Wednesday, June 19, 2013

KELAS KAWIN2


Assalamualaikum wbt...
Morning all...
Hari ni saya nak sebarkan news pasal 'Kelas Kawin2' yang akan diadakan pada Ahad minggu depan bersamaan 30 Jun 2013. Kelas macam biasa, akan diadakan di ALIMKids, Wangsamaju.

Ini 'Kelas Kawin2' kedua yang kita anjurkan. So, let me explain serba sedikit, kenapa kelas ini dinamakan sedemikian dan apa misi kita mennganjurkan kelas ini.

'Kelas Kawin2' dinamakan sedemikian, kerana fokus  Projek 'DIY' yang  diajar sangat2 sesuai untuk digunakan dalam majlis perkahwinan. Basiclah kalau majlis perkahwinan kita disini.Tak kesahlah besar atau kecik ajer majlis yang awak nak buat, selain soal makanan, hiasan majlis dan goodies untuk keluarga dan tetamu yang hadir juga adalah a part of the majlis kan? dan perlu diambil perhatian. Tak lengkap kalau majlis tade bunga telur. Tak best, kalau tak disediakan buah tangan untuk tetamu yang hadir, apatah lagi, biasanya majlis perkahwinan mengumpulkan sanak sedare kita jauh dan dekat.

Since saya bergelumang membuat doorgift  sejak hampir 8 tahun ini. Saya makin faham keperluan dan keinginan bakal2 pengantin untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka sesuatu yang akan diingati seumur hidup. Semua ingin dapatkan yang 'terbaik' untuk majlis 'once in a lifetime' ini, tapi tak semua orang mampu nak invest besar bagi mendapatkan yang 'terbaik' itu.
Tapi sebenarnya, diri awak sendiri boleh hasilkan yang terbaik. Hasil tangan pengantin sendiri lebih besar nilainyer beb.Tak caya, tanyerlah sape2 yang buat sendiri doorgift kawin sendiri. Sure mereka kata , memang agak penat tapi berbaloi.

So, my main focus adalah membantu bakal pengantin yang minat aktiviti DIY belajar beberapa projek DIY dalam kelas ini yang mereka boleh guna pakai untuk majlis perkahwinan mereka.
Kebanyakkan modal untuk menghasilkan satu2 projek yang kita fokuskan dalam kelas  ini adalah dibawah RM2/pc. Jika awak boleh jimat hasilkan doorgift atau deco sendiri, banyak wang awak boleh reserve untuk perkara penting lain.

Kehidupan selepas majlis perkahwinan pada pandangan saya adalah lebih penting. Tanyer ler orang yang dah kawen kalo tak cayer... :) Tanggungjawab dan tanggungan awak pon makin besar taw.

Sesiapa yang berminat, awak pelis like page saya: KHAM JOE Design  yer? Kat sinun pon kita create event. Awak join the event as 'going'. Saya akan get back to those yang going ni. Tak pun awak boleh e-mail kat saya di khamjoedesign@yahoo.com. Tajuk taruk 'Kelas Kawin2'. Then, pelis bagi nama awak, and number phone jugak. Kita akan follow up dengan awak soal pembayaran dan sebagainya.

Okeylah...saya nak uruskan anak2 gi skolah dulu. Insya allah saya narrow down satu2 projek yang kita akan belajar kemudian yer.

Bubbye korang. Have a great day! Assalamualaikum

1 comment: