Assalamualaikum...
Hari saya bermula awal seperti biasa. Rasa kekok sikit sebab 2 daripada anak saya sedang bercuti dirumah makcik mereka.Mungkin 4 atau 5 hari, saya tak akan berjumpa mereka, sebab saya akan ke Kelantan atas urusan keluarga pada hujung minggu ini. Saya jarang berpisah daripada anak-anak, jadi bila berjauhan, memang saya emosi sikit.
Berbalik kepada cerita saya semalam tentang bagaimana saya menjadikan minat DIY menjadi satu kerjaya, ia adalah satu proses yang panjang dan berterusan.
Tahun 2003, saya sempat bekerja disebuah outlet perniagaan, waktu itu saya juga sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Bila ada waktu terluang saya akan siapkan 'doorgift' yang dibawa. Satu hari, ada seorang pelanggan yang masuk ke kedai dan ternampak hasil kerja saya yang tertinggal di atas satu rak. Selepas membelek-belek doorgift tersebut, beliau tanya dimana saya beli. Bila saya cakap saya yang buat, beliau terus beritahu ingin menempah daripada saya untuk majlis perkahwinan saudaranya. Saya terkejut, agak 'blur' tapi gembira dan terus memberi komitmen bahawa saya boleh buatkan. Beliau merupakan pelanggan pertama saya, dan masih menjadi pelanggan saya hingga kini.
Sebelum mendapat tempahan yang sebegitu, maksud saya disini, pelanggan menempah dengan melihat hasil kerja, saya selalunya menawarkan diri untuk membuat DFY(Do It For You) untuk rakan-rakan.Pada waktu itu, saya lebih fokus membuat hantaran dan 'doorgift' perkahwinan. Saya hanya minta mereka belikan barang, dan bayaran atas servis saya tidak tetapkan.Bergantung kepada berapa sahaja yang ingin diberi. Itu antara bentuk 'charity' yang saya 'perlu' buat ketika itu. Matlamat saya, adalah untuk menambah 'skill' dan dalam waktu yang sama, saya mahu orang tahu, saya mempunyai suatu kepakaran yang mungkin boleh membantu sesiapa. Itu cara saya mempromosi diri, pada ketika itu.
Promosi sebegitu sangat tidak efisien, saya akui,tapi saya perlu teruskan Di tambah lagi dengan sikap saya yang kurang yakin dengan kebolehan diri, saya hampir tenggelam dengan impian yang ingin dicapai.
Tahun 2004, selepas melahirkan anak pertama, dugaan saya makin getir, bila ibu yang disayangi didiagnos dengan kanser rahim .Saya mengambil keputusan balik ke kampung dan menjaga ibu. Bermulalah perhubungan jarak jauh antara saya dan suami.Saya sangat berterima kasih kepada suami yang amat memahami emosi saya ketika itu dan kebenaran menjaga ibu saya gunakan sebaik mungkin.Saya makin sibuk dengan tugas baru sebagai 'Personal Assistant' ibu. Terima kasih kepada kakak dan ayah yang banyak membantu tugas menjaga anak sulung saya ketika itu.
Terlalu banyak ranjau yang dilalui yang tak mampu saya nak tulis pada waktu ini.Tapi yang pasti,pengalaman menjaga ibu ketika itu, pada saya amat berharga dan membuatkan hubungan kami makin akrab. Saya berada ditahap sangat takut untuk tinggalkan ibu sendirian. Bila ibu perlu menjalani kemoterapi, saya masih ingat ,saya tidur dilantai hospital beralaskan tikar kerana saya tidak mahu berenggang dengan ibu.Saya bersungguh-sungguh menjaganya dan saya tidak mahu ibu cepat mengalah pada keadaan.Peluang bersama rakan-rakan ibu yang sama-sama didiagnos kanser juga telah banyak merubah pandangan dan cara saya berhadapan dengan masyarakat sekeliling.Saya amat bersyukur kerana Tuhan memberi saya pengalaman itu.
