Wednesday, January 30, 2013

Potpourri: Color and Material Experiment

Assalamualaikum wbt...
Thanks kawan2 yang sudi mengunjungi blog saya. Really appreciate ur visit and ur time...almost 2 weeks saya tak post new entry. Saya ke pantai timur last week untuk beberapa hari. Dan disebabkan internet connection yang tak berape bagus disana, saya tak online langsung.Hihi..

Actually, material yang saya nak share today, saya dah siapkan sebelum pergi lagi, tapi disebabkan kesuntukan waktu, saya tak sempat nak post kat blog.And to be specific, saya buat ini semua untuk Bengkel Potpourri yang pertama (20 Jan 2013) yang lepas.Saya ke pantai timur, the following day.


Bila saya jumpa kain yang menarik, walaupun belum decide nak buat apa, biasanya, saya rembat semeter dua, bergantung kepada harganya. Macam potpourri yang saya buat kali ini, kain pastel color ni, saya jumpa di Kamdar Melaka. Kain cotton untuk cadar, so bidang nya quite besar (satu bidang 60", satu lagi bidang 90"). 2 meter, macam2 yang boleh dibuat.So, untuk warm up sebelum workshop potpourri pertama dulu, saya pun terfikir nak buat potpourri guna kain2 ni. Saya match dengan polkadot ribbons yang saya beli dari Nilai 3.

Kalau ke Nilai 3, kedai yang saya wajib singgah is CZ. Antara sebab saya suka betul singgah situ, cuz saya suka barang2 display yag mereka letak kat situ. Full of inspirations. Kalau kat bahagian ribbon pulak, saya suka the way they arrange the ribbons...rasa nak grab semua yang ada atas rak...hehe...and i could saya, the price also very reasonable. Bagi yang minat polkadot ribbons, ada banyak pilihan di sini.




Oraitzz...saya suka giler these pastel combinations. Rasa seronok & 'ghalit' betul buat potpourri ni, sampai tak sedar yang time tu dah past midnite dan saya dah buat berpuluh-puluh potpourri...:D

 Untuk potpourri ini, saya cuba bold kan warna bunga, sengaja pilih warna2 terang, to create color block. Tapi saya rasa, to make it more 'color block', sachet perlu menggunakan plain color. Lagik menjadik.Insya allah saya try next time.


Yang ini pula, more to brush up my skill...dah lame tak buat potpourri yang combine fabric.Hasilnya, of course superb..., but waktu yang diperlukan juga of course lah lebih kan.Combination fabric yang bersesuaian, akan menghasilkan potpourri yang menawan.Believe  me.

And hari ini saya cukup seronok, sebab saya boleh DIY bunga untuk dilekatkan pada potpourri. Ini bunga sama yang saya buat pada POMANDER BALL, cuma saya gunakan material yang lain sket.


 Tadaaa! my potpourri tree. Sebenarnya, this idea just pop up bler saya pening kepala macamana  nak display potpourri yang saya dah buat untuk dibawa during class. Saya bagitaw husband saya perlukan branches untuk gantung the potpourri and thanks to him kerana tolong saya menzahirkan idea itu. thanks juga to my niece yang stay up and helping me menghias this tree.

Kawan-kawan, sebelum mengakhiri this entry, I wanna share some values yang saya dapat selama saya fokus dengan kerja2 kraftangan ini.
Crafting mungkin akan hanya menjadi hobi, kalau itu yang kita mahukan. Itulah juga sangkaan saya dahulu.
Tapi, apabila saya decide untuk lebih fokus, saya mula nampak, crafting bukan saja boleh jadi hobi, bahkan boleh menjadi lebih daripada apa yang saya jangkakan.
Satu ayat yang sentiasa terngiang2 ditelinga saya, 'kamu boleh pergi sejauh mana yang kamu mahu, bergantung kepada sebanyak mana usaha yang kamu berikan. Beri lebih, jika kamu mahu ia pergi lebih jauh'.
Tak pasti daripada siapa,sejak bila atau dimana saya mendengarnya, tapi ia sentiasa membantu mengatasi perasan ingin putus asa, tiap kali perasaan itu datang.

Sejak itu, saya tak pernah pandang rendah kepada apa saja kemahiran hidup. Sebab saya sangat pasti, setiap kemahiran jika digilap dengan cara yang sepatutnya, ia pasti akan memberi kesan yang positif dalam hidup seorang manusia.

Sesiapa yang ingin menguasai kemahiran membuat potpourri seperti ini, anda boleh mengikuti Bengkel Membuat Potpourri saya yang kedua pada Ahad ini (3/2/2013) yang akan diadakan di ALIMKids, Wangsamaju. Diadakan secara hands on. Bayaran adalah RM120 dengan starter kit & light refreshment disediakan. Bermula jam 9 pagi hingga 1 tgh.Sesiapa yang berminat boleh e-mail ke wattnerd@gmail.com beserta nama penuh & no telefon.
TQ :D




Friday, January 18, 2013

Projek Biru Hitam

 Assalamualaikum Wbt..
As usual, thanks kepada yang sudi membaca blog saya.Really appreciate your visit and your time.
Hari ini saya ingin share satu order yang saya buat untuk seorang customer which I named it - Projek Biru Hitam.Actually itu theme color yang dipersetujui dan ianya adalah untuk Majlis Aqiqah.Apa yang saya perlu buat adalah 100pcs fancy cookie 'Teddy Bear' dan 100pcs handmade paper bag.


Ini fancy cookies pertama saya untuk tahun 2013.Ada yang ingin saya share resipi dan tips2 untuk deco fancy cookies. I should thanks Sweet Sugar Belle for sharing everything I need to know about fancy cookies. So, pls go to her blog and dapatkan segalanya tentang fancy cookies di sana. Daripada resipi hinggalah cara2, tips2 berguna yang beliau gunakan which I think sangat2 practical.

 Ini pula merupakan paper bag yang saya buat untuk event tersebut. It's 'so handmade'.Saya banyak gunakan cutting machine terutamanya untuk memotong alphabet dan printing material.

Ini merupakan design utama.
For background hitam, saya guna 'die' Spellbinder Nestabilities -Lacy Squares.
Alphabet ADAM RAYYAN dan '&'- saya guna 'die' by Die-namics.
Round shape - 1.25 inch for babies' image & stuffs, Tq tag - 2 inch, both by LifetsyleCrafts (Nesting Circles)
Scallop shape 2.5 inch - Marvy Uchida paper puncher

 Ini the most tiring part. All the alphabet kena cut one by one sebab saya guna Bigshot yang manual. Anyway, thanks Ila (my assistant) yang banyak gler membantu.Then, pada bahagian belakang setiap 'die cut' saya letakkan foam adhesive yang akan dibuka untuk attach pada paper bag.

Untuk wording dan background, saya guna doble-sided adhesive yang biasa.

 Tadaa!...Beginilah design yang dah siap. So, bestkan kalau ada craft cutting machine. Macam2 yang boleh dihasilkan. So,pls join our cutting machine demo & feel the experience.

 Finally, saya siapkan paper bag ini dengan menggantungkan tag pada ribbon & string dan cantikkannya lagi dengan menambahkan ready made paper flower(tak sempat nak buat bunga sendiri, hihi)

Till next time. Thanks all.

Cookies - RM5/pc (MOQ 50pcs)
Paper bag - RM8/pc (MOQ 25pcs)




Mini Pomander Ball & Topiary

Assalamualaikum wbt....
Thanks kepada yang drop by here.Really appreciate ur visit and thanks a lot for your time.
Alhamdulillah selesai sudah demo cutting machine last week, which personally, saya sangat happy dengan participation semua yang hadir pada hari tersebut.Saya sebenarnya terlupa nak snap gambar2 pada demo tersebut. But, saya akan cuba dapatkan gambar2 pada hari tersebut from others and share dengan semua , insya allah.

Hari ini saya ingin share beberapa gambar pomander ball yang saya buat menggunakan pelbagai warna & pomander ball yang saya telah jadikan topiary seperti yg saya beritahu dalam entry sebelum ini.

Inilah antara pomander ball yang telah saya buat dengan menggunakan paper flower yang dihasilkan dengan 'die' Bitty Blossom by Donna Salazar. Bagi sesiapa yang memiliki craft cutting machine, anda boleh beli 'die' tersebut untuk menghasilkan bunga seperti yang saya buat ini.

Untuk menghasilkan sebiji pomander ball bersaiz seperti ini, saya perlu gunakan 'die' Bitty Blossom bersaiz paling besar. 10 keping A4 paper digunakan untuk form sebiji pomander ball, this size. Saya gunakan A4 80gsm( nipis shj)

Ini pula pomander ball yang saya dah transform menjadi topiary yang indah.Saya gunakan chop stick yang paling murah. Kemudian saya balutkan dengan flower tape(ada jual di kedai bunga).Dan saya cucukkan pada pomander ball. Saya masukkan flower foam(juga ada dijual dikedai bunga) dalam pasu(this one i bought from IKEA-RM1.5/pc).Kemudian, saya penuhkan dengan artificial flower warna putih (Biasenya kalau beli artificial flower bouquet, pasti ada bebunga kecil- saya panggil bunga asesori.Inilah bunganya. The big flower saya guna untuk buat bunga pahar, dedaun dan bunga2 kecil ini saya asingkan dan simpan)
and tadaa! we can produce this amazing topiary daripada bahan2 biasa je. But u have to have cutting machine kalau anda mahu kerja2 craft anda menjadi lebih mudah & menyeronokkan.

Bagi yang ingin tahu mengenai cutting machine, anda boleh join us dengan menyemak jadual demo & workshop yang saya adakan di ruang kedua bahagian kanan blog ini. So far for this month, demo tersebut telah pun berlangsung, tapi kita akan update tarikh baru demo cutting machine ini pada masa akan datang.Insya allah.

Till next time.Thanks Lovelies!




 

Thursday, January 10, 2013

Mini Pomander Ball & Treat Box

Assalamualaikum wbt..
thanks kepada yang mengunjungi blog ini.Really appreciate ur visit and ur time.
Hari ini saya nak share craft project yang saya sempat buat semalam. Mini pomander ball dan  mini treat box.

 Paper flower ni saya potong dengan menggunakan craft cutting machine.Ada yang bertanya saya guna cutting machine ape. Saya guna BIGSHOT by Sizzix.And utk buat bunga ini, saya guna 'die' Bitty Blossom By Spellbinder. Anda boleh Youtube: Bitty Blossom By Donna Salazar untuk tengok macamana  Donna buat bunga ini.Anyway, Donna anadalah pencipta 'Bitty Blossom'.


 Setelah siap, buat bunga2 daripada kertas ini.Saya lekatkan pada Styrofoam Ball yang bersaiz kecil.Saya prefer guna hot glue. :) Kalau nak letak handle, advisable, lekatkan handle dulu sebelum lekatkan bebunga tersebut.

Ini bebunga yang dah siap attach pada styrofoam ball. Cantikkan. Kalau buat banyak2, boleh letakkan dalam bakul as decoration. Boleh juga dijadikan Topiary dengan letakkan dahan dan masukkan dalam vase.Boleh dijadikan centrepiece untuk meja.
Kalau guna Styrofoam ball yang besar, boleh juga dijadikan hand bouquet. Tambahkanlah embellishment yang bersesuaian.
Macam-macamlah yang boleh anda buat dengan pomander ball ni

 Pomander ball ini saya letakkan handle.Boleh dijadikan doorgift atau gantung dalam kereta. Sure cute.

 Mini treat box ini memang kecil sahaja. Kalau letak sebiji Farrero roche, memang comel giler.Just imagine. anda DIY ini semua, untuk majlis special anda. Best kan?Anyway, mini treat box ini boleh dipotong guna BIGSHOT.Cuz ia kecil sahaja.'Die' yang saya guna adalah 'Treat Box' by LIFESTYLE CRAFT.

Kawan-kawan, bagi yang ada craft cutting machine, anda pasti biasa dengan istilah 'die', sizzix, spellbinder dsb. Tapi bagi yang tak pernah taw, sure terpinga-pinga dibuatnya.

So, saya akan buat demo: INTRODUCTION TO 'CRAFT CUTTING TOOLS' & 'CRAFT CUTTING MACHINE' pada next coming Sunday (13 Jan 2013) di Alimkids, Wangsamaju. Tujuan utama adalah untuk expose kepada yang berminat untuk mengetahui segalanya tentang 'craft cutting tools & machine'. Saya & team akan demo dan  tunjukkan beberape produk yang kami hasilkan dengan menggunakan tools ini & selebihnya kami akan serahkan kepada expert untuk explain lebih lanjut kepada anda. Jadi,kami bawakan  SCRAPBOOK MEMORIES dari Tropicana Shopping Centre khas pada demo tersebut kerana mereka merupakan craft supplier & sangat arif tentang pelbagai jenis craft cutting tools & machine yang berada di pasaran.
Anda boleh bawa extra money jika berminat untuk buat purchase pada hari tersebut. Jika tidak buat purchase pun, anda tetap mendapat info tentang pelbagai jenis craft tools dan  saya harap info2 sebegini dapat membantu anda membuat keputusan, andai kata satu hari nanti, anda ingin memiliki ur own craft tools or machines.

Anda boleh semak, ruang kedua sebelah kanan blog ini, untuk mengetahui jadual demo & workshop untuk bulan Januari. Jika berminat untuk menyertai, sila 'LIKE' fanpaga: KHAM JOE Design dan isi form yang disediakan disana.
Till then. Thanks again for your time. Hope to see you guys in any of my demos or workshops.Eh, kalau anda adalah follower blog ini and join the demo, pls intro urself to me. Saya nak sangat kenal follower blog ini. :D.
Assalamualaikum wbt.


Wednesday, January 2, 2013

DIY: 'Stamping' 3D Flower

Assalamulaikum wbt...
Thanks for your time visiting my blog.Really appreaciate it.
Hari ini, saya nak share satu tutorial membuat 3D flower, menggunakan kaedah 'stamping'.

3D flower cotton fabric ini boleh dijadikan accesory untuk bag, macam dalam gambar ini.

Oraitz, sebenarnya, ini bukanlah my original idea, tetapi merupakan tips yang saya dapat daripada katalog 'Hero Arts', salah satu pengeluar stamp yang terkenal di US. Since it's too cute, I think i shud try it. and the outcome..Walla...I jatuh cinta dengannya.

Oraitz, this is my first try, I apply it on cotton..rasenye, ia boleh di apply ke atas felt juga. Insya allah, will try it soon.So, kawan-kawan, I believe there's a lot of way to do it, but this is my way and so far I think, it's practical and anda juga pasti boleh buat.

Kali ini, saya gunakan cling stamp daripada Hero Arts - Striped flower. Bunga yang dihasilkan menggunakan cling ini bersaiz ~ 3 x 3 inch. Quite besarkan? So, tanggalkan cling daripada plastic dan lekatkan pada 'clear block'.

Apply ink pada cling tersebut.Saya gunakan fabric ink jenama VersaCraft.
                                        
Lipat dua fabric yang mahu digunakan.Pastikan bahagian yang akan di 'stamp' adalah bahagian luar fabric.Kemudian, stamp secara berhati-hati, pastikan semua kawasan mengenai ink.

Ulang teknik stamp kepada bahagian lain fabric.

Ok, sekarang kita ada 2 motif yang telah siap di 'stamp' di atas fabric.

Since, saya ada mesin jahit, saya jahitkan outline menggunakan benang warna pink (sorry yer, kamera saya tak dapat nak close up lebih lagi-blur) Anyway, kalau tiada mesin jahit, anda boleh hand stitch pada outline 'Striped Flower' tadi.

Setelah siap semua dijahit outline, then, saya potong mengikut bentuk bunga tersebut menggunakan gunting. Lebihkan 1/4 inch semasa potong supaya tidak terkena pada jahitan outline.Bahagian tengah bunga, perlu digunting sedikit sebagai laluan fiber, yang akan dimasukkan kemudian.

Masukkan fiber ke dalam setiap kelopak bunga, melalui bahagian yang digunting tadi.


Bahagian tengah bunga yang digunting tadi, hiaskan dengan button atau apa sahaja, untuk menutup bahagian terbuka tersebut.


Hey...saya suker gilerr buat bunga-bunga ini semua. Will show u soon, how I apply this beautiful flowers menjadi produk atau mencantikkan produk sedia ada. Insya allah.

For those, yang ingin tahu lebih lanjut mengenai teknik 'stamping', pls join our demo. Boleh semak jadual demo pada bahgian kedua, belah kanan blog.Pls like our fanpage: KHAM JOE Design and fill up the form there. Really looking forward to see you guys, and a lot more tips & tricks we can share during the demo.
Plus, pihak 'Scarpbook Memories' akan hadir, sharing a few stamping techniques with us dan turut membawa bersama barangan kraf 'stamping' yang akan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Cash voucher juga turut disediakan bagi setiap pembelian.

Tuesday, January 1, 2013

Flash Back: Project 2012 (MINNIE THEME)

Assalamualaikum Wbt. to all yang follow this blog, yg suddenly terjump over this blog. Hehe..Welcome all..
Really appreciate your  time and your visit here.
First of all, saya nak wish 'Selamat Tahun Baru 2013' kepada semua. Harap2 azam tahun lepas banyak yang termakbul. So, tahun baru, mari niatkan azam baru pulak. As for me, tahun 2012 adalah tahun yang full of colors.Anak-anak saya admitted to ward. Thanks to Allah SWT kerana ujian tersebut, telah memberi saya waktu rehat yang seketika tetapi amat bermakna. Which, lead me to think deeper and akhirnya membawa fasa baru kepada 'my world of crafting'. Taklah hebat mana pencapaiannya, tapi alhamdulillah,saya sudah coaching my own demo sebelum 2012 melabuhkan tirai and hopefully 2013, more demos and workshops dapat diadakan. Tahun 2013 ini saya berazam untuk share dengan lebih ramai orang kepakaran saya dalam crafting & saya ingin melihat dunia crafting di Malaysia menjadi lebih amazing which will give benefits kepada yang memerlukan. Saya ingin pecahkan prinsip berahsia ilmu yang 'orang kita' suka amalkan. Cuz, saya rasa kedekut ilmu tu sangat merugikan. Dan untuk dunia 'crafting' khasnya, kalau kita bersatu, sentiasa share ilmu, kita boleh jadi semaju crafter di Barat. Tak mustahil, satu hari nanti CHA (Craft & Hobby Association) dapat diadakan di sini, Insya allah. Who knows rite? Semoga apa yang saya impikan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Orite...Sudah lama sangat saya tak dapat share ape yang saya telah buat di Blog. Nasib baik, saya dapat jugak upload banyak hasil kerja di FB, walaupun lambat. But there, saya tak dapat cerita banyak dengan anda.I prefer to share cerita disebalik gambar yang saya upload di Blog, cuz it's more personal. plus, saya boleh mengarang ayat panjang-panjang...hehe...Saya rasa seronok taw. Everytime, saya post a new entry, especially, when I think what I wrote boleh bagi good value pada orang, saya rasa lebih positif and kurang stress. Lain orang lain rasa, but that's the best thing I feel in blogging.

2012, saya rasa paling banyak dapat buat 'printed theme' under MINNIE MOUSE. Today, I wanna share one of MINNIE  yang saya buat for a customer.

