Thursday, January 10, 2013

Mini Pomander Ball & Treat Box

Assalamualaikum wbt..
thanks kepada yang mengunjungi blog ini.Really appreciate ur visit and ur time.
Hari ini saya nak share craft project yang saya sempat buat semalam. Mini pomander ball dan  mini treat box.

 Paper flower ni saya potong dengan menggunakan craft cutting machine.Ada yang bertanya saya guna cutting machine ape. Saya guna BIGSHOT by Sizzix.And utk buat bunga ini, saya guna 'die' Bitty Blossom By Spellbinder. Anda boleh Youtube: Bitty Blossom By Donna Salazar untuk tengok macamana  Donna buat bunga ini.Anyway, Donna anadalah pencipta 'Bitty Blossom'.


 Setelah siap, buat bunga2 daripada kertas ini.Saya lekatkan pada Styrofoam Ball yang bersaiz kecil.Saya prefer guna hot glue. :) Kalau nak letak handle, advisable, lekatkan handle dulu sebelum lekatkan bebunga tersebut.

Ini bebunga yang dah siap attach pada styrofoam ball. Cantikkan. Kalau buat banyak2, boleh letakkan dalam bakul as decoration. Boleh juga dijadikan Topiary dengan letakkan dahan dan masukkan dalam vase.Boleh dijadikan centrepiece untuk meja.
Kalau guna Styrofoam ball yang besar, boleh juga dijadikan hand bouquet. Tambahkanlah embellishment yang bersesuaian.
Macam-macamlah yang boleh anda buat dengan pomander ball ni

 Pomander ball ini saya letakkan handle.Boleh dijadikan doorgift atau gantung dalam kereta. Sure cute.

 Mini treat box ini memang kecil sahaja. Kalau letak sebiji Farrero roche, memang comel giler.Just imagine. anda DIY ini semua, untuk majlis special anda. Best kan?Anyway, mini treat box ini boleh dipotong guna BIGSHOT.Cuz ia kecil sahaja.'Die' yang saya guna adalah 'Treat Box' by LIFESTYLE CRAFT.

Kawan-kawan, bagi yang ada craft cutting machine, anda pasti biasa dengan istilah 'die', sizzix, spellbinder dsb. Tapi bagi yang tak pernah taw, sure terpinga-pinga dibuatnya.

So, saya akan buat demo: INTRODUCTION TO 'CRAFT CUTTING TOOLS' & 'CRAFT CUTTING MACHINE' pada next coming Sunday (13 Jan 2013) di Alimkids, Wangsamaju. Tujuan utama adalah untuk expose kepada yang berminat untuk mengetahui segalanya tentang 'craft cutting tools & machine'. Saya & team akan demo dan  tunjukkan beberape produk yang kami hasilkan dengan menggunakan tools ini & selebihnya kami akan serahkan kepada expert untuk explain lebih lanjut kepada anda. Jadi,kami bawakan  SCRAPBOOK MEMORIES dari Tropicana Shopping Centre khas pada demo tersebut kerana mereka merupakan craft supplier & sangat arif tentang pelbagai jenis craft cutting tools & machine yang berada di pasaran.
Anda boleh bawa extra money jika berminat untuk buat purchase pada hari tersebut. Jika tidak buat purchase pun, anda tetap mendapat info tentang pelbagai jenis craft tools dan  saya harap info2 sebegini dapat membantu anda membuat keputusan, andai kata satu hari nanti, anda ingin memiliki ur own craft tools or machines.

Anda boleh semak, ruang kedua sebelah kanan blog ini, untuk mengetahui jadual demo & workshop untuk bulan Januari. Jika berminat untuk menyertai, sila 'LIKE' fanpaga: KHAM JOE Design dan isi form yang disediakan disana.
Till then. Thanks again for your time. Hope to see you guys in any of my demos or workshops.Eh, kalau anda adalah follower blog ini and join the demo, pls intro urself to me. Saya nak sangat kenal follower blog ini. :D.
Assalamualaikum wbt.


2 comments: