Assalamualaikum wbt...
Saya memulakan hari ini seawal jam 4. Saya perlu siapkan beberapa 'design' untuk customer. Perlu kemaskan kawasan kerja yang dtinggalkan begitu saja bila si kecil tarik tangan saya untuk tidur malam tadi.Itu sebenarnya memang rutin saya seharian, cuma mungkin waktunya sahaja yang berbeza.Suasana awal pagi bagi saya amat menenangkan.Sangat sunyi yang jarang-jarang saya rasakan, Kerana rumah saya selalunye riuh rendah dengan hiruk pikuk anak-anak dan 'kami' yang cuba mengawal keadaan. Sesekali rasa sesak didada dengan rutin yang begini. Dimana kesudahannya? Tapi suasana awal pagi yang tenang sentiasa memberi satu permulaan baik kepada hari saya. Saya akan duduk sejenak, kosongkan fikiran, 'renung kehadapan', dan bercakap kepada diri "betapa beruntungnya aku, berbanding mereka yang serba kekurangan".
Kawan-kawan,
Saya miskin harta jika dibandingkan dengan manusia-manusia ternama yang berjaya membina empayar perniagaan yang maha hebat. Saya miskin jiwa jika dibandingkan dengan manusia-manusia sufi yang mendambakan diri hanya untuk Sang Pencipta.Ramai yang suka membandingkan kekurangan diri dengan kelebihan yang ada pada orang lain.Begitu juga saya, pada suatu ketika dahulu.Pemikiran begitu mendorong saya memandang diri saya tidak bernilai.Saya kerapkali menyalahkan sekeliling yang menjadikan diri saya begitu.Kalau kawan-kawan pernah berada atau masih berada dalam lingkungan itu, saya nasihatkan, tukar cara berfikir kita, SEKARANG!
Saya mungkin bukan 'siapa-siapa' yang 'simply'boleh memberi inspirasi kepada kawan-kawan untuk berubah. Tetapi diri saya sekarang adalah testimoni terbaik kepada diri saya dahulu bagaimana saya boleh berubah. Diri saya sekarang sentiasa lebih dengan nilai-nilai positif kerana saya percaya, kelebihan yang positif akan mengalahkan kekurangan negatif yang sentiasa berperang dalam diri setiap manusia.Nasihat saya, jika mula berfikiran negatif, cepat-cepat gantikannya dengan nilai-nilai positif. Hikmah akan terbit, jika sesuatu musibah atau perkara negatif yang berlaku, di nilai daripada sudut pandangan yang positif. Jika semua perkara negatif, dinilai, diganti atau disusuli dengan perkara positif, Insya allah kawan-kawan, hasil positiflah yang akan dituai.
Bertindaklah sekarang untuk melihat hasilnya. Jangan hanya merancang, tidak mengambil tindakan seperti yang dirancang, tetapi mengharapkan hasil yang diimpikan menjadi kenyataan. Kalau kawan-kawan merasa kusut untuk bermula daripada mana. Mungkin boleh mulakan dengan mengenalpasti apakah IMPIAN yang ingin dicapai.Impian anda pastinya sesuatu yang positif. Banyak impian yang boleh disenaraikan, tetapi yang efektif, kenalpasti impian mana yang boleh anda capai dahulu....realisasikan.
Kawan- kawan,
Selepas berkahwin, lebih kurang sembilan tahun dahulu, saya hanya sempat bekerja sekejap. Itupun bukan dalam bidang pengajian saya. Realitinya, bukan senang untuk mendapat kerja pada waktu itu, apatah lagi sekarang. Walaupun saya tamat pengajian dengan segulung ijazah, saya sangat sedar SEKARANG, keputusan saya tidak cemerlang. Kalau pada waktu itu, saya hanya mahu orang tahu saya terpelajar, ada segulung ijazah. Yang saya tak mahu orang tahu, 'result' akhir saya sewaktu di universiti yang membolehkan saya mendapat ijazah.
Dari sudut pandangan saya sekarang, saya tak bangga langsung dengan ijazah yang saya ada , kerana saya tidak belajar bersungguh-sungguh sewaktu di universiti.Tetapi saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya merasai kehidupan sebagai seorang mahasiswa. PRICELESS. Kalau dapat diundurkan waktu, sudah tentu saya ingin belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dan bangga dengannya. Tapi seperti awal tadi, saya memandang kepada sudut positif apa yang telah berlaku.
