Thursday, April 8, 2010

DIY:Personalised Laminated Tag

Ini merupakan projek yang masih sedang berjalan.Cuma mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda, elok saya sharekan bagaimana saya DIY: personalised laminated tag.


Inilah antara bahan2 yang diperlukan; printed tag(depan dan belakang-salah satu bahagian perlu lebih besar sedikit saiznya), clear tape(5cm lebar), gunting, cutter, ruler, glue(ape2 pun boleh), hole puncher.


Perlu laminate bahagian yang diprint lebih besar dahulu.Mcm tag yang saya buat ni, bahagian belakang saya print lebih besar.So, bahagian belakang yang saya laminate dulu.Tapi kalau boleh,tag tu jangan lebih besar daripada saiz clear tape :D Untuk proses ini, perlulah dilakukan dengan nice and slow.Extrakan fokus anda,rasionalnya supaya tiada gelembung udara terperangkap antara tape dan printed tag.


Bahagian yang lebih kecil, perlu dipotong satu persatu, kemudian ditampal dengan glue kat belakang printed tag yang telah dilaminate tadi.Tetapkan satu garis panduan supaya tag yang di glue ini tidak terkeluar daripada kawasan tag yang di print lebih besar tadi.


Kemudian, laminate pula printed tag yang telah ditampal tadi.Part nak laminate ni, memang memerlukan fokus dan kesabaran yang lebih.Tapi percayalah, anda tak akan dapat tag seumpamanya dibuat secara ready made...hehehe...


Sekarang part yang best.Iaitu menggunting(kalau tag tue bentuk oval atau round) atau memotong ngan cutter(kalau shape tue bersempadan-segitiga ke pentagon ke hape ker)
Tak payah cerita detail pun, mesti anda maklum macam mana nak buat proses yang ini kan :D
Tebuk la bahagian yang hendak diletakkan ribbon ke, tali ke...


Ha, macam inilah nanti laminated tag saya tue akan diletak...Lepas dah pass kat customer nanti, saya akan buat satu entry mengenai potpourri yang satu ini.

Untuk lebih DIY project dan potpourri, click label kat bawah ni ye.


Note:Anda suka idea ini, tapi tak cukup masa membuatnya...Jangan risau, serahkan saje kepada saya.Untuk pertanyaan lanjut, boleh call/sms Kham(013 3943103) atau emel kham_joe@yahoo.com / khamjoe@gmail.com atau boleh juga hantar message di box facebook:khamsaini johari

No comments:

Post a Comment