Tuesday, April 6, 2010

DIY: Wrap Your Junk!

DIY project kali ini merupakan favorite saya.Tak memerlukan banyak modal pun.Saya sebenarnya nak berkongsi sangat 'step by step how to', tapi oleh kerana saya perlu menggunakan kedua-dua belah tangan sewaktu melakukannya, agak sukar untuk saya mengambil foto2 itu sendirian.Insya allah, saya akan minta bantuan seseorang untuk snap foto, dan akan kongsikan dengan anda semua.
Walau bagaimanapun, projek ini sangat simple sebenarnya.Mungkin dengan melihat foto2 sampel dibawah, anda boleh bayangkan bagaimana melakukannya.
Mesej disebalik projek ini, saya ingin sangat jika kawan2 semua, boleh recycle sebanyak mungkin,bahan2 buangan harian kita di rumah.Lakukan perubahan wahai masyarakat bumi yang prihatin....:D

Saya suka baking.Seriously, kalau tin BUTTERCUP macam dalam gambar ni, saya tak pernah buang bila butternya telah habis digunakan.Saya tuangkan sedikit air panas kedalam tin untuk memudahkan proses membersihkannya.


Saya akan balut tin2 tersebut dengan fabrik pelbagai corak.Ramai yang bertanya gam ape yang saya guna untuk lekatkan fabrik pada permukaan tin...teruskan dengan foto dibawah...



Ha...gam ini ajer..tak perlu yang mahal2...since kat botol tue dah notify 'faster drying', jadi gamkan permukaan tin pada skala kecil pada suatu masa...supaya fabrik dapat melekat pada permukaan tin dengan elok sewaktu gam masih basah...ratakan fabrik nice and slow supaya tiada gelembung udara terperangkap diantara kedua-dua medium..one more tip, lebih elok guna brush untuk ratakan gam...supaya tak comot2 jadinya...:D


Lepas dah habis satu tin tue dibalut, pasti ada jurai2 kain di hujung atas dan bawah tin,begitu juga diantara percantuman awal dan hujung kain.Saya atasi masalah itu dengan melekatkan ribbon yang bersesuaian(ape2 jenis pon boleh)...Ur DIY, Ur Choice! :D


Saya tambahkanlah ape2 ajer accesories yang ada dlm stock untuk menaikkan lagi seri tin ini.Dah tak nampak macam bahan buangan kan? Macam tin atas ni, saya lekatkan sticker dan yang paling penting message 'Let's Recycle' tu..:D


Yang ini pulak, saya letakkan magnetic button yang fancy2....
Saya harap anda enjoy dan teruja nak mencuba DIY project ini nanti....
Note: daripada tiga yang saya buat kat atas nun, dua sudah dikebas...isk isk isk...


Kat bawah ni pula adalah antara koleksi2 junk yang telah saya naiktarafkan menjadi medium menyimpan bahan2 kraf saya...ENJOY!

Tin biskut nie di balut dengan light weight cotton(halah...yang murah2 sajer tue)...


Same goes to this...ini tin susu anak sulung saya...sekarang dier dan 6 tahun pon....:D


Tin biskut ni pulak saya balut dengan heavy weight cotton...saya spray jer tutupnya bagi tak nampak jenama biskutnye..hehehe...


Yang ini saya ingat sangat, tin Julies Cheese Cracker ...setelah melalui proses transformasi, sekarang dah jad tempat simpan wrapping paper..


Banyak sangat kalau nak tunjuk...hehehe...inilah antara koleksi fabulous junk yang telah saya transformasikan...I really hope you will try this DIY at home...PEACE!
Feel free to comment! :D

2 comments:

  1. idea yg best..sy igt gna kit decoupage..rupa-rupanya gna gam je..tq akak share this idea..bole saya gnakan utk ajar student saya..hehehe

    ReplyDelete
  2. no prob dija...have fun crafting! salute u ajar students recycle in a fun way...all the best!

    ReplyDelete