Assalamualaikum wbt...
Seawal jam 3, saya sudah pun bangun.Sempat kemaskan kawasan kerja saya yang semak 'tak hengat'.Sambil masukkan baju-baju kotor dalam mesin basuh, terdengar suara si kecil saya menangis.Saya berlari-lari masuk ke bilik untuk tenangkan si kecil dan tidurkan dia semula.Kadang-kadang, saya pun turut terlelap sekali. HEHE.
Walaupun agak penat dengan rutin sebegini, alhamdulillah, saya telah biasa dengannya. Tetapi,ada suatu ketika, saya rasa sudah tak mampu bertahan, rasa ingin mengalah dan mahu kembali berstatus surirumah sepenuh masa sahaja. Hari saya boleh bermula lambat sedikit, saya punya lebih masa berkualiti untuk diri dan keluarga. Saya juga tak 'miss' cerita-cerita kegemaran di kaca TV.
Namun, apabila memilih untuk keluar daripada zon selesa, saya sudah maklum tentang risiko yang perlu di ambil. Hidup saya boleh berubah sepenuhnya, atau sedikit sahaja bergantung kepada kemahuan saya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Saya memilih untuk membuat yang paling baik demi diri saya dan mereka yang menyayangi saya. Saya berjanji untuk mengambil segala risiko di sepanjang perjalanan itu, walau apa sahaja. Bunyinya mungkin klise untuk orang yang ingin berubah,tapi, itulah hakikatnya kawan-kawan.Kalau prestasi kita masih sama, maksudnya kita hanya membuat perubahan yang kecil atau tiada langsung. Saya memilih untuk mempunyai kerjaya dari rumah.Dan kerjaya itu dibina oleh saya sendiri. Dalam bahasa yang mudah, 'akulah bos, akulah kuli, aku tak kerja, tak da gaji'.
Itu motivasi saya yang terbaik. Kalau saya nak selesa, saya tak kerja. Tapi akibatnya, tiada siapa nak bayar saya. Bila saya yang melakukan semuanya daripada kerja seorang bos hingga kerja seorang kuli, saya telah membina satu reputasi. Jika tugasan diselesaikan dengan baik, segala kredit yang saya dapat adalah atas usaha terbaik saya. Jika saya sudah melakukan yang terbaik, tetapi tahap kerja saya masih dipertikaikan, saya belajar untuk berlapang dada, kawan-kawan. Kerana saya percaya kepada konsep berusaha dulu baru bertawakal. Jika ada pelanggan mengkritik hasil kerja saya, saya belajar terima kritikan daripada sudut yang positif. Tanpa kritikan, saya mungkin hanyut, saya rasa saya bagus.Itu antara pengalaman saya sebagai surirumah bekerjaya. Selanjutnya, saya ingin kongsi titik perubahan saya sebagai seorang surirumah yang membina kerjaya.
Saya bukanlah pemegang ijazah dengan keputusan yang cemerlang. Saya akan melalui pengalaman yang mencabar untuk menjadi pekerja yang baik dengan keputusan sebegitu. Bila saya mengambil keputusan menjadi surirumah, saya sedia maklum saya tak akan punya hasil pendapatan sendiri iaitu pendapatan saya bergantung kepada apa yang diberi suami.Tahun pertama perkahwinan, saya sudah mendapat anak pertama, dan saya sedar, perbelanjaan keluarga juga bertambah. Jika saya tidak melakukan apa-apa tindakan membantu meningkatkan ekonomi keluarga ketika itu, saya yakin perjalanan membesarkan anak-anak juga akan menjadi lebih getir. Frasa 'wang bukan segalanya' mungkin sesuai untuk sesetengah situasi bagi sesetengah orang, tapi bukan untuk saya pada ketika itu. Sementelah usia saya masih muda, saya masih bertenaga, saya patut melakukan sesuatu.
Asalnya, saya bukanlah seorang yang sangat positif seperti sekarang.Saya boleh kata, desakan hidup pada waktu itulah yang mendorong saya untuk mula mencari apa saja kelebihan yang ada dalam diri yang saya boleh jana menjadi wang. DIY (Do it Yourself) adalah sesuatu yang sangat sinonim dalam diri saya. Dengan cara DIY saya boleh menjimatkan wang, dan daripada situ jugalah saya mendapatkan idea menjadikan DIY suatu sumber pendapatan. Caranya, ialah saya menjadikan DIY sebagai DFY (Do It For You).
Banyak menda yang saya boleh buat untuk orang, terutamanya mereka yang punya wang, tapi tidak punya masa.Sebelum ke 'stage' itu, saya boleh kata, saya banyak buat 'charity' untuk banyak pihak disekeliling saya.Siapa saya ketika itu untuk orang beri kepercayaan membuat DFY untuk mereka. Perjalanan saya untuk menjadi surirumah bekerjaya, bukan mudah kawan-kawan, itu patut saya tekankan. Kalau saya mengalah dulu, saya tak akan berada ditahap saya sekarang dan berkongsi pengalaman ini dengan anda yang sudi. Saya menulis semua ini, kerana saya percaya saya boleh dijadikan testimoni kepada sesetengah orang yang sedang menghadapi masalah sama seperti saya dahulu.Kata kunci disini, anda boleh jadikan kelebihan anda sebagai suatu sumber pendapatan. Kelebihan seseorang biasanya sangat sinonim dengan 'passion' mereka. Kenalpasti kelebihan anda dan anda berpotensi untuk mengubahnya menjadi satu kerjaya.....
Saya akan terus menulis insya allah dalam waktu yang lain, bagaimana apa yang saya buat, mula mendapat perhatian dan apakah lagi pengalaman saya dalam perjalanan yang panjang itu.Semoga apa yang saya tulis memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Till Next Time. Assalamualaikum wbt.
Kham, citer ko bg aku kekuatan....atas desakan kehidupan, aku pun kena keluar dr zon selesa nie...demi kesejahteraan anak2....dengan hari ni aku dpt berita yg tk diduga langsung...im crying....apa pun, tu yg tersurat utk aku....hv to face the fact...doakan aku dpt jd surirumah berkerjaya cm ko ek...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteNurie , kawan saya sejak sekolah rendah.
My dear...
Kalau cerita aku boleh bg kau kekuatan, Aku yakin kau sangat kuat untuk mencapai ape saja impian. Be strong! and i know u r strong enough!
its good to read what you have achieved!
ReplyDeleteAll the best!!
sukanya dgr..best of luck..sy pun suri rumah..skrg tgh blajar sesuatu utk improve kan diri..dan utk dptkan side income..
ReplyDeleteehm..tima kasih...tetiba terus bersemangat!!
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteDear Frens, (Mukhlis, donutayu & Pn atie)
Thanks for ur time membaca post saya. Thanks for ur comments.
Semoga medium ini menjadi medan berkongsi nilai2 baik antara kita & semoga setiap nilai baik yang kita kongsikan memberi manfaat yang berpanjangan. Insya allah.:D
I believe I can fly
ReplyDelete