Wednesday, April 28, 2010

Teacher's Day Request

Saya sedang menyiapkan sampel untuk request sempena Teacher's Day yang di minta oleh salah seorang relative.Dah lama saya tak buat potpourri sachet daripada twister ribbon ni.Seronok.Nanti saya akan letakkan tutorial bagaimana nak buat potpourri ni.Wait for it!

BTW, sempena Mother's Day, mungkin tak banyak produk yang akan saya open for purchase memandangkan personal order yang diterima juga agak banyak.Jika berkesempatan, saya pasti akan iklankan di sini...:D









Untuk empat sampel di bawah ni pulak,semua sachet adalah daripada cotton fabric dan memang dah lama ada dalam keeping box saya.So, saya masukkan sekali sebagai sampel for that event.I hope guru2 akan gembira menerima 'request' daripada murid2 mereka nanti.






Note:Jika anda berminat dengan produk yang saya hasilkan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya, bolehlah call/sms kham(013 3942103) atau emel kham_joe@yahoo.com/khamjoe@gmail.com atau boleh tinggalkan message di box facebook:khamsaini johari

Tuesday, April 27, 2010

OMG! A Birthday Cake Today!

Hari ini, saya tak sangka saya sepatutnya perlu menyiapkan tempahan birthday cake.Seriously, it's a shame mistake, my very unforgettable mistake....urghhhh....sebak dada dibuatnya.Memang kesilapan saya.Saya seorang yang very short term memory punye manusia.So, bab tempahan atau ape saje benda2 penting memang saya perlu masukkan dalam organizer, supaya saya sentiasa boleh refer ape yang saya perlu buat sehari-hari.Tapi kesilapan hari ini memang memberi pengajaran kepada saya, supaya jangan lupa lagi.Saya tak mahu perkara seumpamanya berulang lagi selepas ini.

Saya dapat order ni, last week.Mungkin waktu diberitahu tu, saya sedang fokus dengan program makan2 di kejiranan saya, sampai saya terlepas pandang untuk masukkan order ni dalam organizer.

Kek nak diguna jam 8.30 mlm.Saya dpt reminder tentang nak pick up cake jam 5.30 ptg.Saya terpaksa admit dan confess kesilapan saya tue pada customer.Tapi , beliau minta juga kalau boleh disiapkan seadanya.So jam 6.30, cake baru start nak steamed.Nasib baiklah kek kukus.Kalau terover steam pun, insya allah kek masih dalam kondisi yang baik. Punyalah gelabah tahap max....Nasib baik hubby saya berulang kali suruh saya cool down supaya saya boleh fokus dan tak gelabah.He took over duty mandikan anak2 and so on....as always he'd done kalau saya sibuk.Thanks a lot U!


7.30 mlm. Kek dah dikeluarkan dari kukusan.


Saya terus pindahkan cake ke atas board. Kek masih panas....huwaaa...nak nangis...camner nak taruk topping.Sure cair. So, saya terpaksa masukkan dalam fridge for 15 minutes.


Buttercream saya sediakan time kek sedang dikukus.Nasib baik semua stock ada di dapur.Alhamdulillah!


Saya cari dalam box, mana2 cake topper yang sesuai.Nasib baik jugalah, saya sentiasa sediakan semua bende2 ini.Takut emergency case macam ni lah.


8.15 mlm, saya mula deco cake.Taruk topping, sprinkle chocolate rice.Cucuk2 semua cake topper tadi.And the HappY Birthday wording! Nahhhhhh....I'm done in 15 minutes with all the deco.Tetiba teringat nak finishing sisi kek yang nampak comot banget tue...saya piping dengan nozzle star...hahahaha....lepas siap...saya rasa nak lompat2...Lega tahap gaban....

Tadi lepas cake dah pick up, saya sempat mintak maaf banyak2 kepada customer saya tu.Memang salah saya..Nasib baik juga dier remind nak mai ambik, kalau dier terus datang nak ambik....iskhhhh...takmaw la bayangkan....Best gamaknya kalau saya ada P.A. hehehe......Masih terase suam2 kuku waktu pegang bawah board kek tu...:D

Ermss...kelakar pon ade sebab berjaya jugak snap beberapa gambar...tak shaking lak tue gambar2 nieh...heeehaaaa....saya nak gelak puas2.

Anyway, ini resipi KEK COKLAT KUKUS. Anda try lah nanti.Tapi jangan buat urgent macam saya ni.Boleh mengundang pelbagai penyakit yang tak disangka. :D


Note:Jika anda berminat menempah kek kukus sebagai buah tangan majlis perkahwinan, boleh hubungi Kham(013 3943103) atau emel ke kham_joe@yahoo.com atau boleh juga tinggalkan message di box facebook:khamsaini johari.THNX

Sunday, April 25, 2010

Bag Experimentation: Lining Bag

Saya masih bereksperimentasi untuk mempelbagaikan koleksi bag (it's a matter of time) still,saya positif tentangnya.Semalam saya berjaya buat lining untuk bag.Puaslah saya membelek2 tote bag yang saya beli dulu.Membayangkan bagaimana nak pasang lining.Maklum saja, saya bukan pro menjahit dan masih hijau dengan bidang yang satu ini.


Macam inilah rupa bag yang dah siap tu. Saya guna body pattern reusable grocery bag.Just tambah pocket di luar dan di bahagian dalam.

'Model' with bag :D The straps cukup panjang kalau nak sling pon cun!


Material untuk bahagian luar; heavy weight cotton.Boleh taruk banyak barang since the space is wider dan lebih bebanan sebab materialnya yang tahan lasak.


Ini kes nak cepat dan tak reti nak taruk zip tehehe...So, letak loop ajer.


Material untuk lining ni macam pvc pon ada.Saya beli kat Nagoya atas advice sis in law saya yang lebih berpengalaman dalam bidang jahitan.Tapi praktikal juga sebab it's waterproof!
Nampak dak pocket kat dalam tue?...:D


Yeahhh! sempat lagi letak label...:D
A little snap inside the bag(susah lah nak snap properly)
BTW, this bag will be given kat anak jiran saya yang nak masuk college next month.Dia berkenan ngan grocery bag, tapi this one more proper for college girl I think.

Satu kepuasan membuat bag.Tak terluah dengan kata-kata.Saya nak try lagik.Nak taruk lining fancy2 pulak.Do check me out frequently :D

Erms, actually, ada request for tote bag.Kalau dah confident, I'll make for them and surely will post new entry about it.

Thanks kawan2 yang sentiasa menyokong saya selama ini.And also my beloved family who always be there for me.

Swap No 1- Sanggar Ilham Kreatif

Khamis, April 22 2010.Satu pos ekspress tiba ke rumah saya.Memang saya ternanti-nantikannya.It's my first swap dengan rakan blogger.Teruja! And here they are....


Handmade felt keychain.Seriously, they are so cute!! Sangat sesuai kalau dijadikan doorgift waktu wedding ke or other special occasion.Saya memang request nak kan dinosour ni.Yang lagi best sebab saya dapat extra dinosour, and another extra butterfly...Tak sangka saya akan dapat TIGA! Thanks a lot my dear buddy....and pls check her out for more.......



AIDA, the owner of Sanggar Ilham Kreatif. Memang sangat kreatif and saya suka the appearance of these keychains, packed in clear plastic with nice wording tag and of course the cute petite ribbon rose -make it more lovely. Kalau diberi kepada tetamu istimewa, sure senyum sampai ketelinga.


Sangat cute!


Personalised with my name...sangat SPECIAL! (Credit for you Aida-sebab sangat particular dan sangat detail menyudahkannya)


Ini daripada saya special untuk Aida!


Semoga persahabatan kita berpanjangan.InsyaAllah.

Note: Kami berdua adalah crafter yang menjalankan biz dari rumah dan bersedia menerima tempahan daripada anda. For more of Aida's works plz visit http://sanggarilhamkreatif.blogspot.com/ .
Jika anda berminat dengan hasil kerja saya , boleh call/sms Kham(013 3943103) atau e-mel kham_joe@yahoo.com/khamjoe@gmail.com atau boleh juga tinggalkan message di box facebook:khamsaini johari.THNX

Tuesday, April 20, 2010

Chocolate Mud Cake

Hujung minggu lepas,saya masih sibuk dengan tempahan bag dan apron.Tapi, sebab dah deal dengan rakan2 sejiran, saya telah buat sesuatu untuk majlis makan2 di kawasan rumah kami tu. Saya telah buat chocolate mud cake yang resipinya saya ambil daripada sebuah website(saya lupa nak simpan urlnya, insya allah kalau jumpa saya kreditkan di sini)

Saya bukan terror bab baking and deco ni.So, deco saya sangat simple.


Bahagian hadapan recipe card.
Kalau anda berminat nak membuatnya di rumah, please click gambar di atas for full recipe.
Sebab saya dah try, kalau ikut sukatan di atas...erghhhh... cake ini memang sangat manis.Belum lagi letak topping dan filling.Kurang2kanlah gula untuk kurang rasa manis :D


Macam inilah cake yang telah siap baked.Ermsss, kalau ikut waktu dan temperature memasak yang dicadangkan, kek saya masih belum well-baked. So kadar waktu memasak dan temperaturenye, bergantung kepada oven masing2.
Kerak atas dan sisi saya potong dan ketepikan.Kemudian kek di potong into layers sebelum letak filling.


Bahagian belakang recipe card.
Bagi yang pertama kali membaca entry ini, jika anda ingin mengetahui tentang recipe card idea pls click label: Resipi di bahagian bawah entry ini.
Saya terpaksa lipat2kan resipi ini untuk dimuatkan kepada sekeping card stock sahaja.


Truffle mixture recipe. (Untuk dijadikan Filling dan direserve sikit untuk piping atas dan sisi kek)

Memula saya ikut arahan pada resipi macam inilah jadinya.Pelik.Mungkin juga saya yang salah baca arahan pada resipi tu.Maklumle, resipi citer dalam bahasa omputih.Kesudahannya saya telah beat guna hand mixer.Hasilnya lebih baik daripada gambar kat atas ni.Kes terlupa nak ambil gambar-tapi color pun menjadi lebih lighter (leh tengok kat gambar complete cake).


Chocolate Glaze recipe (sebagai topping)

Memang sangat manis ,so, elok juga kalau nak kurangkan sedikit sukatan gulanya.


So, untuk susun atur kek dan macamana nak gunakan filling dan topping, sila click gambar di atas, untuk view yang lebih jelas.
Tips yang diberi tu, memang patut diikut especially yang diberitahu kek tu sesuai dimakan pada suhu bilik.Kalau simpan dalam fridge mebbe sebab buat pada malamnya, elok dikeluarkan kek tue 2 atau 3 jam lebih awal sebelum majlis.Kalau tak, kek akan menjadi sangat mampat a.k.a keras.


Selepas letak chocolate glaze.

Lebihan filling saya buat seperti yang dicadangkan oleh resipi iaitu menggunakan nozzle star untuk menghias sisi atas dan bawah kek.Terpulang selebihnya bagaimana anda nak deco- ur cake-ur choice :D

Secara peribadi, saya suka rasanya yang sangat kaya dengan chocolate.Sangat tak sesuai untukmereka yang sedang dalam diet.

Selamat Mencuba!

Friday, April 16, 2010

DIY: Personalised Flag Tag

Minggu ni, memang saya sangat sibuk siapkan bulk order untuk grocery bags.So, saya tak dapat nak update blog setiap hari.Thanks anyway kepada kawan2 yang comment dan e-mail supaya saya selalu share project2 yang saya buat.Insya allah saya akan cuba. Dan saya sebenarnya memang suka sekali kalau dapat share idea dengan anda.Untuk entry kali ini saya ada satu DIY project yang sangat simple.'Flag Tag' yang boleh anda letakkan atas cuppies.

Saya selalu nampak flag tag macam ni dijual di bakery supplies.Dari situlah saya dapat inspirasi nak buat sendiri.Sebab kalau buat sendiri, saya boleh personalised tag itu mengikut theme yang saya mahukan.Yang lebih penting, lebih menjimatkan wang. :D


Antara bahan-bahan yang perlu disediakan untuk DIY kali ini:Printed tag(sebab kita nak nampakkan tag itu nanti seperti bendera, perlulah tag itu berbentuk segiempat tepat-reserved satu bahagian untuk letak tooth pick), cutter/gunting, tooth picks, pembaris, double sided tape(wajib), cutting mat(optional).


Potonglah printed tag satu persatu.Guna cutter/gunting - ur choice :D


Pada bahagian belakang tag yang direserved untuk letak tooth pick, letakkan double sided tape.Letakkan pada semua tag yang telah dipotong tadi.


Buka pelekat double sided, kemudian letakkan sebatang tooth pick(trpulang sama ada nak ambil daripada bahagian yang runcing atau nak buat macam saya- always be ur choice).Then, roll sikit supaya jadi macam 2nd part gambar kat atas ni.(sekarang anda boleh agak berapa banyak space nak reserve untuk nak buat flag macam ni kan?) :D


Well, these are the outcome...
Senang kan?


Kalau anda tak pakar nak deco cuppies(macam saya lah). Letak aje flag tag kat atas cuppies tue, still look presentable kan?

Saya harap DIY kali ini boleh memberi inspirasi kepada anda.Selamat mencuba!

Note:Anda boleh mencuba sendiri idea ini di rumah.Tetapi anda mungkin juga tiada masa membuatnya.Serahkan kepada saya :D. Untuk sebarang pertanyaan lanjut call/sms Kham (013 3943103) atau e-mel ke kham_joe@yahoo.com/khamjoe@gmail.com atau boleh tinggalkan message di box facebook:Khamsaini Johari.THNX

Monday, April 12, 2010

Hectic Weekend

Hujung minggu lepas schedule saya sangat hectic.Saya mendapat bulk order daripada seorang customer.Beliau mahukan 20 hingga 30 heavy weight grocery bags.Saya perlu siapkan dalam minggu ini.Maksudnya, beliau sasarkan 30 bag, tapi kalau saya tak mampu 30 bag, 20 bag juga memadai.Jadi, saya sudah mula memotong kain yang ada dalam stock, tengok berapa yang saya boleh dapat.
Kain yang sempat dipotong semalam


Tapi, saya sempat juga siapkan online order daripada customer.Alhamdulillah, dah selamat dikurier.


Saya ada beli beberapa jenis light weight cotton sebagai material untuk potpourri sachet yang saya nak buat sempena mother's day


Saya kumpul balik koleksi2 heavy weight cotton yang limited quantity dalam gobok, juga untuk mother's day product.Most probably akan dijadikan apron.


Bunga crosstich yang dalam proses untuk disiapkan (dah lebih setahun rasanya kat dalam keeping box). Ribbon tue saya beli masa pegi kedai supply alat2 jahitan.Semuanya untuk produk2 mother's day.


Ini adalah salah satu produk yang saya akan open for purchase sempena mother's day.Apron ni special, sebab ade sedikit applique saya letak kat poketnya.Masih belum siap, insyaallah akan disudahkan dengan 'Greatest Mom on Earth' embroidery di bahagian dada.

So, always check me out untuk produk2 menarik sebagai hadiah kepada ibu anda yang tersayang.Insya allah dalam 2 0r 3 weeks time, semua produk sudah boleh dijual.Anyway, sesiapa yang nak book produk2 yang saya sedang siapkan, amat dialu-alukan.

Saya juga sedang siapkan 'Swap Project' pertama saya dengan salah seorang rakan blog.Dah 80% siap.Tak sabar rasanya nak hantar pada my friend tu :D


Note: Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai produk2 yang saya jual, please click label2 disebelah kiri blog. Jika ingin order produk2 yang anda suka, sila call/sms Kham(013 3943103) atau emel ke kham_joe@yahoo.com / khamjoe@gmail.com atau boleh hantar message di box facebook:khamsaini johari.THNX