Monday, November 26, 2012

FASA BARU HIDUP SAYA

Assalamualaikum wbt....
Thanks kepada yang drop by here...Kepada yang 'follow' this blog, saya sangat-sangat menghargainya.Seriously, saya rindu nak menulis macam dulu. Sharing my passion dengan anda yang membaca blog ini..membalas comment di shout box, membalas comment pada post2 saya dan macam-macam lagi yang best tentang blogging and sharing.Kalau anda perasan, dalam post sebelum ini, saya janji mahu keep on writing and keep on sharing. Tetapi hanya selepas 4 bulan, saya baru dapat menulis post baru...iaitu post hari ini.Saya harap akan dapat menulis lebih kerap lagi selepas ini kerana saya  sedang berada di permulaan satu fasa baru dalam hidup.

Fasa apakah yang saya sedang lalui...biarlah saya mulakan dengan kenapa saya lama tidak menulis.
Saya sebenarnya terperangkap dengan tempahan yang sangat banyak dan tak putus-putus....Saya tak menyalahkan tempahan-tempahan tersebut, bahkan,Alhamdulillah, saya bersyukur & saya sangat berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan & peluang kepada saya untuk merealisasikan impian mereka .Kenapa saya kata saya merealisasikan impian mereka? Kerana saya menganggap setiap tempahan adalah impian pelanggan  yang dipertanggungjawabkan kepada saya untuk direalisasikan. Kenapa? Mungkin kerana meraka tidak punya cukup masa atau mungkin kerana mereka tidak punya kemahiran & seribu satu macam sebab yang saya tak perlu pecah kepala untuk tahu kenapa tetapi cukuplah bagi saya impian yang dimanahkan itu saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Seperti mana orang lain, saya juga punya impian dan tanggungjawab. Pada satu ketika , saya memasang impian untuk membantu suami saya mencari wang hanya dari rumah. Saya berjaya, alhamdulillah. Saya nak dapat banyak tempahan, alhamdulillah ,saya memperolehinya.Tetapi pada satu  ketika yang lain, saya rasa sangat penat kerana saya tak punya cukup masa untuk diri saya sendiri & masa bersama keluarga juga saya rasakan kurang berkualiti. Saya menjadi sangat fokus menyiapkan tugasan hingga lupa kepada perkara-perkara lain.Saya cakap pada diri " aku perlu mengakhirinya"

Saya mula mencari solusi untuk mengatasi kekusutan ini. Macam-macam yang saya cuba, mula menulis kerja pada papan putih, bangun seawal jam 3 untuk mulakan tugas dan tidur selewat jam 2 menghabiskan tugas. Saya tetap begitu, bahkan manjadi lebih penat.My turning point bermula lepas saya tamat kursus 3 hari kelolaan Dr. Azizan Osman,seorang pakar motivasi yang tersohor and I adore him .Alhamdulillah, syukur kerana tuhan gerakkan hati saya untuk masuk kursus tersebut.Saya bukan jenis yang suka pergi kursus dan seingat saya, kursus terakhir yang saya hadiri adalah kursus nikah, kira-kira 10 tahun lepas. Itu pun kerana diwajibkan.

Saya tak perlu mengulas lebar apa yang diberi sepanjang kursus tapi, yang saya ingin kongsikan adalah apa yang saya dapat daripada kursus tersebut.Iaitu,saya mula mengenali potensi diri saya. Saya tahu saya ada ilmu yang perlu disebarkan kepada yang memerlukan.Saya tak perlu lagi ambil order jika saya rasa sudah penat.Apa yang saya boleh buat? Saya patut kongsi dengan mereka yang mempunyai passion seperti saya..terutamanya golongon surirumah yang ingin sangat membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Rasai pengalaman saya dengan menguasai kemahiran yang saya ada.

Berbalik kepada permulaan fasa baru dalam hidup yang saya tangguh ceritanya tadi. Fasa baru tersebut adalah fasa saya menukar profession saya bekerja dari rumah kepada berjumpa orang dan berkongsi ilmu dengan mereka. Maksudnya, saya akan mula keluar dan  menemui golongan sasar yang memerlukan kepakaran saya.Saya sedang mempersiapkan diri untuk itu dan saya tak sabar.

Kawan-kawan
Insya allah, saya akan mulakan siri demo dan workshop dengan mereka yg memerlukan kepakaran saya pada hujung December ini. Untuk sesiapa yang perlukan maklumat segera tentangnyer, Insya allah, satu fanpage di Facebook akan dibuat oleh pihak pengurusan siri demo dan workshop itu nanti.Saya akan kemaskini di blog juga. Saya berjanji untuk mengubah hidup saya dan hidup lebih ramai orang.Doakan semoga apa yang saya rancang ini dipermudahkan dan saya perlukan penglibatan lebih ramai orang untuk menjayakannya. Saya juga ingin lebih mengenali  anda yang mengikuti blog saya. Tidak kiralah sama ada kita berinteraksi di medium ini atau jumpa saya dengan menyertai  siri demo dan workshop itu nanti.
Saya akan cuba kongsi lebih banyak dengan anda tentang pengalaman saya melalui fasa peralihan bekerja dari rumah dengan berjumpa lebih ramai orang diluar.Insya allah.
Semoga hidup saya dan hidup anda menjadi lebih baik dengan izin-NYA. Insya allah
Jumpa lagi semua.

6 comments:

  1. Allaahu Akbar!!!mak usu,ul get wat u want in shaa Allah..moga diberkati Allah n usaha mak usu nie,akan dibalas olehNya dgn pahala yg berganda2..n pahala tue juga akn dpt pd mstr mind Dr Azizan Osman,yg pasti..!!!!luv uolzz..maju kehadapan,membina impian n merealisasikan harapan Dr Azizan iaitu membantu insan yg memerlukan..caiyok!!hihihi..ayat sdn bhd nie..

    ReplyDelete
  2. Tq my dear....always doakan kita semua berjaya yer...:D

    ReplyDelete
  3. terima kasih kham joe.:)silent reader

    ReplyDelete
  4. Hye Siti, my silent reader :D
    Thanks for ur comment. Post I ni, ada bagi ape2 value tak pada u? Kalau ada, mind sharing? :D

    ReplyDelete
  5. isteri sy pon br nk start wt kerja online.design2 gak.ble la g workshop pn kham.

    ReplyDelete
  6. Hello, saya Encik Stahl, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur di rumah pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini oleh-
    E-mel: stahlchristianloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete