm1.7/pc
mineral water with personalized label (230ml) - rm1.2/pc

HARGA PAKEJ:
Paper bag + clip + vanilla + mineral water - rm5/pc (minimum order 50set)

Bagi yang berminat menempah, sila e-mail ke khamjoedesign@yahoo.com.

BYe2 for now.Till next time.
Assalamualaikum wbt.



Thursday, October 3, 2013

PROMOSI : PAKEJ EKONOMI 'CANDY BUFFET'


Assalamualaikum wbt dear frens...
Hari ni, ringkas. Just nak share pakej ekonomi 'candy buffet' yang kami sediakan untuk mereka disekitar Seremban. Sorry yo orang luar. Den kan orang Seromban.
Sape yang berminat, kindly book ur date of event ke e-mail : khamjoedesign@yahoo.com

So, kalau nak buat event time cuti sekolah nanti, bolehlah pertimbangkan pakej ni.
Masa terhad. Saya limitkan 2 event untuk satu2 hari. So, jangan lupe yer, kalau nak book,
pls e-mail ke khamjoedesign@yahoo.com

Assalamualaikum Wbt. 

Latest Info(12/5/2014): Promosi ini telah berakhir.
untuk dapatkan pakej candy buffet terkini, please e-mail:
khamjoedesign@yahoo.com

Thanks!