Dalam waktu tersebut,saya masih membuat DIY walaupun ketika itu agak susah juga mendapat tempahan.Saya pernah minta kawan masukkan hasil kerja dalam internet, tapi, pada waktu itu, internet masih lagi bukan 'media social' yang utama. Apa yang saya cuba kongsikan disini ialah, walaupun sibuk menjaga ibu,saya masih meneruskan usaha membina kerjaya.Tiada titik noktah dalam perjalanan yang panjang itu, dan sehingga kini saya masih meneruskannya.Walau apa sahaja yang bakal saya lalui, saya terima, saya hadapi dan saya tidak suka meramal masa hadapan.Saya cuma meletakkan impian, kerana impian boleh menjadi perangsang kepada saya untuk pergi ketahap yang lebih tinggi.
Antara impak paling besar dalam pengalaman saya menjaga ibu, adalah saya menjadi lebih kuat dan saya tidak mudah mengalah. Ibu adalah insan yang tidak pernah memandang rendah kebolehan saya, dan saya belajar mewarisi sikapnya. Saya tidak suka memandang rendah kebolehan diri saya dan orang lain yang berada disekeliling saya. Kawan-kawan, jika ada rakan-rakan kita yang ingin berjaya, yang ingin buat perubahan, berilah mereka galakan. Nilai-nilai positif perlu di terap dalam diri setiap insan. Saya cukup yakin, orang yang penuh dengan nilai positif dalam diri, adalah orang yang paling senang beroleh kejayaan. Bila sudah biasa berfikiran positif, apa saja racun yang datang, kita mampu menelannya umpama madu yang masuk ke dalam. Jadi, jika anda ingin berubah, lakukan sesuatu SEKARANG!! Jangan berlengah, kerana nanti kita akan kembali berasa selesa dengan kebiasaan dan lebih lambatlah kita dapat melihat hasil tuaian usaha kita.
2007, adalah tahun yang sangat mencabar dalam hidup saya. Ibu meninggalkan saya pada bulan Januari, dan ibu mentua saya juga meninggal dunia pada tahun yang sama. Kedua-dua peristiwa besar ini memberi kesan emosi yang amat sangat kepada saya dan suami serta keluarga.Saya dan suami menjadi lebih rapat dan kami amat menghargai satu sama lain..Selepas ibu pergi, suamilah orang yang paling kuat memberi sokongan kepada saya meneruskan apa yang saya buat sekarang. Bagi mengembalikan aura kehadiran ibu dalam hidup, saya mula membeli mesin jahit kerana ibu sangat minat menjahit. Agak kesal kerana tidak mewarisi kemahiran ibu menjahit pakaian, saya mula mencuba projek-projek DIY yang berkaitan dengan jahitan. Dari situlah saya mula pandai menjahit bag, langsir dan sebagainya. Saya mula bereksprimentasi segala kemahiran yang saya ada sehingga saya mampu menghasilkan pelbagai produk untuk dijual. Dan sehingga kini saya masih belum berhenti menghasilkan sesuatu kerana saya tidak suka memberi titik noktah kepada potensi diri.Saya yakin, kita boleh mencapai lebih daripada apa yang kita jangkakan.Jangkaan adalah satu impian, dan impian sentiasa boleh diperbaharui.
Kawan-kawan,
Saya menulis hari ini, kerana saya yakin, pengalaman saya perlu dikongsi, dan medium ini merupakan antara yang terbaik pada saat ini. Saya tidak mensasarkan pengalaman saya boleh memberi inspirasi kepada semua orang, tetapi jika boleh merubah seseorang pun sudah cukup baik.Jika saya boleh, saya yakin, lebih ramai orang boleh mencapai apa yang mereka impikan. Sebagai penutup hari ini, saya petik kata-kata seorang ibu bekerjaya dari Indonesia, tapi maaf,saya lupa namanya. Kata beliau, " Jika Sesuatu Kejayaan Datang Dengan Mudah, Tidak Mustahil Mudah Juga Jatuhnya" Moral yang saya dapat, biar susah caranya kita mendapat sesuatu, Insya allah jika jatuh, kita bersedia untuk bangkit semula.
Till next time.
Assalamualikum wbt.
Friday, November 30, 2012
Thursday, November 29, 2012
Saya Surirumah Bekerjaya: Part 1
Assalamualaikum wbt...
Seawal jam 3, saya sudah pun bangun.Sempat kemaskan kawasan kerja saya yang semak 'tak hengat'.Sambil masukkan baju-baju kotor dalam mesin basuh, terdengar suara si kecil saya menangis.Saya berlari-lari masuk ke bilik untuk tenangkan si kecil dan tidurkan dia semula.Kadang-kadang, saya pun turut terlelap sekali. HEHE.
Walaupun agak penat dengan rutin sebegini, alhamdulillah, saya telah biasa dengannya. Tetapi,ada suatu ketika, saya rasa sudah tak mampu bertahan, rasa ingin mengalah dan mahu kembali berstatus surirumah sepenuh masa sahaja. Hari saya boleh bermula lambat sedikit, saya punya lebih masa berkualiti untuk diri dan keluarga. Saya juga tak 'miss' cerita-cerita kegemaran di kaca TV.
Namun, apabila memilih untuk keluar daripada zon selesa, saya sudah maklum tentang risiko yang perlu di ambil. Hidup saya boleh berubah sepenuhnya, atau sedikit sahaja bergantung kepada kemahuan saya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Saya memilih untuk membuat yang paling baik demi diri saya dan mereka yang menyayangi saya. Saya berjanji untuk mengambil segala risiko di sepanjang perjalanan itu, walau apa sahaja. Bunyinya mungkin klise untuk orang yang ingin berubah,tapi, itulah hakikatnya kawan-kawan.Kalau prestasi kita masih sama, maksudnya kita hanya membuat perubahan yang kecil atau tiada langsung. Saya memilih untuk mempunyai kerjaya dari rumah.Dan kerjaya itu dibina oleh saya sendiri. Dalam bahasa yang mudah, 'akulah bos, akulah kuli, aku tak kerja, tak da gaji'.
Itu motivasi saya yang terbaik. Kalau saya nak selesa, saya tak kerja. Tapi akibatnya, tiada siapa nak bayar saya. Bila saya yang melakukan semuanya daripada kerja seorang bos hingga kerja seorang kuli, saya telah membina satu reputasi. Jika tugasan diselesaikan dengan baik, segala kredit yang saya dapat adalah atas usaha terbaik saya. Jika saya sudah melakukan yang terbaik, tetapi tahap kerja saya masih dipertikaikan, saya belajar untuk berlapang dada, kawan-kawan. Kerana saya percaya kepada konsep berusaha dulu baru bertawakal. Jika ada pelanggan mengkritik hasil kerja saya, saya belajar terima kritikan daripada sudut yang positif. Tanpa kritikan, saya mungkin hanyut, saya rasa saya bagus.Itu antara pengalaman saya sebagai surirumah bekerjaya. Selanjutnya, saya ingin kongsi titik perubahan saya sebagai seorang surirumah yang membina kerjaya.
Saya bukanlah pemegang ijazah dengan keputusan yang cemerlang. Saya akan melalui pengalaman yang mencabar untuk menjadi pekerja yang baik dengan keputusan sebegitu. Bila saya mengambil keputusan menjadi surirumah, saya sedia maklum saya tak akan punya hasil pendapatan sendiri iaitu pendapatan saya bergantung kepada apa yang diberi suami.Tahun pertama perkahwinan, saya sudah mendapat anak pertama, dan saya sedar, perbelanjaan keluarga juga bertambah. Jika saya tidak melakukan apa-apa tindakan membantu meningkatkan ekonomi keluarga ketika itu, saya yakin perjalanan membesarkan anak-anak juga akan menjadi lebih getir. Frasa 'wang bukan segalanya' mungkin sesuai untuk sesetengah situasi bagi sesetengah orang, tapi bukan untuk saya pada ketika itu. Sementelah usia saya masih muda, saya masih bertenaga, saya patut melakukan sesuatu.
Asalnya, saya bukanlah seorang yang sangat positif seperti sekarang.Saya boleh kata, desakan hidup pada waktu itulah yang mendorong saya untuk mula mencari apa saja kelebihan yang ada dalam diri yang saya boleh jana menjadi wang. DIY (Do it Yourself) adalah sesuatu yang sangat sinonim dalam diri saya. Dengan cara DIY saya boleh menjimatkan wang, dan daripada situ jugalah saya mendapatkan idea menjadikan DIY suatu sumber pendapatan. Caranya, ialah saya menjadikan DIY sebagai DFY (Do It For You).
Banyak menda yang saya boleh buat untuk orang, terutamanya mereka yang punya wang, tapi tidak punya masa.Sebelum ke 'stage' itu, saya boleh kata, saya banyak buat 'charity' untuk banyak pihak disekeliling saya.Siapa saya ketika itu untuk orang beri kepercayaan membuat DFY untuk mereka. Perjalanan saya untuk menjadi surirumah bekerjaya, bukan mudah kawan-kawan, itu patut saya tekankan. Kalau saya mengalah dulu, saya tak akan berada ditahap saya sekarang dan berkongsi pengalaman ini dengan anda yang sudi. Saya menulis semua ini, kerana saya percaya saya boleh dijadikan testimoni kepada sesetengah orang yang sedang menghadapi masalah sama seperti saya dahulu.Kata kunci disini, anda boleh jadikan kelebihan anda sebagai suatu sumber pendapatan. Kelebihan seseorang biasanya sangat sinonim dengan 'passion' mereka. Kenalpasti kelebihan anda dan anda berpotensi untuk mengubahnya menjadi satu kerjaya.....
Saya akan terus menulis insya allah dalam waktu yang lain, bagaimana apa yang saya buat, mula mendapat perhatian dan apakah lagi pengalaman saya dalam perjalanan yang panjang itu.Semoga apa yang saya tulis memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Till Next Time. Assalamualaikum wbt.

Wednesday, November 28, 2012
Saya Surirumah Bekerjaya
Assalamualaikum wbt...
Saya memulakan hari ini seawal jam 4. Saya perlu siapkan beberapa 'design' untuk customer. Perlu kemaskan kawasan kerja yang dtinggalkan begitu saja bila si kecil tarik tangan saya untuk tidur malam tadi.Itu sebenarnya memang rutin saya seharian, cuma mungkin waktunya sahaja yang berbeza.Suasana awal pagi bagi saya amat menenangkan.Sangat sunyi yang jarang-jarang saya rasakan, Kerana rumah saya selalunye riuh rendah dengan hiruk pikuk anak-anak dan 'kami' yang cuba mengawal keadaan. Sesekali rasa sesak didada dengan rutin yang begini. Dimana kesudahannya? Tapi suasana awal pagi yang tenang sentiasa memberi satu permulaan baik kepada hari saya. Saya akan duduk sejenak, kosongkan fikiran, 'renung kehadapan', dan bercakap kepada diri "betapa beruntungnya aku, berbanding mereka yang serba kekurangan".
Kawan-kawan,
Saya miskin harta jika dibandingkan dengan manusia-manusia ternama yang berjaya membina empayar perniagaan yang maha hebat. Saya miskin jiwa jika dibandingkan dengan manusia-manusia sufi yang mendambakan diri hanya untuk Sang Pencipta.Ramai yang suka membandingkan kekurangan diri dengan kelebihan yang ada pada orang lain.Begitu juga saya, pada suatu ketika dahulu.Pemikiran begitu mendorong saya memandang diri saya tidak bernilai.Saya kerapkali menyalahkan sekeliling yang menjadikan diri saya begitu.Kalau kawan-kawan pernah berada atau masih berada dalam lingkungan itu, saya nasihatkan, tukar cara berfikir kita, SEKARANG!
Saya mungkin bukan 'siapa-siapa' yang 'simply'boleh memberi inspirasi kepada kawan-kawan untuk berubah. Tetapi diri saya sekarang adalah testimoni terbaik kepada diri saya dahulu bagaimana saya boleh berubah. Diri saya sekarang sentiasa lebih dengan nilai-nilai positif kerana saya percaya, kelebihan yang positif akan mengalahkan kekurangan negatif yang sentiasa berperang dalam diri setiap manusia.Nasihat saya, jika mula berfikiran negatif, cepat-cepat gantikannya dengan nilai-nilai positif. Hikmah akan terbit, jika sesuatu musibah atau perkara negatif yang berlaku, di nilai daripada sudut pandangan yang positif. Jika semua perkara negatif, dinilai, diganti atau disusuli dengan perkara positif, Insya allah kawan-kawan, hasil positiflah yang akan dituai.
Bertindaklah sekarang untuk melihat hasilnya. Jangan hanya merancang, tidak mengambil tindakan seperti yang dirancang, tetapi mengharapkan hasil yang diimpikan menjadi kenyataan. Kalau kawan-kawan merasa kusut untuk bermula daripada mana. Mungkin boleh mulakan dengan mengenalpasti apakah IMPIAN yang ingin dicapai.Impian anda pastinya sesuatu yang positif. Banyak impian yang boleh disenaraikan, tetapi yang efektif, kenalpasti impian mana yang boleh anda capai dahulu....realisasikan.
Kawan- kawan,
Selepas berkahwin, lebih kurang sembilan tahun dahulu, saya hanya sempat bekerja sekejap. Itupun bukan dalam bidang pengajian saya. Realitinya, bukan senang untuk mendapat kerja pada waktu itu, apatah lagi sekarang. Walaupun saya tamat pengajian dengan segulung ijazah, saya sangat sedar SEKARANG, keputusan saya tidak cemerlang. Kalau pada waktu itu, saya hanya mahu orang tahu saya terpelajar, ada segulung ijazah. Yang saya tak mahu orang tahu, 'result' akhir saya sewaktu di universiti yang membolehkan saya mendapat ijazah.
Dari sudut pandangan saya sekarang, saya tak bangga langsung dengan ijazah yang saya ada , kerana saya tidak belajar bersungguh-sungguh sewaktu di universiti.Tetapi saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya merasai kehidupan sebagai seorang mahasiswa. PRICELESS. Kalau dapat diundurkan waktu, sudah tentu saya ingin belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dan bangga dengannya. Tapi seperti awal tadi, saya memandang kepada sudut positif apa yang telah berlaku.
Saya tidak belajar bersungguh-sungguh menjadikan keputusan saya tidak cemerlang. Untuk mendapat pekerjaan dalam bidang saya, sangat -sangat kompetitif .Bahkan saya tidak yakin dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan baik.Hikmahnya, dalam bahasa kasar, kalau saya diambil bekerja dalam bidang saya pada ketika itu, saya hanya "melingkup". Pernah tak dapat pekerja yang 'qualification' dalam scroll bagus, tapi bila kita ambil bekerja, macam tak tahu apa-apa? Pengajarannya disini, kalau anda tidak boleh menambah nilai kepada pihak lain dalam bidang yang mereka jangkakan, jangan beri mereka impian. Dalam bahasa mudah, kalau anda nak pergi interview, jangan nak bagi orang kagum dengan perkara yang anda tidak pernah buat ,katakan anda bersedia dengan segala tugasan yang akan diberi dan mula belajar apa yang anda perlu tahu. Barulah bos tak rasa menyesal ambil anda bekerja.Berbalik kepada kisah saya dengan result yang tak bagus tadi.Hikmahnya, saya boleh jadi surirumah sepenuh masa dikala orang lain sibuk pergi bekerja.HEHE...
Nak tahu ape konflik berlaku bila saya berstatus surirumah sepenuh masa, apakah cabaran yang saya hadapi, apakah tindakan yang saya ambil.Saya berjanji untuk kongsikan pengalaman saya sebagai surirumah sepenuh masa menjadi surirumah berkerjaya dengan anda dalam medium ini...
Saya akan sambung kemudian, kerana si kecil dah bangun cari saya.
Till next time. Assalamualaikum.

Tuesday, November 27, 2012
'STAMPING' my way
Assalamualaikum wbt...
Thanks kepada yang berkunjung ke sini...
Thanks juga kepada respon yang sangat memberangsangkan mengenai siri demo dan workshop yang sedang diaturkan. Ramai yang bertanya apakah seni 'stamping' atau 'cetakan' yang saya ingin ketengahkan itu.Ilmu 'stamping' yang saya mahu kongsi dengan semua adalah daripada perspektif saya sendiri. Semuanya adalah mengenai cara, material yang saya gunakan dan tips-tips berguna yang akan membantu anda menghasilkan pelbagai produk atau meninggikan nilai produk sedia ada, bergantung kepada bidang kepakaran anda.
Saya banyak gunakan kaedah ini untuk menghasilkan 'paper bag' yang unik dan tersendiri. Kadang-kadang ramai yang ingat saya printing menggunakan mesin.Dari situlah saya rasa, seni 'stamping' ini unik. Seunik batik cetak. Kerana kaedahnya yang hampir sama tetapi materialnya mungkin sedikit berbeza.
Jika anda menyertai demo itu nanti, ilmu yang saya ingin kongsikan adalah bagaimana proses 'stamping' itu saya praktikkan keatas dua medium yang saya selesa gunakan iaitu kain dan kertas. Mungkin nampak simple, tapi sewaktu di awal pembabitan saya mengendalikan tempahan-tempahan yang memerlukan teknik 'stamping', saya pernah rasa sangat 'frust'. Kalau tempahan sebanyak 100, lebih 10 akan rosak. Boleh bayangkan berapa banyak hasil yang rosak itu saya kena simpan. Daripada situlah, saya mula mencari penyelesaian dan saya menemui beberapa tips yang boleh mengurangkan kadar produk yang rosak.
Saya akan lanjutkan lagi beberapa contoh tempahan yang menggunakan teknik 'stamping'. Untuk kali ini saya kongsikan beberapa contoh ' paper bag' yang menggunakan kaedah tersebut. Akhir kata,jika anda ingin merasai pengalaman saya, kuasai kemahiran saya. Insya allah...
Till next time.
Monday, November 26, 2012
FASA BARU HIDUP SAYA
Assalamualaikum wbt....
Thanks kepada yang drop by here...Kepada yang 'follow' this blog, saya sangat-sangat menghargainya.Seriously, saya rindu nak menulis macam dulu. Sharing my passion dengan anda yang membaca blog ini..membalas comment di shout box, membalas comment pada post2 saya dan macam-macam lagi yang best tentang blogging and sharing.Kalau anda perasan, dalam post sebelum ini, saya janji mahu keep on writing and keep on sharing. Tetapi hanya selepas 4 bulan, saya baru dapat menulis post baru...iaitu post hari ini.Saya harap akan dapat menulis lebih kerap lagi selepas ini kerana saya sedang berada di permulaan satu fasa baru dalam hidup.
Fasa apakah yang saya sedang lalui...biarlah saya mulakan dengan kenapa saya lama tidak menulis.