Fridge magnet ini  bersaiz lebih kurang 3 x 2.5 inch. Menggunakan material-kertas (cardboard, sticker paper, ivory card) & 20mm solid magnet.

Ini pula printing accessory untuk goodies box. Saya diminta membuat paper ribbon & sticker tag untuk 'cake box' bersaiz 4 x 4 x4 inci.

Ini juga printing accesory untuk majlis tersebut termasuklah 'square sticker' untuk goodies box yang saya explain previously & 2 saiz 'round shape sticker' berlainan design.


Seterusnya, saya nak share Q(queastion) yang saya kerap dapat when they saw my job dengan berkongsi the Answer(A) dan explanation di sini.

Q:Ramai bertanya, adakah saya buat sendiri printing itu.
A:Yes, I did it myself. Saya guna software 'photoshop' (the only design software yang saya reti untuk ketika ini). Saya nak share dengan anda pengalaman saya bereksperimentasi dengan software 'photoshop'. Saya pernah belajar guna photoshop waktu study dulu.Tapi seriously, waktu tu, saya tak berminat which lead me tak ambik port untuk brush my skill and end up, saya jadi tak suka, sebab saya tak reti. Senang citer, segala alasan tak suka atau tak reti tu disebabkan saya PEMALAS.
Lebih kurang 8 tahun selepas itu, saya sangat desperate nak buat design untuk job2 yang saya dapat. Waktu inilah, saya desperately belajar from 'YouTube' & tutorial di internet macamana nak buat design guna photoshop. Maksudnya saya terpaksa belajar semuanya from scratch. Banyak kali  saya menangis sebab rasa give up yang amat & rasa menyesal sangat  dulu-dulu taknak belajar sungguh-sungguh. PADAN MUKA AKU.
Tapi, saya sekarang yang cuba sentiasa positif, meneruskan eksperimentasi dengan photoshop, NON STOP. Hasilnya, alhamdulillah, tak bangga langsung, tapi dalam masa 2 tahun, macam-macam yang saya berjaya buat. Kalau mula2 dulu, target nak buat tag sendiri, sekarang almost semua yg customer request, saya berjaya buat.
So kawan-kawan, there's no full stop or limitation  untuk menggilap atau memberi cabaran kepada potensi diri sendiri, asalkan diri kita mahu & kita perlu MEMULAKAN TINDAKAN. Okay?
And I believe ramai yang taknak melalui proses yang panjang untuk  belajar design,macam yang saya lalui. So,saya akan cuba mencari inisiatif yang praktikal  untuk membantu anda yang memerlukan, insya allah dalam one of my demo.Saya akan cuba kongsi pengalaman & cuba dapatkan bantuan mereka yang pakar untuk 'design for dummies'. Harapan saya, ramai yang dapat dibantu untuk buat design & printing  from home.

Soalan lazim seterusnya:
Q: Saya print sendiri atau hantar ke kedai?
A: Awalnya, saya hantar ke kedai. Tapi saya akan bazirkan banyak waktu, jika menghantar printing ke kedai.Kalau print dirumah, saya boleh terus print, bila design siap and customer approved.
Alternatively, saya survey which printer yang baik & affordable untuk saya buat printing di rumahend up saya pilih EPSON L100 (ink jet).Rasanya, brand lain pon OK, asalkan guna original ink.
Untuk hasil yang baik, perlu guna glossy photo paper (especially when there's photo in dat design). Pastikan setting betul dengan memilih photo paper & set kepada best photo.Jika menggunakan glossy photo paper,printing tidak rosak jika kena air. Kalau guna  matte photo paper, from my experience, printing akan rosak jika terkena air.

