Tuesday, January 1, 2013

Flash Back: Project 2012 (MINNIE THEME)

Assalamualaikum Wbt. to all yang follow this blog, yg suddenly terjump over this blog. Hehe..Welcome all..
Really appreciate your  time and your visit here.
First of all, saya nak wish 'Selamat Tahun Baru 2013' kepada semua. Harap2 azam tahun lepas banyak yang termakbul. So, tahun baru, mari niatkan azam baru pulak. As for me, tahun 2012 adalah tahun yang full of colors.Anak-anak saya admitted to ward. Thanks to Allah SWT kerana ujian tersebut, telah memberi saya waktu rehat yang seketika tetapi amat bermakna. Which, lead me to think deeper and akhirnya membawa fasa baru kepada 'my world of crafting'. Taklah hebat mana pencapaiannya, tapi alhamdulillah,saya sudah coaching my own demo sebelum 2012 melabuhkan tirai and hopefully 2013, more demos and workshops dapat diadakan. Tahun 2013 ini saya berazam untuk share dengan lebih ramai orang kepakaran saya dalam crafting & saya ingin melihat dunia crafting di Malaysia menjadi lebih amazing which will give benefits kepada yang memerlukan. Saya ingin pecahkan prinsip berahsia ilmu yang 'orang kita' suka amalkan. Cuz, saya rasa kedekut ilmu tu sangat merugikan. Dan untuk dunia 'crafting' khasnya, kalau kita bersatu, sentiasa share ilmu, kita boleh jadi semaju crafter di Barat. Tak mustahil, satu hari nanti CHA (Craft & Hobby Association) dapat diadakan di sini, Insya allah. Who knows rite? Semoga apa yang saya impikan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Orite...Sudah lama sangat saya tak dapat share ape yang saya telah buat di Blog. Nasib baik, saya dapat jugak upload banyak hasil kerja di FB, walaupun lambat. But there, saya tak dapat cerita banyak dengan anda.I prefer to share cerita disebalik gambar yang saya upload di Blog, cuz it's more personal. plus, saya boleh mengarang ayat panjang-panjang...hehe...Saya rasa seronok taw. Everytime, saya post a new entry, especially, when I think what I wrote boleh bagi good value pada orang, saya rasa lebih positif and kurang stress. Lain orang lain rasa, but that's the best thing I feel in blogging.

2012, saya rasa paling banyak dapat buat 'printed theme' under MINNIE MOUSE. Today, I wanna share one of MINNIE  yang saya buat for a customer.

Fridge magnet ini  bersaiz lebih kurang 3 x 2.5 inch. Menggunakan material-kertas (cardboard, sticker paper, ivory card) & 20mm solid magnet.

Ini pula printing accessory untuk goodies box. Saya diminta membuat paper ribbon & sticker tag untuk 'cake box' bersaiz 4 x 4 x4 inci.

Ini juga printing accesory untuk majlis tersebut termasuklah 'square sticker' untuk goodies box yang saya explain previously & 2 saiz 'round shape sticker' berlainan design.


Seterusnya, saya nak share Q(queastion) yang saya kerap dapat when they saw my job dengan berkongsi the Answer(A) dan explanation di sini.

Q:Ramai bertanya, adakah saya buat sendiri printing itu.
A:Yes, I did it myself. Saya guna software 'photoshop' (the only design software yang saya reti untuk ketika ini). Saya nak share dengan anda pengalaman saya bereksperimentasi dengan software 'photoshop'. Saya pernah belajar guna photoshop waktu study dulu.Tapi seriously, waktu tu, saya tak berminat which lead me tak ambik port untuk brush my skill and end up, saya jadi tak suka, sebab saya tak reti. Senang citer, segala alasan tak suka atau tak reti tu disebabkan saya PEMALAS.
Lebih kurang 8 tahun selepas itu, saya sangat desperate nak buat design untuk job2 yang saya dapat. Waktu inilah, saya desperately belajar from 'YouTube' & tutorial di internet macamana nak buat design guna photoshop. Maksudnya saya terpaksa belajar semuanya from scratch. Banyak kali  saya menangis sebab rasa give up yang amat & rasa menyesal sangat  dulu-dulu taknak belajar sungguh-sungguh. PADAN MUKA AKU.
Tapi, saya sekarang yang cuba sentiasa positif, meneruskan eksperimentasi dengan photoshop, NON STOP. Hasilnya, alhamdulillah, tak bangga langsung, tapi dalam masa 2 tahun, macam-macam yang saya berjaya buat. Kalau mula2 dulu, target nak buat tag sendiri, sekarang almost semua yg customer request, saya berjaya buat.
So kawan-kawan, there's no full stop or limitation  untuk menggilap atau memberi cabaran kepada potensi diri sendiri, asalkan diri kita mahu & kita perlu MEMULAKAN TINDAKAN. Okay?
And I believe ramai yang taknak melalui proses yang panjang untuk  belajar design,macam yang saya lalui. So,saya akan cuba mencari inisiatif yang praktikal  untuk membantu anda yang memerlukan, insya allah dalam one of my demo.Saya akan cuba kongsi pengalaman & cuba dapatkan bantuan mereka yang pakar untuk 'design for dummies'. Harapan saya, ramai yang dapat dibantu untuk buat design & printing  from home.

Soalan lazim seterusnya:
Q: Saya print sendiri atau hantar ke kedai?
A: Awalnya, saya hantar ke kedai. Tapi saya akan bazirkan banyak waktu, jika menghantar printing ke kedai.Kalau print dirumah, saya boleh terus print, bila design siap and customer approved.
Alternatively, saya survey which printer yang baik & affordable untuk saya buat printing di rumahend up saya pilih EPSON L100 (ink jet).Rasanya, brand lain pon OK, asalkan guna original ink.
Untuk hasil yang baik, perlu guna glossy photo paper (especially when there's photo in dat design). Pastikan setting betul dengan memilih photo paper & set kepada best photo.Jika menggunakan glossy photo paper,printing tidak rosak jika kena air. Kalau guna  matte photo paper, from my experience, printing akan rosak jika terkena air.

Satu masalah yang saya baru sedar. glossy photo paper akan faded lama-kelamaan jika diletakkan ditempat terbuka. Saya rase agak terkilan kerana baru sahaja menyedarinya. Alternatively, untuk project seperti fridge magnet, saya perlu letakkan lapisan 'reflective sheeting' di atas setiap printng  untuk mengelakkan photo paper menjadi faded. Dan 'reflective sheeting' agak costing.
p/s: reflective sheeting yg saya guna jenama KIWALITE, boleh cari di kedai2 yg supply paper.Harga terbaik saya dapat rm1.5/A4, RM1.3/A4 jika beli dalam quantity banyak.

Anyone ada any tips to share with me macamana nak elakkan perkara ini berlaku?  Else, mungkin saya perlu eksperimen dengan laser jet pulakkan. Apapun, jika saya ada any update berhubung perkara ini, saya akan share dengan semua, insya allah.


Soalan seterusnya:
Q: Macamana saya cut design into shape seperti round, daisy etc.
A: Saya guna craft cutting machine.
Saya nak share pengalaman saya bagaimana saya 'jatuh cinta' dengan cutting machine nie.At first, saya tahu mengenai cutting machine ni, dari internet. Dulu, saya suka sngat tengok 'YouTube' tentang exhibition yang dibuat oleh CHA (Craft & Hobby Association) di US. Dari situlah saya mula tahu terdapat cutting machine yang boleh menjadikan kerja-kerja 'crafting' kita menjadi lebih mudah.Sebelum itu, saya hanya gunakan 'paper puncher' yang pada saya bagus, tapi penggunaannya agak terbatas kepada kertas sahaja.

Kemudian, the next interesting thing adalah, saya boleh dapatkannya daripada Scrapbook Memories, cuz situlah tempat saya suka beli barang-barang kraf. Since, cutting machine agak mahal, waktu tu, harga dalam market Malaysia was rm550.Rasanya, harganya masih begitu. So, saya kumpul a few friends, ajak buat kutu.Macam itulah asalnya saya dapatkan my first cutting machine. Saya banyak bertanya dengan supplier, survey daripada internet dan akhirnya, brand yang sangat recommended adalah SIZZIX. My first sizzix machine was 'BIGSHOT'. And selepas itu, saya juga telah membeli BIGSHOT PRO yang saya gunakan hanya untuk memotong 'boxes'
Cutting machine bukan sahaja boleh memotong kertas, fabric,chipboard atau metal yg nipis into shape, malah boleh juga membuat 'emboss' effect pada surface.
Saya akan teruskan sharing tentang cutting machine ini, dan personally, jika anda seorang crafter atau ingin menjadi crafter, you shud have one.

Anyway, our next demo yang akan diadakan pada 13 Januari 2013 adalah demo tentang craft cutting tools & craft cutting machine. Bagi mereka yang berminat, boleh datang ke demo tersebut, kerana pihak Scrapbook Memories memberi komitmen  untuk berkongsi kepakaran mereka mengenai cutting machine dan bagaimana ia boleh membantu kerja2 craft menjadi lebih menarik & lebih cepat. Saya sangat recommend kepada mereka,yang tengah survey tentang cutting machine ini untuk datang, kerana anda boleh melihat secara terus, bagaimana cutting machine ini berfungsi dan apakah pilihan yang anda boleh buat. Pelbagai project akan kami share dengan anda. Dan saya juga akan share bagaimana saya membuat 'fridge magnet' seperti dalam gambar pada entry hari ini. Demo ini adalah pengenalan kepada Cutting Machine yang beroperasi secara manual. Beginner amat dialu-alukan untuk attend. Please come.Mana tahu,pengetahuan ini boleh membuka jalan kepada anda untuk mengembangkan lagi bakat anda dalam bidang crafting dan sangat bagus, jika anda boleh menjana pendapatan dengannya.

To those, yang ingin tahu lebih lanjut tentang aktiviti KhamJoeDesign untuk bulan Januri, boleh semak pada ruang kedua bahagian kanan blog ini. Dan jika berminat untuk mendaftar, sila like our fanpage: KHAM JOE Design dan boleh fill up form yang disediakan disitu.

Thanks lovelies. C U again in the next entry. Thanks a lot for your time.
Assalamualaikum.










3 comments: