Tuesday, March 23, 2010

DIY: Pick with Tag

Baru-baru ni, saya ke sebuah kedai menjual bakery ingredients bila saya tiba-tiba terpandang 'pick tag' yang dijual di situ.Dari situlah saya mendapat idea membuat sendiri 'pick tag'.Selain menjimatkan kos, saya dapat mereka sendiri design yang diinginkan.Kebetulan saya mendapat tempahan strawberry & blueberry mini tart untuk majlis hari jadi.Saya mahu letakkan 'pick tag' itu nanti untuk setiap tart.

Antara keperluan untuk membuat 'pick tag' mengikut cara saya adalah seperti diatas; printed tag secukupnya(untuk bahagian depan dan belakang), tooth picks, dan glue stick.Kalau anda mempunyai gambar yang cantik dari gift wrapper misalnya,boleh juga dijadikan 'pick tag'.Jadi,potonglah gambar2 tersebut satu persatu secukupnya.

Cara membuatnya mudah sahaja, anda perlu meratakan gam di bahagian belakang printed tag atau gambar2 menarik yang telah anda potong sebelumnya.Letakkan toothpick diantara dua tag tersebut(bahagian depan dan belakang).Tekan dan ratakan bentuk tag bahagian hadapan dan belakang dan pastikan toothpick betul2 sudah melekat diantara dua tag tersebut.

Beginilah keadaan mini tart dengan sentuhan pick tag yang saya hasilkan.Saya sukakannya dan respon yang diberikan customer juga adalah positif.

Sekarang mini tart ini sudah sedia untuk dihantar kepada customer.

NOTE: Anda mungkin sukakan idea ini tetapi tiada masa membuatnya, anda boleh membeli daripada saya dengan harga yang berpatutan.Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kham(013 3943103) atau tinggalkan message di Facebook saya. Atau e-mail saya di kham_joe@yahoo.com. THNX.

1 comment:

  1. salam kak.. sayunk ske sgt tgk hasil kje akk.. cantik dan kemas..
    tringin nk jdi cm akk.., tpi.. huhuhu.. sebok ngn ank2..
    kak, sayunk nk tnye, akk boleh buat labels jenis pollycotton x? saiz 1.5" x 2.3"
    email sayunk k.. sayunk tunggu..
    share link k.. follow sayunk balik..:)

    sayunk90_07@yahoo.com.my

    ReplyDelete