Satu masalah yang saya baru sedar. glossy photo paper akan faded lama-kelamaan jika diletakkan ditempat terbuka. Saya rase agak terkilan kerana baru sahaja menyedarinya. Alternatively, untuk project seperti fridge magnet, saya perlu letakkan lapisan 'reflective sheeting' di atas setiap printng  untuk mengelakkan photo paper menjadi faded. Dan 'reflective sheeting' agak costing.
p/s: reflective sheeting yg saya guna jenama KIWALITE, boleh cari di kedai2 yg supply paper.Harga terbaik saya dapat rm1.5/A4, RM1.3/A4 jika beli dalam quantity banyak.

Anyone ada any tips to share with me macamana nak elakkan perkara ini berlaku?  Else, mungkin saya perlu eksperimen dengan laser jet pulakkan. Apapun, jika saya ada any update berhubung perkara ini, saya akan share dengan semua, insya allah.


Soalan seterusnya:
Q: Macamana saya cut design into shape seperti round, daisy etc.
A: Saya guna craft cutting machine.
Saya nak share pengalaman saya bagaimana saya 'jatuh cinta' dengan cutting machine nie.At first, saya tahu mengenai cutting machine ni, dari internet. Dulu, saya suka sngat tengok 'YouTube' tentang exhibition yang dibuat oleh CHA (Craft & Hobby Association) di US. Dari situlah saya mula tahu terdapat cutting machine yang boleh menjadikan kerja-kerja 'crafting' kita menjadi lebih mudah.Sebelum itu, saya hanya gunakan 'paper puncher' yang pada saya bagus, tapi penggunaannya agak terbatas kepada kertas sahaja.

Kemudian, the next interesting thing adalah, saya boleh dapatkannya daripada Scrapbook Memories, cuz situlah tempat saya suka beli barang-barang kraf. Since, cutting machine agak mahal, waktu tu, harga dalam market Malaysia was rm550.Rasanya, harganya masih begitu. So, saya kumpul a few friends, ajak buat kutu.Macam itulah asalnya saya dapatkan my first cutting machine. Saya banyak bertanya dengan supplier, survey daripada internet dan akhirnya, brand yang sangat recommended adalah SIZZIX. My first sizzix machine was 'BIGSHOT'. And selepas itu, saya juga telah membeli BIGSHOT PRO yang saya gunakan hanya untuk memotong 'boxes'
Cutting machine bukan sahaja boleh memotong kertas, fabric,chipboard atau metal yg nipis into shape, malah boleh juga membuat 'emboss' effect pada surface.
Saya akan teruskan sharing tentang cutting machine ini, dan personally, jika anda seorang crafter atau ingin menjadi crafter, you shud have one.

Anyway, our next demo yang akan diadakan pada 13 Januari 2013 adalah demo tentang craft cutting tools & craft cutting machine. Bagi mereka yang berminat, boleh datang ke demo tersebut, kerana pihak Scrapbook Memories memberi komitmen  untuk berkongsi kepakaran mereka mengenai cutting machine dan bagaimana ia boleh membantu kerja2 craft menjadi lebih menarik & lebih cepat. Saya sangat recommend kepada mereka,yang tengah survey tentang cutting machine ini untuk datang, kerana anda boleh melihat secara terus, bagaimana cutting machine ini berfungsi dan apakah pilihan yang anda boleh buat. Pelbagai project akan kami share dengan anda. Dan saya juga akan share bagaimana saya membuat 'fridge magnet' seperti dalam gambar pada entry hari ini. Demo ini adalah pengenalan kepada Cutting Machine yang beroperasi secara manual. Beginner amat dialu-alukan untuk attend. Please come.Mana tahu,pengetahuan ini boleh membuka jalan kepada anda untuk mengembangkan lagi bakat anda dalam bidang crafting dan sangat bagus, jika anda boleh menjana pendapatan dengannya.

To those, yang ingin tahu lebih lanjut tentang aktiviti KhamJoeDesign untuk bulan Januri, boleh semak pada ruang kedua bahagian kanan blog ini. Dan jika berminat untuk mendaftar, sila like our fanpage: KHAM JOE Design dan boleh fill up form yang disediakan disitu.

Thanks lovelies. C U again in the next entry. Thanks a lot for your time.
Assalamualaikum.