Saya tidak belajar bersungguh-sungguh menjadikan keputusan saya tidak cemerlang. Untuk mendapat pekerjaan dalam bidang saya, sangat -sangat kompetitif .Bahkan saya tidak yakin dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan baik.Hikmahnya, dalam bahasa kasar, kalau saya diambil bekerja dalam bidang saya pada ketika itu, saya hanya "melingkup". Pernah tak dapat pekerja yang 'qualification' dalam scroll bagus, tapi bila kita ambil bekerja, macam tak tahu apa-apa? Pengajarannya disini, kalau anda tidak boleh menambah nilai kepada pihak lain dalam bidang yang mereka jangkakan, jangan beri mereka impian. Dalam bahasa mudah, kalau anda nak pergi interview, jangan nak bagi orang kagum dengan perkara yang anda tidak pernah buat ,katakan anda bersedia dengan segala tugasan yang akan diberi dan mula belajar apa yang anda perlu tahu. Barulah bos tak rasa menyesal ambil anda bekerja.Berbalik kepada kisah saya dengan result yang tak bagus tadi.Hikmahnya, saya boleh jadi surirumah sepenuh masa dikala orang lain sibuk pergi bekerja.HEHE...
Nak tahu ape konflik berlaku bila saya berstatus surirumah sepenuh masa, apakah cabaran yang saya hadapi, apakah tindakan yang saya ambil.Saya berjanji untuk kongsikan pengalaman saya sebagai surirumah sepenuh masa menjadi surirumah berkerjaya dengan anda dalam medium ini...
Saya akan sambung kemudian, kerana si kecil dah bangun cari saya.
Till next time. Assalamualaikum.
kak kham, i'm so touched. betul betul menusuk kalbu entry ni (ooooh.. saya pun dah berbahasa buku). dan saya memang jeles dengan surirumah yang bekerjaya sebab ada masa fleksibel dan paling penting. boleh tengok anak anak depan mata sendiri. studywise, degree saya pun tak membanggakan (tu laa.. sibuk berchenta sangat)dan sekarang ni, bila anak dah dua, umur pun dah menginjak 30, baru rasa tergedik gedik nak sambung belajar lagi. dan kali ni memang betul2 berazam, kalau dapat sambung belajar, nak buat betul betul sebab nak cover balik kesilapan dulu. ;) anyway, keep on writing. am waiting for your next entry
ReplyDeletethanx for sharing k.kham. fulltime housewife mayb 'jawatan' yg ramai idamkan dan mayb juga 'jawatan' yg plg ditakuti ramai wanita yg ada skroll. Mana taknya kan hutang keliling pinggang nak2 htg belajar yg puluhan riban. saper yg sggup tanggung semua kan? yg sya perati, wanita yg tensen n over bz bekerja sure nk rsa jd h/wife..tp yg x keje, sgguh2 lak nak cari keje, nak pegang duit sendiri. konpem x dpt nk mewah kalo xde punca pndptn sndiri. yg saya tau, f/time h/wife mmg ada cbrn trsendiri.(lbh2 lg yg mmg xde pndptn langsung). pndgn serong dr jiran2/mentua dsb. tiap msa sy tgk pros n cons sbg surirumah sbb 1 day nnt saya pon nak pegang jwtn tu. apatah lg bila dh lama bekerja kita tau apa baik buruknya dr segi duniawi/ukhrawi.pe pun i'll go with the flow...keep on writing n sharing..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete.i.n.a.z, adik roomate saya di MMU,
akak dulu, belajar lepak sgt lah tu yang hambik kau...nak keje pon takut dik...:D
Tapi alhamdulillah now is better but long way to go.Sure banyak cabaran pancaroba menanti. And Alhamdulillah, i'm positive to face them either good or bad.
Leeda, jr saya kat SEMSAS.
Yup sis...best kan pegang duit sendiri.
Kita wanita ni memang sinonim pegang title surirumah kan. Why not kita gempakkannye dengan punyer profession kan...from home lagi...
pokok pangkalnya, kitalah yang perlu lakukan langkah mula tu.Insya allah.