Saya sebenarnya terperangkap dengan tempahan yang sangat banyak dan tak putus-putus....Saya tak menyalahkan tempahan-tempahan tersebut, bahkan,Alhamdulillah, saya bersyukur & saya sangat berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan & peluang kepada saya untuk merealisasikan impian mereka .Kenapa saya kata saya merealisasikan impian mereka? Kerana saya menganggap setiap tempahan adalah impian pelanggan yang dipertanggungjawabkan kepada saya untuk direalisasikan. Kenapa? Mungkin kerana meraka tidak punya cukup masa atau mungkin kerana mereka tidak punya kemahiran & seribu satu macam sebab yang saya tak perlu pecah kepala untuk tahu kenapa tetapi cukuplah bagi saya impian yang dimanahkan itu saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Seperti mana orang lain, saya juga punya impian dan tanggungjawab. Pada satu ketika , saya memasang impian untuk membantu suami saya mencari wang hanya dari rumah. Saya berjaya, alhamdulillah. Saya nak dapat banyak tempahan, alhamdulillah ,saya memperolehinya.Tetapi pada satu ketika yang lain, saya rasa sangat penat kerana saya tak punya cukup masa untuk diri saya sendiri & masa bersama keluarga juga saya rasakan kurang berkualiti. Saya menjadi sangat fokus menyiapkan tugasan hingga lupa kepada perkara-perkara lain.Saya cakap pada diri " aku perlu mengakhirinya"
Saya mula mencari solusi untuk mengatasi kekusutan ini. Macam-macam yang saya cuba, mula menulis kerja pada papan putih, bangun seawal jam 3 untuk mulakan tugas dan tidur selewat jam 2 menghabiskan tugas. Saya tetap begitu, bahkan manjadi lebih penat.My turning point bermula lepas saya tamat kursus 3 hari kelolaan Dr. Azizan Osman,seorang pakar motivasi yang tersohor and I adore him .Alhamdulillah, syukur kerana tuhan gerakkan hati saya untuk masuk kursus tersebut.Saya bukan jenis yang suka pergi kursus dan seingat saya, kursus terakhir yang saya hadiri adalah kursus nikah, kira-kira 10 tahun lepas. Itu pun kerana diwajibkan.
Saya tak perlu mengulas lebar apa yang diberi sepanjang kursus tapi, yang saya ingin kongsikan adalah apa yang saya dapat daripada kursus tersebut.Iaitu,saya mula mengenali potensi diri saya. Saya tahu saya ada ilmu yang perlu disebarkan kepada yang memerlukan.Saya tak perlu lagi ambil order jika saya rasa sudah penat.Apa yang saya boleh buat? Saya patut kongsi dengan mereka yang mempunyai passion seperti saya..terutamanya golongon surirumah yang ingin sangat membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Rasai pengalaman saya dengan menguasai kemahiran yang saya ada.
Berbalik kepada permulaan fasa baru dalam hidup yang saya tangguh ceritanya tadi. Fasa baru tersebut adalah fasa saya menukar profession saya bekerja dari rumah kepada berjumpa orang dan berkongsi ilmu dengan mereka. Maksudnya, saya akan mula keluar dan menemui golongan sasar yang memerlukan kepakaran saya.Saya sedang mempersiapkan diri untuk itu dan saya tak sabar.
Kawan-kawan
Insya allah, saya akan mulakan siri demo dan workshop dengan mereka yg memerlukan kepakaran saya pada hujung December ini. Untuk sesiapa yang perlukan maklumat segera tentangnyer, Insya allah, satu fanpage di Facebook akan dibuat oleh pihak pengurusan siri demo dan workshop itu nanti.Saya akan kemaskini di blog juga. Saya berjanji untuk mengubah hidup saya dan hidup lebih ramai orang.Doakan semoga apa yang saya rancang ini dipermudahkan dan saya perlukan penglibatan lebih ramai orang untuk menjayakannya. Saya juga ingin lebih mengenali anda yang mengikuti blog saya. Tidak kiralah sama ada kita berinteraksi di medium ini atau jumpa saya dengan menyertai siri demo dan workshop itu nanti.
Saya akan cuba kongsi lebih banyak dengan anda tentang pengalaman saya melalui fasa peralihan bekerja dari rumah dengan berjumpa lebih ramai orang diluar.Insya allah.
Semoga hidup saya dan hidup anda menjadi lebih baik dengan izin-NYA. Insya allah
Jumpa lagi semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)