Wednesday, January 2, 2013

DIY: 'Stamping' 3D Flower

Assalamulaikum wbt...
Thanks for your time visiting my blog.Really appreaciate it.
Hari ini, saya nak share satu tutorial membuat 3D flower, menggunakan kaedah 'stamping'.

3D flower cotton fabric ini boleh dijadikan accesory untuk bag, macam dalam gambar ini.

Oraitz, sebenarnya, ini bukanlah my original idea, tetapi merupakan tips yang saya dapat daripada katalog 'Hero Arts', salah satu pengeluar stamp yang terkenal di US. Since it's too cute, I think i shud try it. and the outcome..Walla...I jatuh cinta dengannya.

Oraitz, this is my first try, I apply it on cotton..rasenye, ia boleh di apply ke atas felt juga. Insya allah, will try it soon.So, kawan-kawan, I believe there's a lot of way to do it, but this is my way and so far I think, it's practical and anda juga pasti boleh buat.

Kali ini, saya gunakan cling stamp daripada Hero Arts - Striped flower. Bunga yang dihasilkan menggunakan cling ini bersaiz ~ 3 x 3 inch. Quite besarkan? So, tanggalkan cling daripada plastic dan lekatkan pada 'clear block'.

Apply ink pada cling tersebut.Saya gunakan fabric ink jenama VersaCraft.
                                        
Lipat dua fabric yang mahu digunakan.Pastikan bahagian yang akan di 'stamp' adalah bahagian luar fabric.Kemudian, stamp secara berhati-hati, pastikan semua kawasan mengenai ink.

Ulang teknik stamp kepada bahagian lain fabric.

Ok, sekarang kita ada 2 motif yang telah siap di 'stamp' di atas fabric.

Since, saya ada mesin jahit, saya jahitkan outline menggunakan benang warna pink (sorry yer, kamera saya tak dapat nak close up lebih lagi-blur) Anyway, kalau tiada mesin jahit, anda boleh hand stitch pada outline 'Striped Flower' tadi.

Setelah siap semua dijahit outline, then, saya potong mengikut bentuk bunga tersebut menggunakan gunting. Lebihkan 1/4 inch semasa potong supaya tidak terkena pada jahitan outline.Bahagian tengah bunga, perlu digunting sedikit sebagai laluan fiber, yang akan dimasukkan kemudian.

Masukkan fiber ke dalam setiap kelopak bunga, melalui bahagian yang digunting tadi.


Bahagian tengah bunga yang digunting tadi, hiaskan dengan button atau apa sahaja, untuk menutup bahagian terbuka tersebut.


Hey...saya suker gilerr buat bunga-bunga ini semua. Will show u soon, how I apply this beautiful flowers menjadi produk atau mencantikkan produk sedia ada. Insya allah.

For those, yang ingin tahu lebih lanjut mengenai teknik 'stamping', pls join our demo. Boleh semak jadual demo pada bahgian kedua, belah kanan blog.Pls like our fanpage: KHAM JOE Design and fill up the form there. Really looking forward to see you guys, and a lot more tips & tricks we can share during the demo.
Plus, pihak 'Scarpbook Memories' akan hadir, sharing a few stamping techniques with us dan turut membawa bersama barangan kraf 'stamping' yang akan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Cash voucher juga turut disediakan bagi setiap pembelian.

3 comments:

  1. saini..idea y sgt best.. teruja nak buat ni tp tak dan lagi..boleh lah apply kat beg y di order cust. boleh cilok idea ni kan!!!

    ReplyDelete