Monday, March 4, 2013

DIY: Cupcake Toppers

Assalamualaikum wbt....
It's been quite sumtimes, saya tak menulis di blog...Macam-macam sebenarnya nak cerita dan share dengan anda... to make it short, hari ini saya nak share macamana nak buat cupcake topper menggunakan teknik stamping dan bagaimana cutting machine membantu melancarkan proses tersebut.

Inilah rupa cupcake topper yang saya nak citer dengan anda macamana nak membuatnya.
Since, saya dah terlepas nak taking photographs semasa membuat cupcake toppers diatas, saya telah buat another design dan berusaha mengambil gambar terbaik supaya anda juga boleh mencubanya di rumah. 


Bagi yang sudah ada cutting machine, ini adalah salah satu 'die' yang sangat best dan menarik untuk menjadi koleksi. Framelits die daripada sizzix ini diberi nama ' Happy Birthday Cupcakes Set'. Ia adalah collaboration antara Sizzix dengan Hero Arts, salah satu pengeluar stamp yang unggul di dunia.Jika anda beli set ini, anda akan dapat empat unit 'dies' dan 4 unit 'cling rubber stamp'. Harga market disini dalam range RM110 - RM140. Untuk memulakan projek ini, peralatan lain yang diperlukan adalah 'ink' ,'clear block' & cutting machine(tiada dlm gambar, sbb sgt tak cantik)

Jika tiada clear block, any hard clear materials work, insya allah. Macam dalam gambar di atas, saya lekatkan cling rubber stamp tersebut pada sekeping penutup 'cookies container'. Asasnya, as long as 'benda' itu 'see through'..insya allah, pasti boleh buat projek ini..Tujuannya, semasa proses 'stamping' anda dapat position setiap stamp pada jarak bersesuaian mengikut kehendak anda...


Proses seterusnya, adalah meratakan ink pada permukaan cling rubber stamp tadi , kemudian stamp pada kertas...Rasanya, kertas dengan berat 200gsm ke atas, memang sedang molek untuk projek ini....saya gunakan kraft paper dengan berat 250gsm.
So, penuhkan permukaan kertas dengan imej pilihan..Pastikan ada sedikit gap antara imej ntuk memudahkan proses memotong nanti. Lagipun size 'die' adalah lebih besar sedikit daripada saiz imej pada cling rubber stamp.
P.S: Kalau anda tiada ink yang memang khas untuk kerja2 craft, dun worry, sebab stamp pad biasa(macam  brand ARTLINE) pon OK...macam dalam gambar atas ni, saya guna ARTLINE stamp pad jer. still OK..Cuma, pls stamp cantik2 yer, ini memang comot2, sebab saya rushing (anak kecik saya pon nak membantu...adooo)


Well, this is the interesting part...memotong menggunakan cutting machine....saya potong satu persatu, imej yang telah distamp tadi.Di sini, anda dpt lihat dengan jelas, jarak antara size imej dengan size 'die'....kkkann?


...so, saya potonglah sampai habis.... :)


Ini adalah setompok kecil 'hot glue' yang saya letakkan sedikit pada 'tooth pick'....Rasenye UHU glue pon ok..Saya memang selesa guna hot glue :D


Ambil imej(die cut) yang telah dipotong tadi...kemudian, lekatkan pada tooth pick dengan sedikit hot glue tadi....


Tadaaa!.... Cupcake topper kita dah siap...

Well, bagi yang familiar dengan cutting machine, insya allah, anda faham term2 yang saya gunakan untuk projek ini. Bagi yang tak pernah tahu tentang cutting machine...anda boleh google or youtube : how to cut using cutting machine atau how to cut using SIZZIX BIGSHOT (sebab saya guna BIGSHOT) :)
Nak more experience, boleh join our cutting machine demo...info tentangnye akan saya update pada bahagian Aktiviti Bulanan (atas, belah kanan blog ini) atau boleh dptkan update di FB Page: KHAM JOE Design.

During demo, anda boleh nengok sendiri bagaimana machine ini digunakan...boleh bertanya banyak perkara tentangnye, sebab kebiasaannya, craft supplier akan join serta bersama info2 berguna dan machine2 sekali...
Till next time...Take care!

Assalamualaikum wbt.... :D

2 comments:

  1. sis,nk tnye kt mne nk dpt kraft paper size a4?
    sy nk guna ntk buat envelope.

    ReplyDelete
  2. Assalam sis...
    very sorry, sumtimes jarang bace back entry yg ditulis...
    sis, i beli dekat kedai yang memang specialised jual paper.
    Kalau kat Seremban ni, name keda tu Heng Paper Merchant. Kedai berdekatan dengan Terminal One. Belakang The Store (town).

    ReplyDelete