Wednesday, March 24, 2010

Blueberry Cheese Tart

Pernah dengar tentang secret recipe yang tak boleh diberitahu kepada sesiapa?Saya tak sukakan situasi itu kerana saya percaya dengan berkongsi ilmu, saya tak akan rugi walau sedikit pun,malah saya akan berasa lebih lega kerana tak perlu mencari seribu satu alasan sekiranya ada yang meminta resipi daripada saya.Prinsip saya juga mudah,kalau diberi walau terperinci mana sekalipun, tapi jika yang empunya badan tak mahu cuba membuatnya,tak akan terealisasilah sesuatu. Daripada pengalaman juga, jarang pertama kali mencuba, saya mendapat hasil yang sepatutnya.Maka,kalau yang empunya badan terus give up,mungkin itulah pertama dan terakhir kalinya sesuatu itu berlaku.Tiadalah sesi improvise dan sebagainya.Dan saya juga berpendapat pemilik2 restoran makanan seperti KFC waima Secret Recipe sendiri pun,kalau disimpan resipi itu untuk diri sendiri maka tak wujudlah rangkaian kedai2 milik mereka di muka bumi ini.Walau bagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi, saya tetap positif jika permintaan untuk mendapatkan resipi tak tertunai.Setiap orang mempunyai alasan mereka yang tersendiri.Hidup di dunia ini terlalu singkat untuk dinikmati, saya harap selagi hayat masih dikandung badan,saya dapat memanfaatkan kehidupan ini dengan sepositif mungkin dan saya sukakan phrase Sharing is Caring :D Anda bagaimana? hehehe, cam commercial break lak.
Sebenarnya untuk entry kali ini,saya ingin berkongsi resipi blueberry cheese tart dengan anda yang mungkin juga menggemarinya dan ingin cuba buat sendiri.Resipi yang nenek nak turunkan ini merupakan resipi yang nenek paling suka guna bila nak buat mini tart.Cucu2 cepat salin..hahaha....ekau copy print yo lah...zaman dah canggih....hikhikhik...

Bahan Doh (dari majalah Rasa bulan Oktober 2007)
130 gram mentega
70 gram gula aising
250 gram tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air sejuk dari peti ais

Cara-cara:
1.Ayak tepung dan gula kedalam mangkuk adunan.
2.Satukan mentega dan tepung.Adun bersama.
3.Masukkan kuning telur,esen vanila dan air sejuk.
4.Gaul hingga menjadi doh.Sejukkan sebentar di dalam peti ais

*Saya selalu menyimpan doh yang sudah siap di dalam 'zipper bag'.Jika saya tidak dapat menghabiskan doh itu, saya akan simpan lebihan doh tersebut di bahagian biasa di dalam peti sejuk,Apabila ingin menggunakannya, saya akan keluarkan doh dari peti sejuk, dan biarkan kepada suhu bilik sebelum menggunakannya.

Cara-cara membuat tart shell:
1.Bulatkan sedikit doh.Tekan doh ke dasar acuan dengan ibu jari.Ratakan dari bahagian bawah hingga ke sekeliling acuan membentuk kawah (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis)
2.Cucuk-cucukkan doh dengan garpu untuk menyingkirkan gelembung-gelembung udara yang mungkin terperangkap.
3.Bakar doh dengan suhu 150-160 darjah celcius selama 10 hingga 15 minit.
4.Keluarkan doh daripada acuan dan masukkan ke dalam bekas kertas yang sesuai.

*doh boleh dibuat lebih awal dan seeloknya disimpan di dalam bekas kedap udara.


Bahan-bahan Filling (diberi oleh rakan saya,Pn Nadzra Mahamud from http://www.nanakoskitchen.blogspot.com/) thanks Nana for this superb recipe

250 gram 'cream cheese'
2 biji telur gred B
70 gram gula aising
70 gram 'yoghurt'/'sour cream'
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
1.Putar 'cream cheese' hingga sebati dan lembut.
2.Masukkan gula aising dan putar lagi.
3.Masukkan 'yoghurt' atau 'sour cream'.Terus putar.
4.Masukkan telur dan putar sehingga semua bahan sebati.
5.Masukkan sedikit blueberry filling ke dalam doh tart yang telah dibakar sebelumnya.Kemudian sudukan sedikit 'cheese filling'
6.Titikkan sedikit pewarna ungu,dan lorekkan.
7.Bakar selama 10-15 minit pada suhu 150-160 darjah celcius (note:suhu setiap oven mungkin berbeza)


Harga bagi blueberry/strawberry cheese tart: RM1.80/pc untuk tempahan kurang daripada 30 biji.Rm1.50/pc untuk tempahan 30 biji ke atas.
Tart Dimension: Diamater bawah-4cm, diameter atas-6.5cm, tinggi-2cm.

Note:Saya sedia menerima tempahan untuk sekitar Seremban.Untuk pertanyaan lanjut hubungi Kham(013 3943103) atau boleh tinggalkan message di facebook:khamsaini johari atau boleh juga e-mail di kham_joe@yahoo.com

No comments:

Post a Comment